“Besarkan Anak Hari Ni Tak Macam Dulu, Dengan Fahrel Saya & Isteri Tegas”.- Fahrin

Share

Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad mengakui membesarkan anak pada zaman sekarang tak semudah seperti ibu bapa kita zaman dulu. Dulu ketika usia anak bawah 6 tahun, bermain adalah keutamaan tetapi kini, ia jauh berbeza.

Anak-anak didedahkan dengan kecanggihan teknologi sehingga mereka lupa untuk bersosial sehingga waktu kecil anak dilalui tanpa apa-apa kenangan yang menarik.

Seperti apa yang dikongsikan oleh Fahrin, sejak menjadi seorang ayah kepada anak lelaki, Khalefa Fahrel yang kini berusia 4 tahun hidupnya semakin lengkap bersama isteri, Elena Eleas.

“Saya cukup bertuah dapat lihat anak membesar depan mata. Lagi-lagi bila isteri yang menjaga dan membesarkan Fahrel. Dia yang begitu bersungguh-sungguh untuk beri yang terbaik buat Fahrel.

“Memandangkan Fahrel adalah buah hati kami, tidak sesekali memanjakannya tanpa sebab. Jika ada yang perlu ditegur, kami tegur. Bagi memberi Fahrel pendedahan dengan dunia luar, ketika usianya 3 tahun setengah, kami dah hantarnya ke sekolah untuk bermain dan bersosial.

“Fokus kami bukan untuk Fahrel belajar tetapi lebih kepada skill komunikasi, sosial dan urus diri. Semua ini untuk kebaikannya,” katanya.

Cabaran anak sekarang gajet 

Menyedari gajet antara yang jadi keutamaan anak-anak zaman sekarang, Fahrin menganggap ia cabaran besar ibu bapa hari ini. Bagi saya, penggunaan gajet harus terkawal. Jika terlebih risau anak susah fokus.

Mungkin ada yang beranggapan, terlalu awal hantar ke sekolah tetapi saya dan isteri mempunyai pandangan tersendiri. Kami tak memaksa tetapi nak Fahrel enjoy dengan kawan-kawan.

Memang kita harapkan anak pandai membaca, mengira, menulis dari awal, tetapi itu semua bukan jaminan. Pembelajaran tak langsung dari ibu bapa itu sendiri yang akan banyak membantu meningkatkan potensi diri anak.

Ajar anak melalui teladan

Lagi satu Fahrin dan isteri sentiasa titikberatkan, anak belajar dari pemerhatian. Apa yang kita tunjuk, buat depan anak semua itu akan di simpan dalam memorinya dan akan diikut bila mereka besar.

Begitu juga bab marah, jangan sampai beri trauma pada anak. Bertegas boleh tapi bertempat.

Contohnya, walaupun Fahrel manja dengan ibunya, tak bermakna apa yang dia nak boleh dapat dengan mudah. Biar anak tahu nak dapatkan sesuatu kena ada usaha.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

 

 

IKLAN