Betty Rahmad bersyukur khatam al-Quran di malam Nisfu Syabaan dan tidak menyangka Allah susun sangat cantik aturan hidupnya. Betty berkongsi perasaan gembiranya dalam hantaran di laman peribadi Instagramnya.
Ibu kepada Ardy Wira ini tidak pernah membayangkan dirinya yang sebelum merangkak membaca al-Quran dapat menyempurnakan bacaan sampai khatam kitab suci tersebut dengan bantuan ustazah yang mengajarnya daripada Iqra 1 hinggalah tamat.
Lebih manis, selebriti ini yang mula berhijrah dan membaca al-Quran pada Awal Muharram sejak bermula dari Iqra 1 tidak menyangka dapat khatam al-Quran pada malam Nisfu Syabaan.
Bahkan dia turut berterima kasih kepada suaminya Ardy Damis yang sentisa menyokong dan bersama-samanya dalam perjalanan indah tersebut.
Tak dilupakan kakaknya yang juga pelakon terkenal Umie Aida yang mengajaknya menyertai kelas mengaji serta pelakon dan pengacara Nabila Huda yang dianggap sebagai ‘ketua darjah’ kelas mengaji kerana sentiasa memberikan sokongan dan dorongan agar dia tidak berputus asa.
Kini Betty benar-benar bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan ke atasnya kerana dapat membaca al-Quran. Jika sebelum ini ada perasaan malas, kini dia merasa janggal sekiranya tidak membaca al-Quran dalam sehari.
Segala puji bagi Allah swt Syukur Alhamdulillah for this beautiful journey. Semua Allah dah susun cantik-cantik. Nikmat dan rasa cinta yang sangat luar biasa. Yang banyak ubah diri dan hidup i. Dari merangkak dengan Iqra ke Al-Quran, berhijab, sampai i diberi rezeki khatam sebelum sampai ajal. Walaupun all the time sibuk dengan kerja & anak. Segala pahala buat arwah bapa i dan semoga Al-Quran ini dapat bantu i dekat akhirat nanti.
Tak pernah imagine. Hidayah yang takkan dapat kalau i tak cari. Dari malas dan tak pandai sampai rasa janggal kalau tak baca Al-Quran dalam sehari. Sedih sebab Allah bagi peluang pada i yg jahil ni untuk rasa nikmat ini. Masuk Al-Quran & berhijrah pada Awal Muharram, dan khatam pada malam Nisfu Syaaban. Semuanya i tak rancang.
I percaya ramai yang macam i. Kalau dah terdetik, cari, start, jangan berhenti dan jadikan rutin. Its never too late. Mukjizat Al-Quran MasyaAllah i cant put into words 🥺
Terima kasih Ustazah @naveesha91 yang tak pernah judge kami. Yang ikhlas dan sabar ajar i dari Iqra 1 hingga khatam Al-Quran. And my ketua darjah @kupu_kupu i doa segala pahala i dapat sepanjang mengaji hingga khatam dapat dekat u jugak. I akan selalu doakan yang terbaik untuk u & kawan mengaji kita yang lain.
Thank you jugak yang selalu doa yg baik-baik untuk i doakan i terus istiqomah
Selain mendapat komen daripada rakan-rakan artis yang memberikan ucapan puji-pujian kepada Allah dan mendoakan agar Betty terus istiqomah dalam penghijrahannya, komen daripada suami Betty paling ‘sweet’ sekali.
Ads
Seronok betul bila suami yang juga imam Betty sama-sama menyokong perjalanan indah tersebut dan mendoakan yang baik-baik buat si isteri.
Komen daripada ‘ketua darjah’ kelas mengaji dan kakak yang mengajak adiknya join kelas mengaji turut mendoakan usahawan produk sambal ini terus istiqomah.
Selain daripada itu perkongsian Betty sebelum ini tentang aktiviti mengajinya turut membuka hati pengikutnya untuk sama-sama belajar mengaji.
Ads
Nak join kelas penyediaan makanan anak?
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di KELAS PENYEDIAAN MAKANAN ANAK SEDAP SIHAT SELAMAT
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perjalanan 5 beranak berakhir dengan tragedi menyayat hati apabila suami dan anak lelaki maut dalam kemalangan akibat dirempuh dari arah belakang.
Menerusi laporan Bernama, seorang anggota tentera dan anak lelakinya maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux di KM137.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala Kuantan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, berkata Mohamad Kausa Mustafa, 36, dan anaknya, Muhammad Ridwan berusia lima tahun meninggal dunia di tempat kejadian pada jam 1.50 tengah hari itu.
Beliau berkata, isteri mangsa, Ainul Yaqin Mokhtar, 31, dan dua lagi anak mereka, Nursyuhada, 8, serta Nur Sakinah berusia enam hari yang turut berada dalam kereta Perodua Viva itu mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Temerloh.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki Mohamad Kausa sekeluarga dikatakan membuat brek secara mengejut dan menyebabkan pemandu Toyota Hilux tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang kereta berkenaan.
“Pelanggaran ini menyebabkan kenderaan Mohamad Kausa terbabas ke sebelah kiri jalan dan kereta itu mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang,” katanya dalam satu kenyataan.
Kamarulzaman berkata, pemandu Toyota Hilux berusia 21 tahun serta penumpangnya berusia 46 tahun selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan. – BERNAMA
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berapa ramaikah antara kita yang memiliki beberapa papan pemotong dengan tujuan khusus di rumah? Kami yakin bahawa hampir kesemua daripada kita menggunakan papan yang sama untuk pelbagai tujuan. Tetapi tahukah anda bahawa, tabiat seperti ini menyebabkan papan anda berada dalam keadaan yang tidak bersih dan merisikokan kesihatan anda?
Dua papan pemotong?
Dalam satu tinjauan yang dijalankan di United Kingdom, 40% daripada lebih 2,000 individu menggunakan papan pemotong yang sama untuk tujuan memotong daging dan juga sayur. Jumlah ini mungkin berbeza dan jauh lebih tinggi bagi penduduk di Malaysia kerana kita juga memiliki tabiat seperti itu. Mulai hari ini, anda disarankan untuk memiliki sekurang-kurangnya dua papan khas; satu untuk bahan basah dan satu lagi untuk bahan kering dan makanan dimasak.
Mengapa perlu begini? Untuk pengetahuan anda, daging atau ayam mentah boleh meninggalkan bakteria salmonella dan campylobacter pada papan pemotong dan boleh menyebabkan keracunan makanan. Bayangkan jika anda menggunakan papan yang sama untuk memotong murtabak yang dibeli di pasar malam atau mengupas buah epal. Bakteria penyebab keracunan makanan ini boleh berpindah ke makanan yang sedia dimakan dan mencemarkannya dengan lebih mudah.
Dalam satu kajian lain juga menyatakan, papan ini memiliki kekotoran sebanyak 200 kali ganda berbanding tempat duduk tandas. Ingin tahu sebanyak mana kekotoran tersebut? Papan pemotong memiliki jumlah bakteria sebanyak 24,250 bagi setiap sentimeter persegi.
5 tip mudah pastikan kebersihan papan pemotong anda
#1. Basuh sebelum guna
Anda mungkin tidak pasti apa yang telah berada pada permukaan papan pemotong sebelum anda menggunakannya. Oleh itu, cuci dahulu dan lap dengan kering sebelum menggunakannya terutama jika anda memotong sesuatu yang sedia dimakan seperti roti, sandwic dan murtabak.
#2. Jangan lap sahaja, basuh
Ada sesetengah individu yang gemar untuk mengelapa sahaja permukaan papan tersebut tanpa membasuhnya untuk kegunaan lain. Ini sangat membahayakan kesihatan anda. Kajian menyatakan kain lap dapur merupakan antara objek yang paling kotor di dalam rumah anda. Oleh itu, elakkan daripada mengelap tanpa membasuh terlebih dahulu.
#3. Gunakan sabun pencuci
Tidak cukup dengan hanya siraman air, anda juga perlu mencuci dengan menggunakan sabun pencuci. Sabun pencuci membantu membasmi kuman yang terdapat pada papan pemotong anda.
#4. Gunakan papan pemotong berasingan
Ini mungkin langkah yang paling penting. Sediakan papan yang berlainan untuk tujuan berbeza. Satu papan untuk pemotongan bahan mentah seperti ikan, ayam dan daging. Satu papan lain digunakan untuk memotong sayur dan buah. Manakala satu papan lain pula untuk tujuan pemotongan bahan makanan bermasak.
#5. Tukar papan pemotong anda
Ini mungkin antara yang paling sukar untuk dibuat, dengan alasan untuk tidak membazir. Tahukah anda, papan pemotong yang telah mempunyai rekahan atau calar lebih mudah dicemari dengan bakteria. Bakteria bersembunyi didalam rekahan dan calar yang ada pada papan tersebut. Oleh itu, tukar papan anda sekiranya sudah mula bertukar warna atau bercalar dengan banyak.
Jangan tunggu sehingga papan anda berwarna hitam atau merekah untuk anda mula menukarnya dengan yang lain. Ada yang lebih dahsyat, mereka masih tidak menukar papan pemotong walaupun ia telah terbelah dua. Hebat bukan?
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu dan dilanjutkan sehingga 14 April ini, Malaysia berkemungkinan akan mengalami situasi pertambahan jumlah kelahiran bayi yang luar biasa pada Januari tahun depan.
Ketua Unit Kesihatan Reproduktif, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Hamizah Mohd Hassan, menjelaskan PKP mampu mempengaruhi kadar kelahiran penduduk negara menjelang awal tahun depan kerana majoriti pasangan berkahwin kini terpaksa berkurung sepanjang tempoh itu.
Beliau merujuk kepada kes kelahiran baharu secara luar biasa pernah berlaku di luar negara khususnya di Maine dan New Hampshire, Amerika Syarikat apabila bandar berkenaan ditutup beberapa minggu akibat cuaca ribut salji yang buruk pada tahun 1998.
“Saya memetik kenyataan dibuat Patrick Whittle (wartawan Associated Press) iaitu pada tahun 1998 terdapat ribut salji yang buruk di Maine dan New Hampshire. Bandar itu terpaksa ditutup dan penduduk terperangkap di rumah dalam jangka lama.
“Sembilan bulan kemudian terjadi ‘baby boom’ (kelahiran bayi luar biasa) di sana. Perkara yang sama juga dijangka boleh berlaku di Malaysia kerana rakyat terpaksa duduk di rumah melalui tempoh PKP ketika ini,” katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Kerajaan melaksanakan PKP fasa pertama antara 18 hingga 31 Mac lalu dan melanjutkannya pada fasa dua bermula 1 hingga 14 April ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di seluruh negara.
PKP menuntut seluruh rakyat duduk di rumah, penangguhan hampir seluruh operasi harian jabatan dan agensi kerajaan serta swasta kecuali bagi bidang penting yang dikhususkan kerajaan.
Elak tak bersedia hamil, amalkan ‘konsep merancang’
Dr Hamizah berkata, bagi menangani kemungkinan kehamilan susulan PKP, pasangan berkahwin digalakkan mengamalkan perancangan keluarga menerusi kaedah tertentu seperti pengambilan pil kontraseptif kecemasan (ECP) bagi mencegah kehamilan.
Katanya, kaedah lain termasuk menggunakan suntikan hormon pencegah kehamilan, memasang alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD), memasang implan atau menggunakan kaedah lazim iaitu kondom.
“Sekiranya bimbang berlaku kehamilan selepas melakukan hubungan kelamin, wanita boleh mengambil serta merta ECP pada kadar dua biji sekali makan disusuli sebiji pil selepas 12 jam.
“Pil ini boleh dimakan dalam tempoh 72 hingga 150 jam atau tiga hari maksimum tetapi keberkesanannya hanya 85 peratus saja.
“Begitu juga jika penggunaan IUCD atau impan sudah tamat tempoh, wanita boleh mengambil pil pencegah hamil atau kondom. Pil pencegah hamil boleh dibeli di farmasi atau klinik kerana ia ubat yang termasuk dalam kategori C iaitu boleh dibeli tanpa memerlukan preskripsi doktor,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pasangan suami isteri supaya bijak merancang kehamilan sepanjang tempoh PKP dan perlu bersedia untuk menerima kelahiran baharu seandainya terjadi kehamilan luar jangka.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.