Besarnya Ujian Fateh! Sepatutnya Buat Kimo Kanser Darah, Disahkan Pula Positif COVID

Share

Dalam keadaan negara yang masih lagi berjaga-jaga untuk menghalang wabak COVID-19 ini daripada terus menular, apabila mendapat tahu angka positif wabak ini meningkat, pastinya ramai yang cukup risau. Tambah lagi kes kematian juga meningkat setiap hari.

Bukannya apa, wabak ini masih belum ada ubatnya dan hanya rawatan awal dan sistem imunisasi badan yang kuat akan mampu melawan serta dengan izin Allah untuk sembuh.

Hidap Leukemia

Bagaimanapun, apa yang menyedihkan melalui perkongsian dalam Facebook Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (Pesona) seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun yang menghidap kanser darah (Leukemia) turut telah disahkan positif COVID-19.

Ujian darah sahkan positif Covid-19

Dalam perkongsian tersebut, adik Muhammad Fateh Aqil bin Mohd Nazmee sememangnya akan menjalani kitaran kimoterapinya mengikut jadual di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan namun ujian darah yang dilakukan mendapati dia dijangkiti COVID-19.

Justeru itu, pihak Pesona memohon orang ramai dapat mendoakan kesihatan adik Fateh agar terus kuat berjuang melawan penyakitnya serta dapat teruskan perjuangan walaupun diuji dengan dua ujian sekaligus.

Sembuhkan anak syurga ini Ya Allah

Setelah kisah adik Fateh ini dikongsikan, semua mendoakan agar anak kecil ini terus diberi kekuatan melawan penyakit dan diberi kesembuhan yang baik.

Moga Allah permudahkan urusan adik Fateh ini dan dapat membesar seperti kanak-kanak yang sebaya. Perjalanannya masih jauh lagi.

Sumber: FB Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser

Published by
Wan Amy