Biasa kita lihat ibu dan ayah yang menjaga anak-anak tambah pula yang masih kecil, tapi berbeza pula keadaannya yang berlaku di bandar Cebu, Filipina apabila gambar-gambar seroang kanak-kanak lelaku yang masih kecil diikat tali di badan oleh ibu dan bapanya.
Jika dilihat pada mulanya keadaan tersebut mungkin akan kelihatan pelik namun setelah diamati dengan teliti, rupa-rupanya ibu bapa kanak-kanak berkenaan merupakan golongan IKU yang mempunyai masalah penglihatan.
Gambar-gambar yang tular di media sosial itu dikongsikan oleh pemuda yang dikenali sebagai John Cuenca Alterado yang kebetulan sedang berjalan-jalan di sekitar Cebu ketika sedang bercuti di sana.
Lebih membuatkan ramai tersentuh, kanak-kanak berkenaan dilihat tersenyum dengan sangat comel walaupun terikat dengan kedua-dua orang tuanya yang cacat penglihatan. Kanak-kanak itu juga dilihat setia menemani ibu dan ayahnya walau ke mana sahaja.
Daripada maklumat yang diperolehi dari penduduk sekitar mengatakan bahawa anak beranak ini bukannya berasal dari bandar berkenaan, tetapi mereka sekeluarga menetap di Kawasan pergunungan.
Identiti dan juga maklumat penuh satu keluarga ini masih lagi belum dapat dikenal pasti. Namun perkongsian gambar-gambar ini telah menyentuh perasaan dan memberikan inspirasi kepada ramai pihak. Semoga ada yang sudi membantu mereka sekeluarga dan anak tersebut dapat menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak seusianya kelak. Kecil-kecil lagi dah berkorban demi keluarga.
Sumber: Borak Daily & CDN