Biasa kita lihat ibu dan ayah yang menjaga anak-anak tambah pula yang masih kecil, tapi berbeza pula keadaannya yang berlaku di bandar Cebu, Filipina apabila gambar-gambar seroang kanak-kanak lelaku yang masih kecil diikat tali di badan oleh ibu dan bapanya.
Jika dilihat pada mulanya keadaan tersebut mungkin akan kelihatan pelik namun setelah diamati dengan teliti, rupa-rupanya ibu bapa kanak-kanak berkenaan merupakan golongan IKU yang mempunyai masalah penglihatan.
Ads
Gambar-gambar yang tular di media sosial itu dikongsikan oleh pemuda yang dikenali sebagai John Cuenca Alterado yang kebetulan sedang berjalan-jalan di sekitar Cebu ketika sedang bercuti di sana.
Lebih membuatkan ramai tersentuh, kanak-kanak berkenaan dilihat tersenyum dengan sangat comel walaupun terikat dengan kedua-dua orang tuanya yang cacat penglihatan. Kanak-kanak itu juga dilihat setia menemani ibu dan ayahnya walau ke mana sahaja.
Ads
Daripada maklumat yang diperolehi dari penduduk sekitar mengatakan bahawa anak beranak ini bukannya berasal dari bandar berkenaan, tetapi mereka sekeluarga menetap di Kawasan pergunungan.
Ads
Identiti dan juga maklumat penuh satu keluarga ini masih lagi belum dapat dikenal pasti. Namun perkongsian gambar-gambar ini telah menyentuh perasaan dan memberikan inspirasi kepada ramai pihak. Semoga ada yang sudi membantu mereka sekeluarga dan anak tersebut dapat menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak seusianya kelak. Kecil-kecil lagi dah berkorban demi keluarga.
Sesuai dengan tuntutan agama, setiap individu yang beragama Islam perlu berpuasa pada siang hari apabila tiba bulan Ramadan. Namun begitu, anak anda yang masih belum mencapai akil baligh tidak lagi diwajibkan untuk berpuasa oleh agama.
Pun begitu, apa salahnya jika anda mahu mengajar anak anda berpuasa sejak awal usia mereka, bukan? Ikuti artikel ini untuk mengetahui beberapa tip berkesan mengajar anak berpuasa.
Adakah ia selamat?
Sebelum itu, anda perlu tahu sama ada selamat atau tidak anak anda yang masih kecil untuk berpuasa. Jawapannya, ya, ia adalah selamat. Usia yang paling sesuai untuk mengajar anak anda berpuasa pula adalah sekitar usia 7 tahun ke atas bergantung kepada kondisi kesihatan mereka secara umumnya. Pun begitu, ia tidak disarankan dilakukan untuk jangka masa yang terlalu lama.
Bagaimanakah mengajar anak berpuasa?
#1. Ajar mereka berpuasa setengah hari
Pasti anda pernah terdengar ibu bapa berkata kepada anaknya bahawa berpuasa setengah hari sudah memadai, bukan? Ya, ini adalah cara yang bagus kerana kanak-kanak berusia 7 tahun ke bawah tidak disarankan berpuasa penuh. Dengan cara ini, kanak-kanak akan terdedah dengan aktiviti berpuasa lebih awal dan tidak akan kekok apabila pertama kali melakukannya apabila sudah mencapai akil baligh kelak.
#2. Ajar mereka berpuasa menu yang spesifik
Setiap kanak-kanak pasti akan mempunyai makanan kegemarannya tersendiri. Oleh itu, apa kata anda cuba ajar anak anda untuk berpuasa daripada makanan itu sahaja. Sebagai contoh, minta mereka berpuasa daripada coklat kegemarannya selama waktu puasa yang penuh. Ketika iftar, anda boleh berikan mereka makanan kegemaran mereka itu sebagai satu bentuk ganjaran.
#3. Ajar mereka untuk bangun sahur, iftar dan tarawih bersama
Setiap pagi, kejutkan anak anda untuk bersahur bersama anda. Walaupun anda sendiri sudah tahu bahawa mereka tidak akan larat atau mahu untuk berpuasa, lakukan sahaja. Begitu juga dengan waktu iftar. Setiap aktiviti bersama-sama semasa ketika Ramadan termasuklah solat tarawih, libatkan anak anda. Ini akan membiasakan mereka dengan suasananya dan membuat mereka berasa lebih seronok lalu mendatangkan keinginan untuk berpuasa.
#4. Berikan ganjaran
Akhir sekali, berikan ganjaran kepada mereka jika mereka berjaya berpuasa tidak kira setengah hari ataupun tidak. Sekurang-kurangnya mereka sudah berusaha, bukan? Anda boleh tangguh ganjaran ini untuk diberikan apabila tiba hari raya kelak. Anda juga boleh jadikan ganjaran ini berbentuk wang ringgit sebagai ‘duit raya’. Untuk lebih menarik perhatian anak anda, jadikan jumlah ganjaran ini setimpal dengan hari mereka berjaya berpuasa.
Gelagat dan kelatah anak-anak Johan Raja Lawak dan Ozlynn Waty di media sosial memang sering menjadi perhatian warga net. Sering kali memuat naik aktiviti mereka di rumah, keletah anak-anak mereka terutamanya si kecil Moleiq memang mencuit hati.
Terbaru menerusi laman instagram Jozlynnhanania, satu perkongsian video memaparkan aksi Moleiq yang turut gigih menunggu giliran untuk mengambil wuduk selepas abangnya.
Walaupun baru berusia setahun lebih dan boleh dikatakan tidak ada perkara yang belum dia tahu, namun menurut ibunya dia memang sudah terbiasa dengan keadaan itu. Memang setiap kali melihat adik-beradiknya yang lain bersiap untuk solat, Moleiq juga tidak ketinggalan untuk turut serta.
Dalam perkongsian itu juga, anak sulung pasangan ini, Ariq bertindak sebagai pemudah cara untuk adik bongsunya berwuduk.
Moleiq amik wuduk
Tiap waktu mesti dia pun akan berebut dgn abg n kakak dia utk amik wuduk tp solat belum tentu lagi🤣 tiap kali org amik wuduk dia pon akan jerit my turn!! Pastu telekong ke mane dia pon ke mane😂.. slalu abg ariq n sodiq la jadi mangsa layan dia amik wuduk.. haihh mintak gigit la dia nih
Perkongsian video tersebut mendapat perhatian ramai rakan selebriti dan peminat di media sosial. Rata-rata mereka menyuarakan rasa teruja dan gembira melihat perkembangan positif si cilik itu. Tidak kurang juga ada yang sempat menitipkan doa buat Moleiq supaya sentiasa menjadi penyeri dalam keluarga tersebut.
Tahniah Johan dan Ozlynn atas didikan yang baik untuk anak-anak. Memang comel je gelagat mereka sekeluarga ni. Walaupun hidup dalam dunia glamor tapi akhirat juga mereka tak lupakan. Barulah seimbang orang kata. Terbaik!
Pemakanan ibu hamil amat dititikberatkan sepanjang fasa kehamilan bagi memastikan bekalan tenaga yang mencukupi untuk tubuh yang lebih sihat. Selain untuk kesihatan ibu hamil, pemakanan yang baik seperti ikan juga amat penting untuk tumbesaran dan kesihatan janin, agar bayi yang akan dilahirkan kelak mempunyai zat dan nutrisi yang mencukupi.
Pernahkah anda tertanya-tanya apakah jenis makanan yang baik untuk ibu hamil? Sebenarnya, selagi mana ia dikategorikan sebagai jenis makanan yang sihat, dan anda tidak mengambilnya secara melampau, ia adalah jenis makanan yang baik untuk ibu hamil. Pun begitu, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh mempengaruhi bayi yang akan dilahirkan kelak. Ingin tahu apakah ia? Ikutinya di bawah ini.
Menurut kajian terbaharu, ibu hamil akan kurang cenderung memiliki anak yang kurang fokus sekiranya banyak makan ikan ketika hamil. Saintis juga menemukan bahawa, kadar ADHD adalah lebih rendah dalam kalangan kanak-kanak yang mana ibunya dahulu mengambil banyak ikan atau produk ikan semasa sedang hamil.
Betul ke dakwaan ini?
Para penyelidik di The Barcelona Institute for Global Health telah mengkaji pengambilan diet 1,641 pasangan ibu dan anak. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa, kanak-kanak yang berumur 8 tahun mempunyai skor 16% lebih baik dalam ujian rentang penumpuan (attention span), dan ini telah dikaitkan dengan pemakanan ibunya yang mengambil 4 bahagian minyak ikan dalam seminggu.
Selain itu, bagi ibu yang memakan satu bahagian ikan setiap hari, anak remaja mereka mempunyai skor 24% lebih baik dalam ujian tersebut, berbanding remaja dengan ibu yang hanya mengambil satu bahagian ikan dalam seminggu. Risiko ADHD turut berkurang sebanyak 16%.
Ikan sumber terbaik perkembangan otak bayi
Menurut pengkaji, ikan berminyak seperti salmon dan tenggiri adalah jenis ikan yang sangat bermanfaat yang boleh membantu struktur otak janin. Ini kerana jenis ikan berminyak seperti ini mengandungi asid lemak omega-3. Skor ujian rentang penumpuan ini adalah lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak, yang mana ibunya lebih gemar memilih ikan berminyak seperti salmon dan tenggiri atau ikan kurang lemak seperti ikan kod dan haddock.
Kesan yang diberikan oleh makanan laut terhadap perkembangan otak janin adalah lebih besar berbanding kanak-kanak atau ibu yang mengambil makanan laut selepas kelahiran bayi. Menurut Dr. Jordi Julvez yang merupakan pengarang utama kajian ini, perkembangan otak semasa fasa-fasa awal kehamilan adalah amat penting. Asid lemak omega-3 yang terdapat di dalam jenis ikan berminyak memainkan peranan penting dalam pembentukan dan laluan antara sel semasa perkembangan otak janin berlaku.
Ambil banyak ikan putih untuk bayi anda
Walau bagaimanapun, Nichola Ludlam-Raine, pakar pemakanan yang juga ahli British Dietetic Association menyarankan agar wanita hamil mengambil jenis ikan berminyak ini tidak lebih daripada dua hidangan dalam seminggu. Beliau menggalakkan agar wanita hamil memakan jenis ikan putih atau tidak berlemak seperti ikan kod, haddock dan ikan merah kerana ia merupakan sumber protein yang baik.
Bagi suami-suami yang bakal mempunyai anak yang akan dilahirkan, galakkan isteri anda untuk memakan sumber makanan ini dengan kerap. Selain ia bertindak sebagai sumber protein yang baik, ia juga mungkin membantu anda untuk memiliki anak yang lebih fokus dan genius pada masa hadapan. Tidak hairanlah jika kita mengetahui ramai anak-anak Terengganu dikategorikan sebagai kelompok yang genius. Ini mungkin disebabkan oleh diet pemakanan mereka yang banyak bersumberkan ikan seperti ikan tuna dan tenggiri. Jom makan lauk singgang ikan bermula esok!