Dalam mendidik anak-anak, suami dan isteri punya peranan masing-masing. Jika ibu banyak menumpukan perhatian dengan kerja rumah, tak salah rasanya jika ayah membantu uruskan anak-anak. Barulah ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Seperti perkongsian yang dibuat oleh Firdaus Shakirin, menurutnya tugas suami bukan sahaja sebagai ketua keluarga yang mencari rezeki untuk kelangsungan hidup. Namun tugas mendidik dan membimbing anak-anak juga sama pentingnya.
Jelasnya juga suami perlu bersama isteri dalam soal menjaga, membesarkan dan mendidik anak-anak dari mereka kecil sehinggalah anak-anak membesar.
Anak Tanggungjawab bersama
Anak itu tanggungjawab bersama, jangan biarkan isteri uruskan seorang diri…
Cuci berak, isteri…bagi mandi, isteri…pakai baju, isteri…suap makan, isteri…ajar keje sekolah, isteri…ajar mengaji, isteri…tidurkan anak, isteri…
A to Z tentang pengurusan anak, semua isteri yang buat dari dia baby sampailah anak tu besar…kita yang jadi suami, terus serah bulat-bulat tanggungjawab membesarkan, mendidik dan membimbing tu atas bahu isteri…
“Tgok anak jadi mcm tu sebab cara awak salah dalam membesarkan dia…”
Isteri salah sebab anak nakal…isteri salah sebab anak hyper…isteri salah sebab anak kurang pandai…isteri salah sebab anak out of control…
Then, what is your function as a dad? Where and when you need to act as a dad?
Bukan bila dia dah besar, baru kita nak marah-marah dia…bukan bila dia dah besar, baru kita nak tangan-tangankan dia…bukan bila dia dah besar, baru kita nak dekati dia…
Fungsi ayah tu sejak anak dilahirkan…
Dari situ kita dah kena Bersama-sama isteri untuk membesarkan dan menguruskan anak…
Ini tak, suruh basuh berak pun dah marah-marah…suruh ajar anak keje sekolah, kita kata sibuk…suruh main dengan anak, suruh layan anak, buat la sejam…pastu tak tahan, tak nak dah, tak boleh dah, terus pass kat isteri…
Ya, kita sibuk cari rezeki…ya, kita keluar bekerja…ya, kita balik rumah dah mlm…ya, kita letih dan penat…
Tapi itu anak kita dan kita perlu untuk mendidik dan membimbingnya…ianya lebih dari sekadar menyediakan kewangan dan keperluan untuk anak tersebut…suami perlu bersama isteri dalam soal menjaga, membesarkan dan mendidik anak dari dia kecil sehinggalah dia besar…
Jadi suami ni, jangan hanya tahu untuk buat anak, tahulah sekali untuk menjaga dan menguruskan anak…
Jangan biarkan isteri uruskan seorang diri…
Ada betulnya apa yang dikatakan oleh saudara Firdaus Shakirin ini. Bila suami bersama-sama isteri membesarkan anak-anak, suami akan lebih faham tugas sebenar seorang ayah. Dengan Bersama-sama mendidik anak-anak juga hubungan antara ayah, ibu dan anak juga pasti lebih erat kerana anak tahu ibu ayah mereka sentiasa ada bila diperlukan.
sumber: Firdaus Shakirin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI