Betty Puas Hati Tak Bagi Gula & Garam Hingga 2 Tahun. Kini Wira Tak Memilih Makan!

Share

Sejak bergelar ibu, Betty Rahmad yang juga adik bongsu kepada Erma Fatima dan Umie Aida sentiasa menjadi perhatian ramai kerana caranya membesarkan anak lelaki sulung yang diberi nama Ardy Wira cukup berdisiplin terutama dalam bab pemakanan.

Menurut Betty, walaupun baru mempunyai seorang anak, tapi dia begitu peka dengan perkembangan Wira kerana dia yakin corak pemakanan itu akan menentukan perkembangan anak yang sihat selain didikan ibu bapa.

“Betty memang cerewet bab makan Wira. Sejak dari usia Wira 6 bulan sampailah 2 tahun, Betty banyak dapatkan info mengenai pemakanan anak melalui pembacaan, google dan pengalaman ibu bapa lain.

“Dari situlah Betty belajar dan sediakan menu yang sihat dengan memastikan sumber karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan diberi secara seimbang.

“Prinsip Betty walaupun makanan Wira tiada gula dan garam sehingga umurnya 2 tahun, tapi semua jenis makanan kena sedap. Betty akan buat sendiri stok ayam, stok sayuran-sayuran untuk beri rasa pada menu yang dimasak.

“Memang orang akan nampak Betty struggle sediakan menu sarapan, makan tengahari dan malam tapi kepuasan itu ada bila Wira akan makan dengan berselera tanpa menolak pun apa-apa menu yang disediakan,” katanya.

Wira tak memilih makan

Sebagai ibu, Betty rasa berbaloi dengan usaha yang selama ini dilakukan pada Wira kerana di usia yang bakal mencecah 3 tahun, semua jenis makanan dia akan makan. Bagilah udang, ayam, ikan, sayur, buah atau apa saja yang disediakan padanya memang tak tolak.

Ada yang bertanya Betty, macam mana Wira begitu suka makan pelbagai sayur. Jawapannya mungkin semasa perkenalkan makanan di awal-awal tu, Betty selalu bagi brokoli, saderi, lobak merah yang di stim serta macam-macam menu sihat. Bila dah biasa makan macam tu, letak je apa sayur dalam pinggannya dia tak tolak sampai sekarang.

Malah mak, mak mentua dan ahli keluarga Betty faham yang Betty tak suka orang suapkan makanan orang dewasa pada Wira masa usianya 2 tahun ke bawah.

**Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/

Betty tak nafikan, sebelum tu ada juga orang cakap bagilah anak rasa macam-macam makanan tapi Betty bertegas tak boleh sesuka hati suap. Betty tahu ada je ibu bapa akan suap aiskrim, makanan yang kita makan kerana kasihan dan anak pun nak rasa.

Tapi cara Betty, biar kita bertegas dulu daripada anak memilih makan sampai besar. Tak apa, masing-masing ada pendirian. Selepas Wira 2 tahun barulah Betty bagi makanan keluarga dan sampai sekarang hidanglah apa pun semua dia ok.

“Setakat ni semua makanan dia makan dan tak menolak walaupun masakan itu ada halia dan berempah sekalipun. Alhamdulillah!

Nak tahu lanjut perkongsian Betty mengenai tips yang dilakukannya buat Ardy Wira, tonton video di bawah ini:

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy