Pelakon, Alif Satar dan keluarga kini sedang bercuti di United Kingdom (UK) telah dan meraih perhatian ramai pengikutnya di Instagram.
Alif bersama isteri, Shadila Halid serta anak-anak iaitu, Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad Ali memilih lokasi di Exeter, UK sebagai destinasi percutian kali ini untuk mengimbau kembali memori zaman kanak-kanak Alif yang dibesarkan di Exeter pada 25 tahun yang lepas.
Dalam perkongsian lain, Alif turut berkongsi momen mereka sekeluarga menaiki kereta api dan tambah Alif lagi percutian ini sangat mencabar kerana bukan mudah untuk mengawal anak-anak yang masih kecil dan sangat aktif.
Percutian Alif kali ini walaupun agak mencabar tapi nampak tenang dan menyeronokkan walaupun bersama anak-anak kecil yang punyai pelbagai ragam.
Ads
Momen indah anak-anak Alif merasai percutian yang penuh dengan cabaran ditambah pula dengan pengalaman tidur di dalam train, makan, memberus gigi dan disajikan dengan pemandangan alam semulajadi yang indah pastinya akan meninggalkan memori yang sukar dilupakan buat cahaya mata mereka.
Turut tak ketinggalan merindui United Kingdom, Chef selebriti iaitu Chef Wan yang turut berkongsi tempat di mana dia pernah membuat pengambaran suatu ketika dahulu. Malah warga maya turut berkongsi pelbagai perasaan di ruangan komen setelah melihat telatah comel 3 beradik ini.
Ads
nunofabrics.hq Nampak struggle nye tu 😂 tapi view cantek Subhanallah buat tambah semangat with the kiddos ❤️👏
_chefwan58 Hee hee tu dia siap berus gigi lagi…so cute the kids…have a wonderful vacation up there…that city reminded of my caravan parking betul2 depan Gereja tu on my BBC 2 TV serie ” East Bites West”…I think I make Satay on the show masa tu.😂
kakchambh Bestnya Alif cuti2 mcm ni 😍😍😍 enjoyyy… and stay safe ❤️
Bila memikirkan jumlah orang yang terlalu ramai membuatkan kita berfikir dua tiga kali untuk membawa anak menunaikan umrah. Bagi pengacara, Irma Hasmie, dia bersyukur bila mana hasratnya untuk membawa dua anaknya ke Tanah Suci dipermudahkan.
Biar pun ada cabarannya bila bersama anak kecil, namun akui Irma, secara peribadi dia amat bersyukur dapat membawa dua jantung hatinya, Irfhan dan Naylie.
Menerusi Instagramnya, Irma berkongsi cerita perjalanan bersama anak kecilnya.
“Dengan izin-NYA, sampai kami ke Madinah al-Munawwarah dan Makkah al-Mukarramah, syukur yang amat sangat rezeki menjadi tetamu Allah.
“Rasa bahagia dapat merasa pemusafiran bersama family, dengan Irfhan Naylie. Paling touching dapat bawa dorang ziarah Nabi hari-hari waktu di Masjid Nabawi.
“Di Makkah pula dapat duduk kat dataran dengan anak-anak dalam Masjidil Haram tengok Kaabah. Pastu tak sangka dapat merasa pengalaman hujan batu (ais) di tanah suci Makkah,” kongsi Irma memulakan cerita.
Namun akui Irma, ada cabarannya bila bersama anak kecil. Pun begitu Irma turut berpesan kepada ibu dan bapa yang ingin turut membawa anak bersama agar tidak terlalu memikirkan perkara negatif.
Malah kata Irma lagi, jangan terlalu takut sebaiknya berlapang dada dan bersangka baiklah pada Allah agar dipermudahkan ibadah sepanjang di Tanah Suci.
“Umrah dengan anak-anak ni memanglah berbeza banding pergi bersendirian. Betul! Ada cabaran-cabarannya, tapi secara peribadi saya sangat bersyukur dapat bawa Irfhan Naylie.
“Saya senang hati, rasa aman dapat bimbing dan dedahkan dorang untuk lebih dekat pada Allah SWT dan mencintai Rasulullah sejak dari usia kecil.
“Alhamdulillah, pengalaman serta detik-detik kenangan bahagia. So siapa-siapa yang bercadang nak menunaikan ibadah umrah dengan anak-anak tak perlu risau berlebih-lebihan.
“Jangan takut, jangan pikir negatif tapi sentiasa sangka baik pada Allah, Bismillāhi tawakkaltu ‘ala Allāh.
“Percayalah anak-anak belajar banyak perkara dari trip umrah, sama macam bila dorang dapat pengalaman bercuti ke mana-manakan, ini pengalaman ke tempat Nabi kita, tanah suci,” kongsinya lagi.
Melihatkan kelincahan isteri kepada penyampai radio, Johan, iaitu Ozlynn pastinya ada rahsia yang diamalkan oleh Ozlynn biarpun sudah beranak enam. Ozlynn sentiasa kekal sihat dan aktif malah berjaya mengekalkan kerampingannya.
Rupanya ibu kepada enam cahaya mata ini seorang yang cukup berdisplin menjaga pemakanan dan rutin pantangnya setiap kali berpantang. Ozlynn yang kini masih lagi berpantang anak keenamnya, berkongsi rahsia amalan pantangnya.
Menerusi Instagram, ibu yang gemar memasak ini berkongsi amalan pantang yang sering dilakukannya.
“Suka tangas, bagus untuk kaum hawa. Seminggu 3 kali pun cukup tapi jujur aku cakap, selalu lepas abes pantang 44 hari aku masih lagi berpantang.
“Pantang makanan sejuk, frozen, fastfood, air kordial, air gas, air tin. Ada yang aku pantang sampai 2 tahun tak usik, ada yang setahun ada yang 6 bulan, bergantung minuman or makanan tu,” kongsinya.
Berpengalaman melahirkan anak melalui kaedah pembedahan, kata Ozlynn selepas beberapa bulan barulah dia mula bersenam dan mengamalkan rutin berpantang yang sama seperti melahirkan anak secara normal.
“Selalu bersalin normal lepas 3 bulan aku akan slowly workout yang ringan-ringan. Cardio dan yang boleh merenggangkan dan menegangkan balik tubuh yang lembik. Kalau csect pun aku ada pengalaman, after 6-8 month baru boleh start workout manja-manja dan hasilnya baby nak masuk 10-12 bulan perut aku dah tegang balik.
“Pakai girdle sape yang czer, sebab bagus support perut supaya tak banyak bergegar bila kita bergerak sebab luar yang jahit or tampal dah kering tapi yang dalam lemak isi yang dijahit dalam tu belom tentu dah kering or sihat ye.
“Pakai bengkung yang support untuk pinggang tu pun boleh pakai untuk yang czer dan please jaga pemakanan. Aku kadang bila tiba baby anjak 3 bulan aku amik balik package berpantang paling kurang seminggu 2.
“Ada yang cakap bagus ozlynn jaga dalaman untuk suami.. hellooooo! Saya jaga badan untuk diri sendiri bukan suami sebab kalau sakit bukan laki kau boleh amik sakit tu pun. Tapi rezeki suami kita dapat kita yang jenis menjaga dalaman,” kongsi Ozlynn lagi.
Sauna dan berbengkung sendiri
Ibu kepada enam orang cahaya mata ini tidak hanya mengamalkan rutin pantang yang cukup berdisiplin bahkan kata Ozzlyn, biarpun selepas pantang, dia akan terus melakukan aktiviti sihat semasa berpantang secara sendirian.
Tidak hanya berkongsi ceritanya bahkan ibu lincah ini turut sama berkongsi tip, petua dan nasihat untuk pengikutnya.
“Kadang aku buat sendiri je, bersauna sendiri berbengkung sendiri.. ada rezeki lebih dapat la amik tukang urut kan. Apapun kita semua kena sedar diri tahap kemampuan keluarga kita, toksah ikut orang.
“Kadang ada je orang ada duit tapi tak nak jaga diri so stop cakap alaa ko ada duit boleh la. Benda ni kalau ko rajin, tak yah guna modal pun boleh jaga badan. Buat keje umah pon kategori exercise tau.. jaga anak masak pun boleh buat kita berpeloh.. kan ke sihat.
“Eh laki aku pon vacum mop umah, basuh toilet tukar cadar katil, berus baju putih guna tangan, so jawapan dia exercise ni tak semestinya gym, banyakkan minum air suam. Aku sentiasa ada botol besar kat sebelah, akan sentiasa suam.
“So kaum hawa, pantang dengan laki pun kalau boleh biar la lepas 100 hari. Pepandai la nego, paling tak pun 44 hari kan. Suami yang baik akan support untuk jaga kesihatan isteri. Kami cuti lama, buat kaum hawa jangan stress-stress if ada perubahan pada bentuk tubuh kita. Thank you kak sri @auliyabeautycareandconfinement,” tulisnya berkongsi.
Rata-rata pengikut Ozlynn turut bersetuju dan mengagumi disiplin pantang Ozlynn. Malah ada juga yang turut sama berkongsi tip berpantang mereka di ruangan komen.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
“Muhammad Rayyan!!!!! Mama cakap jangan buat macam tu” Dengan nada menjerit dan penuh kemarahan. Situasi ini biasa terjadi jika ibu bapa ingin melepaskan kemarahan pada anak-anak.
Menjerit adalah amalan biasa kebanyakan kita apabila kita marah kerana mengharapkan kepatuhan dan keajaiban daripada anak-anak.
Adakah ia berkesan?
Tidak.
Kenapa tidak?
Menurut Joseph Shrand, seorang Pakar Psikiatri, apabila kita menjerit kepada anak, kita bukannya mengaktifkan bahagian telinga anak yang mendengar dan hati yang patuh, sebaliknya jeritan mengaktifkan respon ketika takut dan cemas iaitu respon “Flight-Fight-Freeze”.
FLIGHT maksudnya anak melarikan diri ataupun ‘disconnect’ dan menjauhkan diri daripada kita.
FIGHT maksudnya anak melawan ataupun keras hati dan keras kepala.
FREEZE maksudnya anak terkedu, kaku, cemas, tertekan dan tidak dapat bertindak atau berfikir.
Jeritan mengaktifkan bahagian emosi otak, bukannya bahagian yang menggalakkan anak berfikir mencari penyelesaian. “Tetapi bila menjerit barulah anak ambik serius.” Itu kerana anak takut.
Kita mahu anak hormatkan kita, bukannya takutkan kita. Hormat datang dengan hormat (mutual respect), bukannya dengan membuatkan anak merasa tidak bernilai dan tidak dihargai. Yang kita mahukan adalah perubahan yang berpanjangan pada anak, bukannya perubahan sementara kerana anak takut ataupun kerana anak rimas dengan suara jeritan kita.
Oleh itu menjerit adalah tindakan yang sia-sia dan tidak akan mengubah apa-apa. Kita cuma akan melahirkan anak cucu yang menjerit seperti kita ataupun anak cucu yang tertekan kerana tidak tahan dengan jeritan kita.
Berkomunikasilah seperti manusia.
Sumber:
Noor Afidah Abu Bakar Parent Connect Consultancy
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.