Abang Long, Kak Long adalah panggilan lazimnya kepada anak sulung. Anak sulung anak yang dinanti-nantikan kelahirannya. Tahukah anda layanan kita kepada anak sulung berikan pengaruh besar kepada suasana harmoni dalam rumah?
Selalu dilihat anak sulung terpinggirkan atau secara tidak sengaja, diherdik, dimarahi kerana ‘kegagalannya’ dalam menjalankan tugas sebagai kakak atau abang. Kerapkali juga dihenyak dengan pelbagai tugas dan dipersalahkan kerana adik-adiknya.
Kak Long & Abang Long ialah bintang yang perlu digilap, kerana pengaruhnya sangat besar kepada suasana dalam rumah.
Kaunselor, Puan Farhan memberikan pandangannya mengenai hal ini. Memang benar, persediaan dan layanan yang baik secara psikologinya akan memberikan impak positif kepada si sulung. Berikut ialah perkongsiannya;
LAYANAN KEPADA ANAK SULUNG
Anak sulung ini besar pengaruhnya kepada adik dibawahnya. Oleh itu, sebelum menambah ahli baru di dalam keluarga berusahalah untuk mempersiapkan anak sulung anda juga.
Anak sulung yang siap menerima kehadiran adik adiknya pasti akan memberi banyak kesan positif di dalam keluarga itu sendiri.
KENAPA MUSTAHAKNYA ANAK SULUNG BERSEDIA?
Mengurangkan stress ibu menguruskan anak baru. Anak sulung yang bersedia menerima kehadiran adik pasti akan banyak membantu ibu dalam menguruskan rumah termasuk lah membantu menjaga dan menguruskan keperluan adiknya.
TIP MENGURANGKAN PENOLAKAN TERHADAP ADIK BARU
Ads
Anak sulung yang bersedia menerima adiknya juga akan kurang menunjukkan penolakan terhadap adiknya.
Penolakan kepada kehadiran adik pasti akan ditunjukkan melalui perbuatan seperti mengacau adiknya, membuat sesuatu yang membangkitkan kemarahan orang sekeliling dan juga kerap menangis dan mengamuk.
Untuk mengurangkan penolakan kepada kehadiran adik yang baru, ini lah pentingnya anak sulung anda dipersiapkan sebelum kehadiran orang baru.
PASTIKAN DIA SERONOK DENGAN KEHADIRAN ADIK
Jadi, sebelum ditambah ahli baru pastikan anak sulung sudah boleh faham akan erti adik. Pastikan dia juga seronok menanti kehadiran seorang adik.
Anak sulung yang tidak seronok dengan kehadiran adiknya akan memberi layanan yang kurang baik kepada adiknya.
Ads
LAYANAN SI SULUNG MENENTUKAN SIKAP ANAK KEDUA, KETIGA & SETERUSNYA
Ingat, pengaruh anak sulung sangat besar kepada adiknya. Cara dia melayan adik dibawah nya akan menentukan juga bagaimana sikap anaj kedua, ketiga dan seterusnya. Ia bagaikan sebuah cycle yang berhubung kait.
Sekiranya mereka kerap bergaduh, berebut dan saling pukul memukul antara sayu sama lain pastinya adik adik dibawahya akan menjadi kasar.
Seterusnya, sikap dan perangai itu akan diperturunkan pula kepada adik adik yang seterusnya.
Sekiranya banyak perangai dan perbuatan positif yang ditunjukkan oleh anak sulung, adik adik lebih mudah menurut.
Ads
BETAPA BESARNYA PENGARUH ANAK SULUNG
Saya selalu memerhatikan apabila anak sulung saya mengaji, adiknya pasti akan duduk dan ikut bersama sehingga dia habis mengaji.
Betapa besar nya pengaruh anak sulung di dalam pembentukan suasana yang harmoni di dalam rumah anda.
Oleh itu, sebelum anda menambah bilangan ahli keluarga jangan lupa untuk ‘berbincang’ bersama anak sulung anda agar mereka bersedia memikul tanggungjawab sebagai kakak/abang.
‘PERKASAKAN’ SI SULUNG DENGAN ILMU & CONTOH
Sebelum anak menambah ahli baru pastikan dalam keluarga pastikan juga anak sulung sudah diperturunkan ilmu serta contoh yang baik untuk mereka aplikasikan bersama adik adik yang lain.
PASTIKAN LAYANAN TIDAK BERUBAH WALAU PUN SUDAH BERADIK
Kita juga harus memastikan cara kita melayan anak sulung ini tidak berubah walaupun sudah beradik. Ingat, pengaruh Abang dan Kak Long Kawasan itu kuat. Untuk memastikan mereka melayan dan menguruskan adik dengan baik, ianya bermula bagaimana ibu dan ayah mendidik anak yang sulung.
Kanak-kanak menangis pada hari pertama persekolahan disebabkan oleh ‘SEPARATION ANXIETY’. Ini berlaku apabila anak resah kerana perlu berpisah dengan individu yang paling dia percayai untuk berada dalam persekitaran yang asing.
Menurut Konsultan Parent Connect, Noor Afidah Abu Bakar, bayangkan jika kita bertukar tempat kerja baru dan kita tidak kenal sesiapa. Resah atau tidak?
Perasaan ini adalah sesuatu yang normal dalam perkembangan kanak-kanak. Ia bukanlah sesuatu yang memalukan atau perlu dimalukan dengan mengambil video untuk ditularkan.
“TETAPI RAMAI KANAK-KANAK YANG OK, TAK MENANGIS. Yang menangis tu mesti manja. Kita mesti ajar anak jadi kental.”
Bila kita bercakap tentang perkataan PERKEMBANGAN, ia merujuk kepada satu proses yang dicapai pada kadar yang berbeza-beza mengikut pembawaan kanak-kanak.
Orang dewasa juga mengalami separation anxiety cumanya orang dewasa sudah mempunyai ‘coping strategy’ yang dibina dari pengalaman dan kematangan.
Perasaan resah untuk berpisah itu juga boleh menjadi indikasi yang baik bahawa selama ini ayah dan ibu telah membina attachment yang positif dengan anak tersebut. Bukanlah kerana anak itu manja.
Seorang murid saya dulu menangis sebab dia tidak boleh lagi bermain bola sepak dengan ayahnya kerana perlu hadir ke sekolah.
Anak Menangis Untuk Berpisah Sebab Takut
Proses berpisah untuk memasuki sekolah adalah kombinasi perasaan TERUJA dan TAKUT bagi kanak-kanak.
Jika perasaan teruja kerana berjumpa kawan yang sudah dikenali atau teruja kerana guru baik, atau teruja kerana persekitaran sekolah yang mesra, melebihi rasa takut, maka separation anxiety itu hanya sekejap.
Jika perasaan takut kerana tidak ada kawan dan sebagainya melebihi keterujaan, maka separation anxiety itu mengambil masa untuk hilang.
Seorang lagi murid saya merasa takut kerana perlu memasuki ‘gate’ lain yang dia tidak biasa.
Ada pelbagai sebab mereka takut walaupun remeh bagi kita.
Cara orang dewasa memberi respon kepada separation anxiety kanak-kanak juga menentukan sekejap atau lama perasaan itu.
“ANAK SAYA DAH BERBULAN-BULAN MENANGIS setiap pagi tak nak ke sekolah. Normalkah?”
Jikalau ia berlarutan sampai berbulan-bulan hingga mengganggu aktiviti harian anak dan menyebabkan anak sentiasa sedih dan murung, ia sudah menjadi satu DISORDER yang perlukan intervensi dan perhatian pakar. Mungkinkah anak dibuli, didera ataupun trauma?
Menurut Maria Montessori, pakar perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak, resah kerana berpisah adalah sebahagian dari proses ‘individuation’ yang penting bagi perkembangan sosial kanak-kanak.
Anak sedang belajar untuk mengenal persekitarannya. Dia kemudiannya akan membina kepercayaan dan keserasian dengan individu baru di sekitarnya. Akhirnya dia akan mula membina persahabatan. Ini adalah proses yang mengambil masa dan tidak boleh dipaksa.
Fahamilah kanak-kanak. Mereka juga manusia yang perlu dihormati.
Sebelum memulakan teknik-teknik yang lebih kompleks, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah kenali anak terlebih dahulu.
KENALI ANAK ANDA TERLEBIH DAHULU.
Di sini ada 3 cara untuk anda kenali BAHASA, TINGKAH LAKU, EMOSI anak anda iaitu PTD :
APA ITU PTD ??
P – PERHATI
Cuba anda perhatikan anak anda terlebih dahulu.. Lihat apa yang dilakukan, lihat emosi atau perasaan mereka, lihat apa minat mereka dll..
• Contohnya apa yang mereka suka lakukan dan bilakah waktu mereka kelihatan gembira atau, sedih, tak suka dll..
T – TUNGGU
Apabila kita berkomunikasi dengan kanak-kanak.. Adalah penting untuk kita tunggu ya..
• Contohnya jika kita bagi arahan atau bertanya soalan.. Kita kadang-kadang tak sabar untuk tunggu respon dari anak-anak.. Last-last kita yang buatkan atau kita yang tolong jawabkan.. Tunggu.. Kanak-kanak ni adakala perlukan masa untuk proses apa yang didengar, dilihat, dirasa dll.. Dengan menunggu kita boleh tengok kebolehan mereka yg sebenar..
D – DENGAR
Cuba dengar apa yg kanak-kanak cuba sampaikan.. Dengar betul-betu sebutan mereka.. Terutamnya bagi kanak-kanak yang bercakap bahasa jerman ni.. Cuba dengar betul-betul.. Kadang-kadang terselit 1 atau 2 perkataan yang bermakna di dalam bahasa jermannya itu.. Dan kadang-kadang kita boleh faham apa yang mereka cuba sampaikan walaupun dengan bahasa yang kita tidak faham.. Cuba dengar dan analyse dahulu..
• Contohnya
” Mama ! mane neneniboya ” okay terus boleh “ Mama ! mane bolaaa ”
Dengan mengenali anak anda, ia membolehkan dan memudahkn anda untuk berkomunikasi dengan mereka.. Bila kita kenal, kita tau apa dia suka, kita tau apa yang dia cuba bagi tau, kan lg senang macam tu.. Ambil sedikit masa untuk kenal anak anda..
Terutamanya yang ada masalah lambat bercakap.. Selamat mencuba ya mommy & daddy semua ! Ingat jangan putus asa..
Kredit: Aisyah Kassim Academy
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan permainan anak dengan harga murah boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cabaran ibu bapa mendidik anak hari ini cukup besar. Jika zaman kita dulu-dulu, sebelum masuk sekolah rendah, tiada siapa menghalang untuk bermain. Selagi tak memudaratkan diri, keseronokan itu akan dinikmati bersama rakan-rakan sebaya.
Kini, keadaannya sangat berbeza. Ibu bapa dah tak boleh nak membiarkan anak keluar bebas kerana keadaan persekitaran yang dah tak selamat. Banyak perkara perlu difikirkan. Disebabkan itu, aktiviti jadi terhad dan ibu bapa lebih selesa untuk fokus pada akademik.
Namun sebagai ibu bapa, kita perlu faham fasa perkembangan anak kecil adalah BERMAIN. Memang betul akademik penting tapi mestilah seimbang dengan sosial anak agar mereka lebih tahu erti kehidupan.
Berikut antara perkongsian Parenting Coach, Mohd Fhais Salim.
Orang kata 7 tahun dah kena pandai membaca. Usia 4 tahun dah kena kenal huruf dan nombor. Jujurnya saya tak ambil port sangat tentang pencapaian akademik waktu umur anak bawah 7 tahun.
Bagi saya itu semua kurang penting! Yang paling penting ketika ini bukan akademik tapi tumbesaran otak, emosi dan fizikal anak. Itu jauh lebih penting.
Tak terbantut jika tak pandai baca tapi jika 7 tahun tak pandai bersosial hah itu bahaya.
– Tak pandai berkawan – Tak pandai komunikasi – Tak pandai main sama-sama – Tak pandai minta izin – Tak pandai maafkan orang – Tak pandai sabar
Sebab itu lah masa anak 1 hingga 6 tahun ni saya lebih suka bagi dia main sepuas-puasnya.
Lari sana, lompat sini, guling situ. Apa sahaja janji dia bermain dan bergerak aktif. Dari berlari-lari tu la yang akan banyak mematangkan fikiran dia, menguatkan emosi dia dan menyihatkan badan dia.
Serius! Tak ada istilah lambat belajar akademik. Jika otak cerdas, emosi stabil dan fizikal kuat apa sahaja ilmu akademik dia pasti boleh belajar.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
22 tahun hidup bersama, rumah tangga Edika Yusof dilanda badai. Kisah rumahtangga pelakon Edika Yusof dan isterinya, Nor Hidayah Yusri, menjadi perhatian apabila dilaporkan bahawa Hidayah telah mengemukakan permohonan cerai terhadap suaminya sekitar pertengahan Februari lalu.