“Besar Dugaan Kami, 9 Tahun Menanti, Diuji Pula Maryam Sakit.” Perlu RM60K Untuk Operate

Share

Demi seorang anak, wanita yang bergelar ibu sanggup lakukan apa sahaja asalkan anak yang dikandung selama 9 bulan itu membesar dengan sihat dan mampu memberi kegembiraan berpanjangan. Hakikatnya tak semua pasangan suami isteri akan tercapai impian itu.

Ada yang diuji dengan anak yang sakit, ada pula diberikan ujian kehilangan anak sewaktu nak melahirkan dan beberapa faktor lain lagi. Apa sekalipun yang terjadi, hanya satu yang dipinta oleh seorang ibu iaitu nak lihat senyuman anak sehingga ke akhir hayatnya.

Bagi seorang ibu ini, diuji dengan anak yang sakit jantung benar-benar ujian yang tak diduga. Saat dapat tahu diri hamil selepas 9 tahun menanti adalah suatu berita yang sangat mengembirakannya dan suami.

Bagaimanapun, ketika buat details scan semasa usia kehamilan 26 minggu, kami diberitahu oleh doktor ada nampak satu lubang kecil di jantung bayi. Apabila datang semula buat temujanji untuk scan, lubang tersebut dah tak ada.

Saat itu dah rasa lega hati kami. Namun berita gembira ini bertukar sedih saat kelahiran si comel yang ditunggu-tunggu apabila doktor beritahu Maryam mengalami masalah kesihatan yang serius.

Tiap kali renung wajah Maryam yang penuh dengan wayar dibadannya, sungguh sedih hati ini. Bukan mempertikaikan takdir Allah tapi tak sampai hati melihatnya. Sebagai suami isteri yang diberi tanggungjawab menjadi ibu ayah kepada Maryam kami benar-benar harapkan ada sinar baru untuknya.

Doa kami sejak tahu Maryam ada dalam kandungan adalah mahu dia membesar seperti kanak-kanak yang lain dan menjadi penyejuk hati kami suami isteri. Kami tak akan putus asa dan yakin ada peluang untuk Maryam dapat rawatan terbaik.

Berikut perkongsian ibu Maryam

Assalamualaikum semua.. Saya Shazwani Bt Azami ibu kepada Maryam Bt Mohd Fajari dengan rasa rendah diri ingin memohon sumbangan seikhlas hati untuk kos pembedahan jantung Maryam yang semakin lemah sebab ada 3 lubang.

Atas saranan doktor, pembedahan perlu dilakukan dengan kadar segera dan hanya IJN je yang boleh melakukannya kerana jika di hospital kerajaan perlu menunggu giliran yang terlalu lama dan tidak sesuai untuk keadaan Maryam sekarang. Anggaran kos bagi pembedahan ini RM60,000.

9 tahun menanti kehadiran cahaya mata..Besar dugaan ni buat kami.. Berilah kami peluang dan kesempatan untuk membesarkan anak kecil ini Ya Allah.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh melalui akaun Maybank Shazwani seperti di bawah :

MAYBANK
SHAZWANI BINTI AZAMI(0129721979)
1648 5602 9037
Ref : OP Baby Maryam

Terima kasih untuk semua yang sudi membantu..Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi ibu Maryam di talian 012-9721979.

Doakan kesihatan Maryam berada dalam keadaan baik dan semoga urusannya untuk menjalani pembedahan dipermudahkan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa anda semua.

Kredit: Wanny Azmi

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy