Orang tua-tua dulu selalu cakap tak pakai selipar atau main tanah serta tak basuh bersih, cacing boleh masuk di tapak tangan dan kaki. Mungkin bagi sesetengah orang, tak percaya tapi hakikatnya memang berlaku cacing boleh masuk melalui kulit.
Pengalaman ibu ini yang melihat sendiri kejadian yang berlaku pada anaknya boleh dijadikan peringatan bersama. Menurut Puan Murni Hassan, kejadian yang berlaku pada anaknya ini langsung tak terfikir sama sekali. Bila nampak depan mata sendiri baru tahu hal ini.
Kisah tangan Adam masuk cacing…
Sebelum nak puasa hari tu balik kampung, biasalah Adam kalau balik kampung seronok dia boleh main pasir. Memang main sungguh-sungguh laa pasir tu. Pasir yang orang buat rumah pun main, pasir tanah gambut pun dia main siap korek-korek dengan tangan lagi.
Murni bagi main tu sebab sebelum ni ok je tak ada masalah. Tapi kali ni tak. Balik je ke KL lepas 3 hari tu dia kata gatal-gatal tangan dia. Murni tengok macam ada biji merah, ingatkan kena gigit nyamuk. Letaklah ubat gamat.
Dia kata sakit juga. Pujuk-pujuk dia ok. Keesokannya haaa ambil nampak macam dalam gambar di bawah tu, sebab ada dot-dot menjalar. Tapi husband Murni tak caya tu cacing, tapi Murni ni firasat kuat tu memang CACING !!!
Alhamdulillah selepas pergi beberapa klinik dapat ubat cacing untuk 3 hari makan dan cacing di tangan pun dah mati. Syukurlah tak ada apa-apa jangkitan kat lain.
Hari ke 6 Adam makan ubat albendazole dan dalam hari ke-11 dah kering. Cacing tu mati sendiri dan doktor kata nanti kulit akan mengelupas.
Hingga kini Adam dah fobia nak main pasir, terpijak pasir pun cepat-cepat suruh mommy basuh. HAAA baru dia tahu erti serik. Syukur Ya Allah.
Masa kejadian itu kasihan sangat. Malam-malam Adam tak lena tidur asyik mengetap gigi, mengigau tangan sakit, perut macam tak cerna makanan dan berat badan pun menurun.
Sebagai ibu saya nasihatkan semua ibu bapa agar sentiasa beringat setiap kali anak main pasir. Pastikan anak basuh tangan bersih-bersih. Jangan jadi macam anak saya ni.
Kredit: Munni Hasan II
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)