Keibubapaan

Besarkan Anak Lelaki Lain Cabarannya, Ini 10 Nasihat Penting Sebelum Anak Dewasa!

Share

Baik anak lelaki mahupun anak perempuan, tanggungjawab membesarkan mereka teramatlah besar.

Anak yang dibesarkan dalam persekitaran positif, dilimpahi kasih sayang dan perhatian, mereka pasti akan membesar menjadi anak yang lebih mudah.

Namun jika dari awal ibu bapa silap percaturan, tak mustahil anak lebih percaya pada orang lain.

Sebab itu, anak lelaki dan anak perempuan, pastikan mereka sentiasa menjadi kawan baik ibu ayah sampailah mereka dewasa. Seperti perkongsian Taufiq Razif, anak lelaki perlukan 10 nasihat ini sebelum mereka jadi dewasa.


Anak lelaki perlukan 10 nasihat ini sebelum mereka menjadi dewasa

1. Lindungilah adik beradik perempuanmu kerana mereka sangat memerlukan penjagaanmu.

2. Perhatikanlah nada suara dan kata katamu bila berbicara dengan orang yang lebih tua daripadamu.

3. Jagalah emosimu ketika terlalu marah dan jangan sampai dirimu menjadi tunggangan nafsu amarahmu

4. Taatlah pada kedua ibu dan ayahmu ketika mana perintah mereka tidak melawan perintah Penciptamu

5. Jagalah dirimu daripada terlalu hanyut dalam permainan dan keseronokan kerana ketagihan padanya bisa membunuh wibawamu

6. Jagalah matamu daripada memandang perkara yang merosakkan hatimu kerana hati yang rosak boleh mencelakakan ibadahmu.

7. Jagalah hatimu daripada iri dan dengki dengan nikmat yang diberikan pada orang lain kerana iri dan dengki akan meracuni fikiranmu

8. Perhatikanlah dengan siapa dirimu bersahabat dan berkawan kerana kesilapan dalam memilih sahabat dan kawan akan membinasakan dirimu

9. Kuatlah pegangan agamamu kerana fitnah akhir zaman boleh datang dalam bentuk fitnah harta, fitnah kuasa, fitnah akidah dan fitnah ilmu

10. Bantulah ibu bapa menguruskan urusan dan pekerjaan harian di rumahmu kerana kelak ianya akan membuatmu terlatih untuk memimpin ahli keluargamu

Didiklah anak lelaki sebaiknya kerana jika benar cara didikan maka mereka akan menjadi pemimpin idaman ahli keluarga.

Didiklah anak lelaki sebaiknya kerana jika salah didikan mereka akan menjadi raja yang membuatkan ahli keluarga menjadi hambanya.

Menarik: Lara Pernah Menangis Tak Mahu Balik Rumah, Scha Al-Yahya Akui Tegas Bab Pelajaran Anak!

Bila lagi nak healing dan bonding time dengan anak-anak, buat aktiviti yang mereka suka? Kalau ajak main VR game, mesti anak-anak happy!

Jom, daftar segera ke Santai Petang Pa&Ma! Sambil dengar talk dan main game, boleh juga bawa balik goodies dan menang banyak hadiah. Best kan?

Daftar di sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/pama-santai-petang/

Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.

Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1

https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
SRM