Musim cuti sekolah mesti anak-anak akan banyak menghabiskan masa menonton rancangan kartun di televisyen. Kalau setiap hari asyik menghadap televisyen sahaja tentu mereka bosan.
Apa kata bawa mereka menyaksikan sendiri pelbagai watak kartun popular Nickelodeon. Tentu si kecil teruja!
Sepanjang 13 – 26 Disember nanti, Nickelodeon Playground akan berada di Sunway Velocity Mall. Inilah masanya untuk anda membawa anak-anak bersuka ria dengan pelbagai watak Nickelodeon sempena cuti sekolah ini. Jom bawa mereka ke Ground Floor, Vanity Atrium!
Ada apa yang menarik tu?
Terdapat bermacam-macam aktiviti disusun oleh Sunway Velocity untuk para pengunjung. Antaranya bengkel kanak-kanak, meet and greet Shimmer and Shine, Christmas Tea Party dengan VeloKiddie dan banyak lagi aktiviti berkaitan.
Berseronoklah dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.
1. Pada 13 – 26 Disember daripada jam 10 pagi hingga 10 malam. Bertempat di Ground Floor, Vanity Atrium, anak anda boleh melibatkan diri dengan aktiviti Blaze Fun Car Ride, Paw Patrol Pawsome Slide dan Kids’ Colouring Corner.
2. Manakala pada tarikh 15, 16 dan 22 Disember, ada aktiviti berbeza yang boleh disertai di Ground Floor, Vanity Atrium. Bermula jam 12 tengah hari, ada Sandwich Making Workshopoleh O’Briens Irish Sandwich Cafe.
3. Pada tarikh yang sama iaitu 15, 16 dan 22 Disember dalam jam 1 petang, 3 petang, 5 petang dan 7 malam, anak anda boleh beramah mesra di Shimmer & Shine Meet and Greetpula.
4. Ambil perhatian pada tarikh 15 Disember (2 petang), ada GymboreeArt Workshop manakala pada 16 Disember (2 petang) dan 25 Disember (4 petang) akan diadakan Gymboree Music Workshop.
Ads
5. Pada 15 Disember, jam 6 petang pula, ada Children’s Clay Art Workshop oleh Yenji di Ground Floor, Vanity Atrium.
6. Manakala pada 15 Disember (4 petang), 16 Disember (4 petang & 6 petang), 22 Disember (2 petang & 6 petang) dan 23 Disember (6 petang), ada Kids Art Workshop oleh HeArt di Ground Floor, Vanity Atrium.
7. Seterusnya pada 22 Disember (4 petang), 23 Disember (12 tengah hari) dan 25 Disember (6 petang) ada Kids’ Art Workshopoleh Cardboard Country di Ground Floor, Vanity Atrium.
8. Menariknya, ada Kids’ Road Safety Special with JPJdi mana pihak Jabatan Pengangkutan Jalan akan membantu mengajar kanak-kanak tentang keselamatan jalan raya pada 23 Disember, jam 2 petang. Anda kena segera datang sebab siapa cepat, dia dapat sertai!
9. Perlu anda tahu, aktiviti sepanjang hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam oleh kOkO Block dan Poney Christmas Fair di Ground Floor, berhadapan outlet Padini diadakan daripada 23 November 2018 – 1 Januari 2019. Jadi, jangan ketinggalan mengikutinya!
Ads
Sementara itu, jangan lupa untuk mendapatkan pakaian baru di Poney kerana ada tawaran potongan harga RM15 dengan pembelian RM150 dan ke atas daripada 23 November 2018 – 1 Januari 2019 dari jam 10 pagi – 10 malam di Ground Floor berhadapan outlet Padini.
Christmas Tea Party with Vic & Val! akan diadakan pada 23 Disember (4 petang) dan pada 25 Disember, parti yang sama bakal berlangsung pada jam 2 petang. Pastikan anda menempah slot aktiviti ini agar tidak ketinggalan untuk menyertainya. The VeloKiddie Christmas Tea Party hanya boleh disertai oleh ahlinya. Bagi para ahli, penyertaan adalah percuma! Hanya perlu mendaftar di sini
Selain daripada itu, ada pelbagai promosi istimewa untuk ahli VeloKiddie Members sepanjang tempoh ini. Anda boleh membeli-belah dan mendapat promosi eksklusif di outlet Poney, Chicco, Claire Organics, Gymboree, Hippopo Baby Spa & Wellness, KidzB, kOkO Block dan Yenji.
Berita baik! Kami teruja mengumumkan, akan menganjurkan New Year’s Eve Countdown Party pada 31 Disember 2018 di Jalan Peel (berhadapan Sunway Velocity Mall, berdekatan dengan Starbucks Coffee dan Doutor Fresh Quality Coffee). Ia terbuka untuk orang awam dan percuma!
Antara yang menarik termasuklah Countdown Carnival(12 tengah hari ke atas) yang menempatkan booth permainan karnival di mana anda boleh bermain secara percuma dan memenangi pelbagai hadiah; booth foto 3D, barisan food truck (lebih 20 trak), bazar beli-belah, bazar makanan jalanan dan pelbagai promosi eksklusif apabila anda mengunjungi booth VeloKiddie, Sunway Pals dan Sunway Property. Akan ada lebih 50 vendor yang menawarkan makanan yang lazat dan merchandise menarik untuk dimiliki.
Sambil bergembira di karnival, nantikan Countdown Concert (9 malam ke atas) di mana akan anda deretan persembahan selebriti kegemaran ramai seperti Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Paperplane Pursuit, Alvin Chong, Jenn Chia, Juztin Lan, Khai Bahar, Dennis Yin & Crew dan Rejuvenate Dance Crew! Pada tengah malamnya, sambutlah tahun 2019 dengan persembahan bunga api yang menakjubkan!
Event ini TERBUKA kepada orang ramai dan PERCUMA! Namun, jika mahu melayakkan diri mendapat tiket standard VIP yang memberi akses ke kawasan VIP Standing, daftar secara percuma keahlian Sunway Pals menggunakan kod #SVMNewYear. Ia membolehkan anda mendapat 500 poin pals dan pada masa yang sama berpeluang memenangi pas-pas berkenaan.
Tema untuk Countdown Party ialah Colourful 2019. Jadi berpakaianlah dalam warna-warna yang mewakili azam tahun baru anda. Jangan ketinggalan event besar dalam Kuala Lumpur ini dan pastikan anda datang bersama keluarga dan kawan-kawan.
Untuk maklumat lebih lanjut serta terma dan syarat, lawati www.sunwayvelocitymall.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain membeli sahaja kek hari jadi anak, ada waktunya sesekali terfikir di fikiran untuk menghasilkan kek buatan sendiri supaya lebih dihargai malah mencari kepuasan ibu-ibu. Namun adakalanya bukan semua yang dihasilkan menjadi dengan baik. Ada kalanya kek langsung tidak menjadi, bantat dan hasilnya mengecewakan.
Tak mahu anak kecewa, lebih-lebih ibu yang berusaha sepanjang hari untuk menyediakan kek hebat, ada baiknya kita mencuba idea ibu ini Yusni Ibrahim, yang menghias sendiri kek super hebat buat anaknya. Memang simple dan superb!
Jangan susah hati kalau tak pandai baking. Ini lah cara paling senang nak prepare kek sendiri tapi tak nak kek tu TAK JADI. So beli je kek kosong then hias sendiri. Puas hati. Kek yang murah pun akan nampak macam mahal, beli kek budget RM10 pun boleh asal kek. Tapi sebab saya ada voucher diskaun dan dah lama teringin makan kek ni so saya belilah kek mahal sikit, after discount dapat sebijik RM55.
Patung-patung boleh beli je kat kedai bakeri, ada yang bawah RM10 untuk 1 set. Kekadang sebijik RM1 pun ada, tak pun kat shopee pun banyak.
Cake topper pun boleh cari kat Shopee, banyak murah-murah, dalam 90 sen pun boleh dapat. Susun je semua tu atas kek, inshaAllah jadi. Buat ikut budget dan kemampuan sendiri. Yang penting modal murah tapi nampak macam mahal, try lah. Selamat berkarya.
Kek indulgence pakai grab food.
Beli kat shopee je, kat kedai bakeri pun banyak mainan yang lain dan murah-murah ikut budget.
Bagi dia mandi kolam buih dulu, kena bersih sebab nak letak atas kek.
Saya lekatkan je sellotape kat pencungkil gigi sebab sayang nak tebuk mainan ni.
Cake topper ni boleh google, print dan lekat kat kertas keras.
Then korang susun je mainan dan cake topper atas cake. Topper happy birthday tu pun boleh cari kat Shopee. Boleh dapat bawah RM1.50 yang penting ikut budget.
Untuk lebih advance, logo tu boleh potong satu persatu then tekap kat atas fondant dan potong. Start dari luar dulu then ke dalam.
Hasil menyusun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ya benar, isteri kita bekerja tidak pernah berhenti. Seharian dia di pejabat dan apabila balik ke rumah pula dia bergegas ke dapur menyiapkan makanan untuk suami dan anak-anak. Tak cukup dengan itu, rutin ibu bertambah bila anak masih tak mahu tidur. Pujuk sejam dua jam untuk tidur dan kemudiannya barulah si ibu dapat menarik nafas lega.
Bila anak dah tidur, ibu menyambung pula urusan rumah tangganya, mengemas rumah, menyiapkan kelengkapan untuk esok hari dan sebagainya. Tidurnya tidak pernah cukup, silih berganti. Emosinya disimpan rapat, kemas dan kuat demi untuk suami dan anak-anak. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Firdaus Shakirin. Banyak benar kenyataannya. Mujur isteri tidak gila dan terus kuat menjadi emosi dirinya.
Bersyukurlah isteri kita tu tak gila.
Dia pergi keje, dia berniaga, dia buat part-time, dia jual online, dia jadi ejen, dia cari rezeki, dia bantu ringankan beban, dia bayar hutang-hutang kita, dia tanggung bil utiliti, dia beli keperluan rumah dan belanja dapur.
Dia jaga anak-anak, uruskan anak-anak, dia jaga suami, uruskan suami…dia mengemas, dia menyapu, dia mop lantai, dia kutip mainan, dia lap air tumpah, dia kutip baju, dia basuh baju, dia sidai baju, dia lipat baju, dia memasak, dia buang sampah, dia basuh pinggan, dia kemas dapur, dia ajar anak keje sekolah…
Dia tidur 3,4 jam sehari!
Pastu kembali bangun untuk buat kerja-kerja dan perkara yang SAMA berulang-ulang setiap hari selagi masih memegang title ibu dan juga isteri.
Itu belum kira dengan dia terasa hati disebabkan perbuatan kita. Belum kira dia menangis sebab perangai kita. Itu belum kira dengan apa yang dia pendam, apa yang dia simpan, apa yang dia tak luahkan kepada kita.
Kena pulak berhadapan dengan mertua yang selalu membanding-bandingkan dia, yang selalu mencari salah dan silap dia. Kena pulak berhadapan dengan ipar duai biras yang suka perli-memerli, sindir-menyindir dan mengata belakang.
Maka, bersyukurlah sebab DIA TAK GILA lagi.
Dia masih lagi waras, dia masih lagi sihat…cumanya, sampai bila dia mampu mengekalkan kewarasan dia? sampai bila dia akan sihat untuk buat semua perkara tu… ?
Akan tiba hari dimana dia akan “meletup” disebabkan dia dah buat sesuatu yang diluar kemampuan dia dan dia dah tanggung sesuatu yang melebihi apa yang sepatutnya ditanggungnya.
Kalau tak nak isteri “MENGGILA”,maka…
Tolonglah dia, kerja dia banyak. Kalau kita kata kita dah keluar mencari rezeki, maka dia pun sama. Kalau kita nak rehat, maka dia juga nak rehat, tapi siapa yang nak buat kerja-kerja tu kalau dia rehat dan tak buat? Sama-sama la ambik sorang sikit, pikul dan bahagikan beban dan urusan rumahtangga kita tu.
Pastu tak perlu la buat masalah atau cari masalah dengan dia. Banyak lagi benda dia nak kena fikir. Jangan tambahkan benda yang dia perlu fikir dalam otak dia tu.
Kau jarang tolong buat kerja rumah pun tak apa asalkan kau tu bukan jenis yang buat masalah!
Jadi suami, belajarlah untuk ambil tahu hal isteri. Tanya apa yang tidak mencukupi, tanya apa masalah yang melandanya, ambil berat kisahnya dan paling penting elakkan buat masalah. Itu sudah memadai buat seorang isteri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hubungan yang erat antara ibu bapa dan anak adalah antara sikap yang mesti ada dalam membentuk sebuah keluarga yang harmoni.
Menyedari pentingya aspek ini dalam kekeluargaan, justeru, Majalah Keluarga menganjurkan aktiviti Superhero Jr Gader di Shah Alam Convention Centre (SACC) 4 Ogos yang lalu. Penganjuran ini adalah sempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019 yang diadakan selama tiga hari bermula 2,3 dan 4 Ogos 2016.
BERPAKAIAN WATAK SUPERHERO
Acara berlangsung dengan meriah apabila disertai oleh kanak-kanak yang berumur tiga hingga 12 tahun berpakaian watak-watak superhero antaranya Spiderman, Thor, Supergirl, Batman dan Hulk. Lebih manis, acara ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya majalah Keluarga setelah berjaya mengumpulkan kanak-kanak seramai 100 orang!
10 KUMPULAN KANAK-KANAK MEMERIAHKAN ACARA
Setiap kanak-kanak di bahagikan menjadi 10 kumpulan untuk membentuk satu kumpulan yang dianggotai seramai 10 orang kanak-kanak. Kumpulan berkenaan diberi nama mengikut abjad seperti A,B,C,D,E,F,G,H,I dan J yang diketuai oleh seorang ketua kumpuan membantu kanak-kanak membuat aksi superhero secara serentak.
Terdahulu sebelum acara, peserta perlu bergaya di booth Pa&Ma dengan sesi fotografi. Acara bermula dengan perarakan masuk kumpulan mengikut urutan abjad ke pentas utama. Kemudian disusuli juga perarakan dengan persembahan Percussion dari Kidzania, Kuala Lumpur yang diiringi oleh 10 orang kanak-kanak superhero. Acara seterusnya memperlihatkan 100 orang kanak-kanak naik ke atas pentas dengan gaya superhero tersendiri.
PERSEMBAHAN SILAP MATA
Dalam pada itu, acara menarik ialah persembahan silap mata dari Kidzania Kuala Lumpur, permainan paper dance dan tiup belon. Dalam pada itu, acara dimeriahkan dengan cabutan bertuah. Majlis meriah didiserikan dengan kehadiran Timbalan Pengurusan Nu Ideaktif, Puan Ani Nadila tanda sokongan program kekeluargaan ini.
KING & QUEEN TERPILIH MENJUARAI
Acara kemuncak program ini adalah penyampaian hadiah kepada pemenang Juara Superhero Jr Gader iaitu dengan gelaran King dimenangi oleh Muhammad Rayyan Rifqi dan Queen: Delisya Dayana. Manakala 10 pemenang paling bergaya dan 10 pemenang paling sporting serta pemenang paper dance dan tiup belon.Majlis diserikan dengan acara potong kek Superhero dengan disusuli laungan ‘We Are The Superhero’.
TERIMA KASIH BUAT PENAJA
Terima kasih kepada penaja seperti Style Charming, Chewies, Dora The Movie, Homepop Corn, SuperPark Malaysia, Kidzania Kuala Lumpur, Restoran Hersha, Kek Lili Jamaluddin dan roti Gardenia. Semoga berjumpa lagi di program Keluarga Gader seterusnya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...