Anak terlalu manja? Cuba fikirkan di mana silapnya. Adakah sebelum ini kita ikut semua kemahuan anak sehingga anak boleh menguasai diri ibu bapa untuk dapatkan apa sahaja.

Ingat nak manja biar berpada. Sekurang-kurangnya biar anak belajar dulu apa yang patut dia buat sebelum nak bagi ganjaran. Mungkin masa bayi kita tak rasa apa-apa tapi kesannya akan dilihat apabila usia anak memasuki usia setahun.

Ini teknik yang boleh bantu ibu ayah supaya anak tak manja:

  1. Elakkan terlalu kerap mendukung bayi/anak. Bukan tak bagi dukung, cuma jangan terlalu kerap. Elak melekat je ngan dia. Bagi dia explore dunia dia sendiri dengan pemantauan.

Percayalah, masa dia kecil memang kita seronok belai dan gomol dia, rasa tak nak lepas. Tapi kalau dah ‘over’ nanti mommy yang akan stres.

Betul Ke Anak Manja Sebab Silap Ibu Bapa? Sebelum Terlambat Cuba 10 Teknik Ini!

  1. Elak terlalu cepat datang bila dia menangis. Jangan menerpa anak dalam keadaan panik. Biar dulu sekejap, jenguk dulu kenapa dia menangis.

Latih anak untuk tenang sendiri. Cuba bersuara dari jauh. Contohnya “mommy kat sini”, “mommy ada ni”, “jap..jap mommy datang”. Biar dia rasa ‘secure’ dan tahu kita ada berdekatan.

Ads
  1. Banyakkan komunikasi dengan anak walaupun dia tak faham. Sepanjang perjalanan ke rumah pengasuh, bercakap ngan dia. Waktu dalam rumah pun bercakap.

Latih anak kecil kita untuk tahu yang kita bercakap dengan dia. Latih dia perlahan-lahan untuk si kecil terima arahan dari kita. Anak yang faham arahan akan lebih behave.

Contohnya, “Sekarangg waktu mandi. Mommy letak air dalam tab dulu ye” (sambil dukung atau biar dia tengok kita isikan air dalam bekas mandian) atau “Sekarang waktu tidur, jom pakai bedak dan losyen okay” (sambil ambil barang-barang makeup dia)

  1. Elak untuk ‘over protective’. Biar anak explore dunia perkembangan dia dan elakkan terlalu menyekat dengan itu tak boleh, ini tak boleh. Cuma yang perlu dijaga, jangan bagi anak jatuh luka je.

Mommy cuma campur tangan bila perlu. Latih anak untuk bergaul dengan rakan sebaya, anak-anak saudara, granny atau saudara-mara. Tapi jangan lupa ajar dia untuk avoid strangers jugak.

  1. Latih anak untuk tidur awal. Jam 8.00pm -8.30pm adalah waktu untuk tidur. 9.00pm paling lewat. Latih dari kecil, dia akan biasa.

Bila anak terjaga waktu malam, lepas menyusu suruh atau tidurkan dia semula. Jangan sesekali ajar bermain atau buka lampu terang. Dia perlu tahu beza malam dan siang dan dia perlu dilatih.

  1. Buat senarai bila pergi shopping untuk groceries. Masa anak kecil, bacakan untuk dia each item yang ambil dari rak sambil tandakan pada kertas. Biar anak nampak perbuatan kita. Dia akan set in mind, apa yang dibeli hanya dari apa yang disenaraikan.

Elakkan pembelian yang unplanned. Bila anak dah besar sikit, boleh bincang dengan dia apa yang dia nak waktu kita buat senarai pembelian. Biasa dia akan minta mainan, coklat dan sebagainya. Jadi, masukkan dalam senarai barangan dia sekali.

Ads

Betul Ke Anak Manja Sebab Silap Ibu Bapa? Sebelum Terlambat Cuba 10 Teknik Ini!

  1. Latih anak untuk bargain, nego, alternative. Contoh, waktu dia pilih mainan, cuba guide atau ajar untuk other option. Kalau yang mahal, cuba bandingkan dengan yang lebih murah. Kalau coklat, cuba cadangkan untuk biskut dan sebagainya. Tapi, jangan terus tolak permintaan dia.

8. Selalu pesan untuk berhati-hati dekat tempat awam. Pesan dari rumah, dalam kereta ulang lagi, sampai mall ulang lagi. Puji dia kalau dia ‘baik’. Bagi ganjaran sikit, contohnya cium dia.

9) Marah atau hukum jika anak buat salah. Contoh;

Bayi – Boleh gunakan nada suara atau gerak tubuh. Biar dia tahu perbezaan nada atau gerakan yang kita gunakan.

Ads

Anak 1-3 tahun – Nada suara atau pukul lembut di tapak tangan. Terangkan kenapa dia perlu dihukum.

Anak 3-6 tahun – Pukul ditapak tangan guna bare hand atau objek macam hanger kecil. Pukul perlahan je, ambil syarat. Terangkan kenapa dihukum, apa yang sepatutnya dan sebagainya.

6 tahun keatas – Waktu ni dah boleh gantung rotan pada dinding. Jangan lupa terangkan kegunaan rotan tu.

10) Selalu set yang kita adalah ibu bapa. Kita yang kawal dan bentuk anak, bukan anak yang kawal kita. Bentuk anak bukan maksud kita tak sayang anak, tapi kita cuba disiplinkan anak-anak. Setiap ibubapa ada caranya tersendiri.

Sumber: Info Ibu Hamil

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI