Betik muda masak bening mempunayai banyak khasiat untuk ibu berpantang dan menysukan bayi. Betik muda ini enak dimakan Bersama nasi panas. Tapi nak makan macam itu sahaja pun boleh. Hirup panas- panas pasti menjadi kegemaran keluarga juga.
Antara khasiat betik ialah dapat membantu dan mempertingkatkan pengeluaran susu badan ibu dan melancarkan pengaliran susu ibu. Bengkak susu dapat dielakkan sekiranya ibu mengambil dalam kuantiti yang betul.
Jom lihat resipi betik muda masak bening yang dikongsikan oleh Aizah Zarirah di Kumpulan Facebook Resepi Ibu Berpantang.
RESIPI BETIK MUDA MASAK BENING
Betik Muda Masak Bening
Khasiat betik muda dalam hidangan sup ini ialah untuk melancarkan pengaliran air susu ibu. Jadi memang sesuai untuk yang tengah berpantang dan menyusukan si manja.
Bahan- bahan:
– 1 biji betik muda@mengkal yang sedang dikupas kulitnya dan dihiris
– 8 ulas bawang merah – ditumbuk
– 3 ulas bawang putih – ditumbuk
– 2 sudu makan udang kering – direndam sebentar dan ditumbuk
– 1- ½ sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
– 2 helai daun kunyit, siat dan simpulkan
– Air secukupnya lebih kurang 6 – 7 cawan (bergantung pada banyak kuah yang kita hendak)
– Gula 1 susu makan
– Garam secukupnya
Cara- cara:
1. Didihkan air dalam periuk yang dimasukkan bawang tumbuk, udang kering dan lada hitam yang ditumbuk. Bila air dah mendidih bersama bahan rencah tadi masukkan betik yang telah dihiris-hiris dan juga daun kunyit yang disimpul. Kalau ada daun selasih juga boleh masukkan.
2. Masak sehingga betik agak empuk masukkan garam secukup rasa. Kalau suka masukkan serbuk perasa.. saya tak guna serbuk perasa cyma gantikan dengan 1 sudu makan gula sahaja.
3. Apabila lauk bening betik dah mendidih seketika dan masak boleh padamkan api dan hidangkan panas- panas sama ada dengan nasi putih dengan lauk pauk yang bersesuaian atau dimakan begitu sahaja hirup panas- panas sedap.
Betik juga kaya dengan vitamin dan nutrisi yang diperlukan ibu mengandung terutamanya dalam melancarkan proses penghadaman. Vitamin C dan Vitamin E dalam buah betik memberikan sumber serat dan asid folik yang baik untuk ibu mengandung. Oleh itu, ibu mengandung digalakkan mengambil buah betik sebagai sumber serat tetapi dalam kuantiti yang sederhana.
Selamat mencuba
Baca Juga:
Sup Ayam Singo Pear, Baik Untuk Batuk Dan Selesema, Mudah Dan Sedap!
Pancake Pisang Dua Bahan, Sesuai Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas, Mudah Dan Sedap!
Resipi Bubur Oat Sihat, Sesuai Untuk Ibu Diet Tapi Nak Makan Best!
Sangat mudah resipi yang dikongsikan. Para ibu boleh mencuba resepi ini untuk melancarkan pengeluaran susu. Selamat mecuba dan semoga bermanfaat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI