Bayangkan, andasedangmembelibelah. Sedang andaberjalanmenujukekedai baju lain, tiba-tibaseluarataukainandabasah. Oleh sebabpundikencingmerupakan “mainan” pertamaanakketika di dalamperut, mungkinandaseringberanggapanandaterkencingsecaratidaksengajapadahalnya air ketubankeluarsedikit demi sedikit.
Jadi, adakah air ketubanpecahataudalam info kesihatandisebutkantungamniotikpecahbukanseperti air kencing?
Bagaimanahendakmembezakan air kencingdengan air ketuban yang pecah? Tigaperkarainiperluibuhamiltahuuntukbezakanduajeniscecairini?
1. Jumlah air ketubankeluarsedikit demi sedikittidaksamadengan air kencing
Jika andapernahmenontonsiarantelevisyen, terdapatbabak air ketubanpecah yang digambarkandengankebocorandalamkuantiti yang banyak. Walaubagaimanapun, apa yang andaperlutahu, jumlah air ketuban yang keluarbergantungkepadabeberapafaktor:
Berapabanyak air ketuban yang memenuhiruanganrahimanda?
Ads
Lokasi bocor pada membranamniotikibu.
Kedudukankepalabayi. Jika merekasudah pun turunjauhkebawah, iabolehbertindaksebagaipenyumbat. Inibermakna, jumlah air tidakkeluardenganbanyaknya.
Bagimereka yang mengalamikebocoranberkuantitibesar, mudahuntukandakenalpasti air ketuban.
Namun, bagimereka yang mengalamikebocorankecil, mungkinandakelirudenganperkara yang berlaku.
2. Warna air ketuban yang keluar
Jika cecair yang keluarberwarnakuning, iajelasmenunjukkanandaterkencingsedikit. Kalauwarna air ketubantersebutputih dan seakan-akankrim, iamerupakanlendirfaraj yang keluar, biasanyaberlakusebelum proses kelahiran.
Bagaimana pula dengan air ketuban? Warna air ketubanlebihputih dan jernihdaripada air kencing. Namun, bagimereka yang kencingberwarnajernih, susahuntukmenekajikaiaadalahwarna air ketuban.
Ads
Apa yang andaperluberiperhatianadalahjika air yang keluarberwarnakuningkehijauan. Iamungkindaripadamekonium yang keluarbersama air ketuban.
Mekonium, secaramudahnya, adalahnajisjanin. Iamenandakansistemgastroususmerekasudahmulaberfungsi. Jika perkarainiberlaku, andaperlubergegaske hospital dan beritahu pada kakitangankesihatananda.
Ads
3. Bezakanmelaluibau
Berbezadengan air kencing yang berbauhancing, air ketubantidakberbau dan jikaada pun, iaberlainandaripadabau air kencing. Perkarainidisebabkan oleh aktivitibakteria yang berlainan pada sistem yang dilalui oleh kedua-duacecairtersebut.
Jika andamasihtidakpastimelalui 3 aspek di atas, bolehcuba 3 perkaraberikut:
Buat senamankegeluntukcubamenahan air kencingkeluar. Jika cecairtersebutmasihkeluartatkalaandaberkegel, iabolehjadi air ketuban
Ibu hamilperlumemakaiseluardalambaharu, pakaisekalidengan pad dan baring untuk 30 minit. Setelahselesai, cubaberdiri. Jika andaberasaadakumpulan air yang keluarsemasaberdiri, iabolehjadi air ketuban.
Air kencingbiasanyakeluarsecaraberkala. Jika anda rasa cecair yang mengalirberlakusecaraberterusan, iamungkin air ketuban.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang mengalami alahan teruk di awal kehamilan pasti tahu berapa seksanya hendak makan. Lagi-lagi bila tak lalu makan nasi sedangkan perut rasa lapar yang amat. Boleh menitis airmata. Betul tak?
Kalau tak lalu makan nasi atau tak sukakan baunya, ada caranya. Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, menggantikan minuman tambahan untuk wanita hamil adalah sebaiknya daripada tidak mengambil sebarang jenis makanan.
MINUMAN TAMBAHAN UNTUK WANITA HAMIL
Ramai yang keliru tentang pemakanan yang perlu diambil ketika hamil sebab kita sudah biasa dengan sistem pemakanan yang salah.
Contohnya ada wanita hamil yang tidak berselera untuk makan, lalu mengunyah makanan yang tiada khasiat seperti jeruk atau jajan.
Sesekali mengambil makanan seperti itu mungkin tidak menjejaskan kesihatan ibu dan anak dalam rahim, tetapi jika diamalkan secara berterusan sudah tentu akan menjejaskan kesihatan anak yang sedang membesar dalam rahim.
Jika tidak berselera, saya cadangkan ambil susu. Sekarang pun sudah ada di pasaran, susu yang dijual dalam pelbagai rasa. Sekurang-kurangnya susu membekalkan kalsium yang tinggi. Selain itu, susu juga meningkatkan tumbesaran otak bayi.
Susu untuk ibu hamil yang paling popular ialah susu lembu segar. Kecuali mereka ada masalah diabetis, boleh memilih susu kurang lemak.
Seperti yang kita ketahui, wanita hamil memerlukan kalori yang banyak bersama nutrien yang lain seperti vitamin dan mineral yang lain.
Saya mencadangkan seorang ibu hamil meminum sekurang-kurang secawan susu setiap hari. Jangan tinggalkan pemakanan yang seimbang. Susu segar dapat menampung kekurangan nutrien yang diperlukan oleh ibu dan anak.
Bagi wanita hamil yang sibuk bekerja, tidak makan dengan teratur dan tidak mendapat cukup rehat, susu adalah minuman tambahan yang terbaik.
Jadi jangan lupakan susu setiap hari dalam menu harian kita. Tak suka susu putih boleh gantikan dengan susu coklat yang ternyata lebih sedap. Tepuk dada tanyalah selera anda. Pastikan anda sihat sepanjang kehamilan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amalan membaca zikir Fatimah rupanya dapat membantu mengurangkan kepenatan wanita bergelar ibu dan isteri menguruskan rumah tangga.
Wanita yang bergelar ibu dan bekerja sama ada di pejabat atau di rumah tentu sahaja sesekali akan terkeluar keluhan penat dan stres kerana bebanan tugas di rumah dan tempat kerja yang tak pernah habis.
Menguruskan suami, anak-anak, rumah tangga, tugas di pejabat bukanlah tanggungjawab yang mudah. Sebagai manusia biasa tentu sahaja akan berasa penat dan lelah.
Selain mengeluh, mungkin ada wanita akan memperuntukkan masa untuk diri sendiri bagi menghilangkan stres dan keletihan yang dialami dengan memanjakan diri di spa, pergi berurut, bercuti atau keluar bersiar-siar bersama teman.
Namun, tanpa kita sedari sebenarnya dalam Islam telah ada penawar segala kepenatan ini seperti diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada puteri Baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talibb r.a. tentang tangannya yang berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukan.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu Saidatina Aisyah r.a.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun dan ingin menghampiri Baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat pembaringan.
Kemudian Baginda bersabda: “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akhbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehidupan seorang ibu memang kelam kabut. Mana nak jaga anak, uruskan rumah. Eh, macam-macamlah! Proses untuk membesarkan anak bukanlah mudah, jadi daripada kita nak ‘jatuhkan’ teman-teman kita, apa kata kita juga kongsikan kesilapan kita? Biarkan mereka tahu, semua ibu itu pernah berbuat salah. Kita tidak sempurna.
Mewujudkan grup Whatsapp antara teman-teman ibu sangat membantu. Jangan pula berkongsi tentang bisnes dan berita-berita palsu, tetapi jadikan medium ini sebagai solusi untuk kita selesaikan masalah. Ahli di dalam grup haruslah yang positif dan saling membantu. Sebarang bentuk kecaman dan ejekan (memandang rendah) tidak dibenarkan. Semua ibu tahu bukan mudah untuk menjadi sempurna tetapi kita boleh mencuba untuk jadi yang terbaik. Sebab itulah, grup ini sangat penting untuk kita.
Anda boleh kongsikan apa saja di dalam grup ini tanpa perlu ada rasa segan. Sebagai contoh, “Anak saya ada kutu. Apa nak buat ni?”. Atau, “Hari ni aku termarahkan si Hana sebab berebutkan barang dengan adik dia. Aku terjerit pada dia. Apa aku nak buat untuk pujuk anak aku balik?”. Ibu-ibu lain boleh bantu, jangan ada sikap prejudis.
Grup ini bertujuan untuk membantu dan menenangkan. Sirami kasih sayang antara satu sama lain. Berikan kata semangat kepada teman-teman anda setiap hari. Ayuh, sama-sama bantu teman kita untuk bangkit semula. Kita semua buat salah. Tiada salahnya untuk berkongsi masalah bersama teman-teman, pastikan kita sentiasa bersama.
Jika anda teman anda yang merasakan dia mulai gagal menjadi ibu yang baik, katakan anda juga pernah melaluinya. Paling penting, fokuskan kepada istimewanya dia sebagai seorang ibu. Bersama kita perkasakan kuasa ibu-ibu. Ingat, kita tidak SEMPURNA, tetapi kita boleh jadi yang TERBAIK.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sayu luahan hati isteri kepada Elmi Nu Zamani Aizat Azim, 25, pemuda yang ditemukan lemas selepas terjatuh dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang di...