Nak biar atau pujuk bayi yang kerap menangis ini? Ini antara yang menjadi persoalan buat ibu bapa terutama yang pertama kali bergelar mama papa.

Ada sesetengah pendapat menyatakan biarkan dulu tanpa memujuk tapi ada yang berpendapat kena cepat tahu apa kehendak anak yang boleh buatkannya menangis.

Menurut Konsultan Tangisan Bayi Malaysia, Puan Uswatun Hasanah, ada beberapa perkara yang perlu ibu bapa tahu kenapa anak menangis dan kesannya pada anak bila makin besar.

Berikut antara perkongsian yang patut difahami oleh semua ibu bapa tanpa buat sebarang andaian yang salah.

Salam puan. Saya sekadar ingin tahu. Adakah memudaratkan baby colic kalau kita tak tenteramkan dia? Contohnya, boleh ke bayi yang normal menjadi kelainan upaya kalau colic nya tidak ‘dirawat’. Adik saya dulu masa bayi memang menangis lama waktu malam,fizikal nye macam org normal, tapi bila membesar dia lambat berjalan, dan tidak bercakap. And yes dia kelainan upaya. Sekarang umur dia 19 tahun dah pun.

********

Ada beberapa perkara yang perlu saya tekankan terlebih dahulu;

  1. Secara ringkas, Colic bermaksud bayi yang banyak menangis iaitu sekurang-kurangnya 3 jam sehari sehingga usia 3 bulan.
  2. Colic ada dua jenis. ‘Abdominal Colic’ iaitu bayi yang banyak menangis disebabkan ‘isu perut’nya (abdomen) seperti glucose intolerance, elergik, mudah kembung dan lain-lain. Ini cuma sekitar 15-20%. Pengambilan ubatan atas nasihat doktor diperlukan dalam hal ini.

Betul Ke Bayi Kerap Menangis Boleh Sebabkan Terencat? Ini Penjelasannya

IKLAN

‘Infantile Colic’ pula ialah bayi sihat (infant) yang banyak menangis disebabkan adaptasinya pada dunia baru yang lemah. Sekurang-kurangnya 40% bayi adalah infantile colic atau dalam terma melayunya ‘sawan tangis’. Mereka sihat jadi pengambilan ubatan tidak diperlukan dan tidak akan membantu. Ibubapa perlu belajar cara tepat mententeramkan mereka dan bagaimana membantu mereka tidur. Itu sahaja.

Maka, mari kita fokus kepada colic jenis kedua ini untuk menjawab soalan cik yang bertanya kerana saya beranggapan adik cik yang bertanya dahulunya adalah bayi sawan tangis. Perkataan ‘dirawat’ kurang tepat kerana telah saya terangkan di atas, sawan tangis bukan sejenis penyakit atau keadaan yang perlukan rawatan. Ia perlukan pemahaman dan bantuan ibubapa untuk ‘kenal’ mereka sahaja.

Saya tertarik ayat ‘..kalau kita TAK tenteramkan dia..’. Baik, jika TAK itu bermaksud ‘ dah cuba tapi tak berjaya sebab tak tahu cara yang tepat’, maka ia tak mengapa. Ia tak memudaratkan bayi kerana bayi tahu dan sedar jika penjaganya mengasihinya atau tidak. Jika TAK itu bermaksud ‘memang sengaja biarkan bayi’ , maka ini boleh jadi satu masalah.Buktinya?;

“Pasukan Dr Rao dari National Institute of Health USA membuktikan, bayi yang mengalami episod tangisan yang berpanjangan tetapi bukan disebabkan Colic pada tiga bulan pertama hidupnya mempunyai tahap IQ rendah iaitu purata 9 mata kurang menjelang usia lima tahun berbanding kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini juga menunjukkan kelembapan perkembangan fungsi motor badan”

Hasil kajian Dr Rao di atas buktikan, bayi tahu membezanya jika penjaganya ‘TAK TAHU’ atau ‘TAK MAHU’.

IKLAN

Bayi ‘mudah’ (easy going) yang 100% dilahirkan normal pun boleh jadi kurang upaya yang dibesarkan oleh penjaga ‘hati batu’. Ini buktinya:

*Bayi yang sering dibiarkan bersendirian dalam suasana yang tertekan mempunyai tahap lambakan hormon kortisol (stress related hormone) yang abnormal. Dr Allan Schore dari UCLA School of Medicine menjelaskan lambakan hormon ini memusnahkan hubungan antara saraf di bahagian penting otak bayi yang sedang berkembang.

Hal ini disokong pasukan pengkaji di Universiti Yale dan Harvard Medical School. Pasukan ini mendapati tahap kemusnahan dalam otak bayi yang sangat sering dibiarkan menangis bersendirian menyamai kemusnahan otak orang dewasa yang mengalami penyakit depresi.

*Kajian lanjutan Dr Bruce Perry dari Universiti Baylor berkaitan impak negatif tangisan terhadap otak menunjukkan bayi mengalami potensi peningkatan 10 kali ganda menjadi kanak-kanak ADHD (Attention Deficit and Hyper Activity Disorder) iaitu kurang tumpuan pembelajaran di sekolah dan kemahiran social yang lemah.

Betul Ke Bayi Kerap Menangis Boleh Sebabkan Terencat? Ini Penjelasannya

IKLAN

Beliau mengatakan bayi yang dibiarkan menangis untuk tempoh yang panjang berdepan dengan stimulasi stress-kronik yang melampau (chronic stress over stimulates) didalam otaknya. Situasi ini akan mengubah fungsi dan struktur otak bayi secara amnya.

*Para pengkaji di Universiti Pennsylvania dan Arizona pula mendapati bayi yang menangis secara berlebihan di awal usianya mempamerkan kesukaran mengawal emosi seawal usia 10 bulan dan menjadi sangat cerewet walaupun ketika cuba ditenangkan.Ia kerana system badan dan otak bayi sudah terbiasa berada di dalam fasa sistem adrenalin terlebih aktif (over active adrenalin system) hasil keresahan dan panic berpanjangan kerana tangisan mereka diabaikan.

Maka ringkasnya, bayi yang memang di lahirkan dengan potensi kelainan upaya tak semestinya dari kategori bayi yang banyak menangis (sawan tangis/colic) sahaja. Banyak menangis atau tak, ia cuma jenis personaliti. Manakala kelainan upaya pula boleh didapatkan samada sejak azali atau trauma sewaktu di besarkan dengan sadis.

USWATUN HASANAH MOHD HABIB

KONSULTAN TANGISAN BAYI MALAYSIA

THB EDU ASSC USA

DBL INSTITUTE

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI