Selepas kelahiran anak perempuan pertamanya pada akhir Disember lalu, pemain bola sepak yang cukup dikenali, Aidil Zafuan tampil berkongsi nama pilihannya dan isteri buat cinta hatinya.
Menerusi Instagramnya, pemain pertahanan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu turut memuat naik sekeping lagi gambar si comel kesayangannya beserta nama yang cukup indah.
“Darling dadda, Ayzeza Zelyca. 💗,” tulisnya ringkas sambil berkongsi nama pilihannya dan isteri.
Nama yang unik tetapi cukup indah dipilih Aidil dan isterinya, Zarema Zainal.
Ads
Menerusi entri yang sama juga, Aidil turut memuat naik gambarnya bersama bintang hatinya itu namun masih belum berkongsi wajah tersayang.
Dalam pada itu, nama indah pilihan Aidil dan isteri itu turut mendapat pelbagai reaksi dari pengikutnya. Malah ramai meninggalkan pelbagai komen di ruangan komen.
Ads
Walaupun ejaannya dan sebutannya agak unik namun ada warganet yang berkongsi seakan sebutan Aziza Zulaika. Indah dan sedap didengar.
Terdahulu, memuat naik sekeping gambarnya bersama bayi, Aidil berkongsi khabar gembira kelahiran puteri sulungnya itu selepas memiliki empat cahaya mata lelaki sebelum ini.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalu dipersalahkan, dipaksa matang awal & mengalah. Hati-hatilah, 6 kesilapan ini selalu ibu ayah buat kepada anak sulung tanpa sedar.
Dialah penghuni pertama rahim ibu & yang mengajar ibu ayah menjadi ibu bapa sehingga terbinanya sebuah keluarga. Anak sulung sangat bermakna kehadirannya dalam sebuah keluarga.
Masyarakat mungkin sering memandang anak sulung dengan pelbagai stigma. Setekah lahirnya adik-adik mereka seakan terpinggirkan atau secara tidak sengaja, diherdik, dimarahi kerana ‘kegagalannya’ dalam menjalankan tugas sebagai kakak atau abang.
Tanpa kita sedari, anak sulung juga dihenyak dengan pelbagai tugas dan dipersalahkan kerana adik-adiknya. Kaunselor, Puan Farhan memberikan pendapatnya mengenai anak sulung dalam institusi keluarga.
Kesilapan yang kita biasa lakukan kepada anak pertama.
#1.Selalu melakukan tuduhan kepadanya
Anak sulung ini biasa menjadi tempat kita membuat tuduhan. Kadang kadang bila anak kedua, ketiga menangis, mulut kita laju cakap
“Abang buat adik ya?”
Bila kita sudah terbiasa begitu, kita selesa untuk memberi tuduhan kepada anak yang sulung.
Apa apa yang berlaku, anak yang sulung pasti orang pertama menjadi orang yang kita tuduh.
#2. Menyalahkan anak sulung atas apa yang berlaku kepada adik
Selain memberi tuduhan, kita juga suka menyalahkan anak yang sulung jika ada perkara yang tidak baik berlaku kepada si adik.
Adik jatuh tersembam kita salahkan yang sulung. Kita marah anak sulung kerana tidak jaga adik baik baik sehingga perkara itu berlaku.
Sedangkan kadang kadang perkara itu berlaku di luar kawalan anak kita.
#3.Mengharapkan anak sulung faham situasi anda
Apabila ibu mendapat anak kedua, usia anak sulung itu perlu didilakukan ambil kira. Jika anak sulung itu baru mencecah 1 tahun, dia masih terlalu kecil untuk memahami situasi anda yang baru mendapat cahaya mata kedua.
Soal perhatian dan pembahagian masa akan selalu menjadi isu. Kita marah anak sulung apabila dia mula mengamuk tatkala kita sedang menyusukan anak kedua.
Kita tidak faham bahawa anak kita itu masing kecil untuk bertoleransi dengan pembahagian kasih sayang, masa dan perhatian dari kita. Selama ini dia dapat semuanya secara esklusif dan kini ia harus dikongsi.
Ia bukan mudah! Letak diri kita di, tempat anak itu.
#4.Menjauhkan anak sulung dari adiknya
Ada juga sesetengah ibu ayah yang tidak memberi kebenaran kepada anak sulung untuk rapat dengan baby yang baru lahir. Apabila anak sulung anda masuk rapat, anda ‘halau’ dia supaya pergi ke tempat lain dan tidak mengacau adik.
Saya faham, mungkin sesetengah ibu risau kerana anak sulung masih kecil, namun anda tetap perlu ajar dia untuk rapat dengan adik, beri peluang untuk uruskan adik agar dia tidak kekok untuk sayang adik dan seterusnya menerima adiknya itu dengan baik. Jadi, nanti tidak timbul lah isu cakar adik, tutup muka adik dengan bantal dan sebagainya.
Apa yang penting sentiasa monitor dan ajar anak sulung anda untuk ‘menguruskan’ adiknya.
#5.Menangguhkan permintaan anak sulung
Seperti mana saya katakan, apabila kita mendapat anak kedua, perhatian kita akan mula terbahagi.
Kadang kadang apabila anak sulung meminta sesuatu daripada kita, kita suka menangguhkan permintaan mereka.
Adakalanya mereka minta sesuatu, namun kita kata “nanti dulu”, sehingga kan kerap kali kita terlupa untuk melakukannya.
#6.Anak sulung disuruh beralah
Ini juga kesalahan yang biasa kita lakukan.
Anak sulung selalu disuruh beralah. Bila dia bermain dan adik mahukan mainannya, kita suruh dia beralah.
Ayat yang biasa kita guna
“Itu kan adik, berilah pada adik”
Sedangkan hakikatnya, tidak semua perkara anak kita perlu beralah. Mereka juga ada perasaan.
Untuk siapa yang masih ingat tentang artikel saya yang mengatakan bahawa anak sulung ini penting untuk pembentukan keluarga, ini adalah sambungannya.
Kita perlu ingat, kadang kadang saat mendapat baby baru kita terlupa kepada anak sulung saya yang masih tidak puas bermanja dengan kita.
Jangan lupakan dia dan bertindak tanpa memahami perasaan anak sulung kita.
Dia pernah jadi insan yang paling anda sayang, anda damba sepenuh hati.
Jadi, hargai dia dan jangan melakukan kesalahan sama ada sengaja atau tidak sengaja, kerana kesannya bukan untuk hari ini sahaja, namun ia akan membawa sehingga anak itu besar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ajal maut tiada siapa yang tahu bilakah tertulis pemergian itu. Pada awalnya anak kecil ini demam panas dan disahkan terkena jangkitan kuman ketika berada di Madinah untuk menunaikan umrah bersama keluarga.
Namun Allah lebih menyayangi anak yang baru berusia 4 tahun ini, adik Nur Alesha Ammara akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 14 februari lalu di Madinah.
Bertuahnya Anak Syurga ini.
Adik Nur Alesha Ammara, 4 tahun. Meninggal kerana demam panas dan jangkitan kuman. Allah lebih sayang dan rindu dengan adik. Semoga adik sentiasa tenang disana.
Di Solatkan dan di doakan oleh ribuan jemaah di Masjid Nabawi. Di makamkan di Jannatul Baqi’, dekat dengan Ahli Bait Baginda Rasulullah, bahkan hanya berjarak beberapa Meter dengan Makam Baginda Rasulullah bersama sahabat Sayyidina Abu Bakar As Siddiq dan Sayyidina Umar Al Khattab
Sewaktu hayat Baginda Rasulullah sering menziarahi Perkuburan Baqi’, Baginda juga sering mendoakan para penghuni pekuburan al-Baqi’. Aisyah radhiallahu ‘anhaa berkata :
“Kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam jika menginap di tempat Aisyah maka Nabi shallallahu álaihi wasallam keluar di akhir malam ke pekuburan al-Baqi’ lalu baginda berkata, “Keselamatan atas kalian para penghuni tempat tinggal kaum mukminin, telah datang kepada kalian apa yang kalian dijanjikan, kamipun akan seperti kalian hanya saja untuk kami ditunda hingga kemudian hari, dan kami insyaa Allah sungguh akan menyusul kalian. Ya Allah berilah ampunanMu kepada penghuni kuburan Baqi’ al-Ghorqod” (HR Muslim no 974)
Setiap hari, ratusan bahkan ribuan umat islam akan berebut2 masuk ke Baqi’ untuk mendoakan ahli Baqi’.
Tiap hari Alesha akan didoakan. Tiap hari Alesha akan di ziarahi jemaah yg datang dari seluruh penjuru dunia. MasyaAllah benar2 kematian yang sangat di cemburui. Benar2 Anak Syurga yang terpilih.
Berbahagialah dan bergembiralah di sana sayang, bermain dan berlari2lah bersama Wildan Syurga yang lain. Nantikan orgtuamu di pintu syurga ya. InsyaAllah kami juga bakal menyusulmu 😢
Nur Alesha Ammara Binti Mohamad Amirul 4 Feb 2019 – 14 Feb 2023
Emosi ibu semasa sedang hamil memang cepat sensitif dan tak stabil kerana perubahan hormon. Sebab itu jika ada yang tak kena, ibu cepat berubah mood dan lebih mudah menangis.
Bukan itu saja, ibu hamil berisiko untuk mengalami masalah kesihatan yang lain seperti kemurungan, depresi dan gangguan emosi yang disebabkan pelbagai faktor dalaman mahupun luaran, fizikal atau psikososial dan lain-lain.
Jika tak kuat dan tiada sokongan orang sekeliling pastinya ia akan lebih memudaratkan lagi.
Namun menerusi perkongsian Fatin Nurul Ain yang pernah mengalami melalui saat getir dan perpisahan ketika hamil anak kedua, ia benar-benar menguji dirinya. Alhamdulillah semua itu diambil secara positif dan kini Allah beri yang terbaik untuknya dan anak.
Allah sebaik-baik perancang
Pengalaman melahirkan setiap anak itu memang berbeza. Hari ni mengingatkan kembali ummi time lahir kan Farrel.
Seawal 4 bulan usia adik dalam kandungan, doktor dah nampak baby boy. Berbunga-bunga hati ni, pengalaman baru buat ummi dapat anak lelaki.
Sepatutnya due adik betul-betul 1/1/2020, ikutkan pengalaman kakak, lahir awal dari tarikh due. Masa tu memang banyak urusan, banyak benda ummi perlu fikir. Ummi doa sangat-sangat adik sabar dulu dalam perut. Bagi ummi settlekan dulu semua.
Alhamdullillah Allah Maha Baik, adik lahir melihat dunia time ummi dah betul-betul bersedia.
Mungkin perancangan dan angan-angan ummi tak tercapai, tapi Allah dah aturkan sebaiknya. Persiapan ummi untuk lahirkan adik yang paling utama time tu adalah EMOSI.. Berbeza dengan kakak setiap hari asyik berangan kelengkapan dan persiapan sebab pertama kali kan.
Jangan duduk berseorangan jika sedih atau stres
Emosi memainkan peranan yang sangat penting untuk melahirkan amanah Allah ni. Kalau nak cerita-cerita sedih, ummi pun dah lupakan. Buang jauh-jauh.
Tapi kalau ibu-ibu yang pregnant rasa sedih atau ada masalah yang membuatkan stres, tolong jangan duduk berseorangan. Deep breathing, banyakkan istighfar, cuba selesaikan masalah tu cepat-cepat, minta sokongan dan nasihat dari orang dipercayai. Jangan putus doa, Insyaallah, Allah permudahkan segalanya.
Tengoklah adik sekarang, seawal lahir dah suka senyum. Terbuktilahkan ummi happy je sepanjang mengandungkan adik.
Lupakan masa lalu, jadikan masa lalu sebagai pengajaran untuk dikenang. Fokus utama nak anak-anak lebih gembira dan menjalani kehidupan yang lebih baik.
Semoga Allah sentiasa beri kekuatan buat ummi untuk mendidik dan membesarkan anak-anak ummi dengan baik. Happy 1ST Birthday anak ummi NIK FARREL FAHIM
Sabar, reda kunci kekuatan buat seorang wanita
Selain itu, dalam perkongsian yang lain juga, Fatin turut memberi kata-kata semangat walaupun kehidupan ada ketikanya diuji.
Ingatlah, kita hidup ini atas takdir yang Allah SWT tetapkan atas diri kita. Tiada makhluk yang boleh mengubah takdir hidup kita.
Setiap ketetapan takdir sama ada dalam bentuk nikmat atau musibah atas diri kita, kita kena yakin Allah SWT tetapkan sesuatu yang terbaik buat diri kita untuk kehidupan dunia dan akhirat kita.
Kita perlu sentiasa sandarkan kehidupan, tujuan dan matlamat hidup pada Allah SWT. Sebab hanya DIA Yang Maha Berkuasa, hanya DIA yang Maha Pemberi Rezeki, dan sebagainya.
Jika kita nak sandarkan hidup kita pada manusia, pasti manusia tersebut tak mampu memenuhi keperluan hidup kita kerana dia sendiri memerlukan rahmat dari Allah SWT.
Sabar, redha dan berharap pada Allah SWT adalah kunci untuk kita terus tabah dan kuat menghadapi liku-liku kehidupan ini. Sentiasa jadikan al-Quran, Solat, Zikir, bersama dengan orang soleh sebagai resepi untuk kita terus mendapat kekuatan.
Kredit: Instagram Fatin Nurul Ain
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!