Kehamilan

“Best Tengok Baby, InsyaAllah Januari 2020″. Suami Abby Harapkan Dua-Dua Sihat

Share

Insyaallah Januari 2020! Suami pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria berkongsi rasa syukur dengan perkembangan terbaru isterinya yang sedang hamil.

Menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya, Faizal menyatakan rasa syukur dan memaklumkan anak yang dikandung isterinya itu berada dalam keadaan sihat.

Faizal mendedahkan tarikh jangkaan bersalin Abby mengikut perkiraan doktor adalah pada Januari 2020.

Hari ini dengan my love @abby_abadi112 ke klinik lagi sebab ada temu janji untuk scan.

“Best tengok baby, semua sihat. Insya-Allah Januari 2020 dapat melihat kebesaran ciptaan dan nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya.

“Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk my love & my baby…” tulisnya.
Terdahulu pada tahun 2017, Abby mendedahkan pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.

Sebelum ini, Abby ada berkongsikan fotonya di sebuah klinik serta memberitahu dia membuat imbasan seperti memberi gambaran bahawa dia kini sedang hamil pada usia 42 tahun.

Turut meluahkan rasa syukur, bagaimanapun, Abby berkata dia belum bersedia untuk berkongsikan berita gembira itu kepada umum kerana masih terlalu awal.

“Suami bawak saya pergi buat imbasan tadi. Alhamdullillah syukur. Nantilah saya cerita ye, segan nak cerita sekarang. Awal lagi.

“Untuk doktor-doktor & adik-adik di klinik, jangan serik jumpa saya setiap bulan mulai bulan ni ye,” tulisnya.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015. Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Sumber: ig jaiezzany

Published by
Wan Amy