Betul Ke Bayi Menelan Air Ketuban Masa Lahir Penyebab Batuk Kahak Berpanjangan? Ini Penjelasan Doktor

Share

Persoalan yang biasa ditanya oleh ibu bapa setiap kali anak batuk berkahak adalah adakah anak tertelan air ketuban semasa lahir menyebabkan batuk kahak anak berpanjangan.

Menurut Dr Aisyah Alsagoff, isu ini dah jadi persoalan sejak dulu lagi sehingga ia menjadi kepercayaan hingga ke hari ini. Sebenarnya air ketuban bahasa doktor panggil amniotic fluid. Ni lah air yang terdapat dalam kantung bayi sepanjang proses kehamilan. Bayi dah pun telan air ni dari awal lagi.

Waktu awal-awal mengandung, 98% daripada air ketuban adalah air, lagi 2% adalah garam (electrolytes) dan sel bayi.

Selepas buah pinggang bayi mula berfungsi sekitar 16-20 minggu kandungan, bayi akan mula kencing. Air kencing bayi ini (fetal urine) pulak akan menjadi sebahagian dari air ketuban. Bila bayi mula menelan (dalam perut lagi bayi dah belajar menelan), bayi akan telan air ketuban pula dan mengeluarkannya melalui kencing. It goes as a cycle. Telan tubik telan tubik. Waktu ni air ketuban mempunyai protein, karbohidrat, lipid dan phospholipid dan sebagainya. Ni semua membantu bayi.

Fungsi air ketuban selain sebagai kusyen untuk melindungi bayi, ia juga adalah sumber nutrisi bayi melalui ibu. Jadi air ketuban ni bersih dan sterile. Takde kuman dan selamat.

MAS Boleh Jadi Punca Keradangan Paru-Paru

Apa yang buat kacau bukanlah air ketuban, tetapi jika bayi berak dalam perut dan mencemari air ketuban yang bersih tu dengan najis. Najis awal bayi ni kita panggil meconium. Warna air ketuban yang dicemari meconium ni biasanya kekuningan hingga kehijauan.

Masalah paru-paru boleh terjadi jika bayi tertelan air ketuban yang dicemari meconium, dan ini dipanggil meconium aspiration syndrome (MAS).

MAS ini lah yang bahaya, dan yang menyebabkan gangguan pernafasan. Meconium yang tersedut masuk dalam paru-paru adalah bendasing yang menyebabkan iritasi dan keradangan pada paru-paru, yang seterusnya menyebabkan pneumonitis atau chemical pneumonia.

Ok. Semua cerita diatas, hanya berlaku pada bayi hat baru lahir sahaja. Bila bayi baru lahir dapat MAS, kemudian dia sembuh dan di discaj keluar dari hospital, ceritanya habis sampai disitu k. Takde sambungan ‘air ketuban’ masih dalam paru-paru sampai besar. Kalau ade memang tak dapat discaj dah sampai besar.

Kalau bayi tak berak dalam perut, dan air ketuban tak dicemari meconium, takde masalah pun kalau dia tertelan air ketuban. Tiada risiko MAS. Nope. Nehi.

Tapi..kalau terjadi masalah pernafasan jugak pada bayi ini masa lahir (tapi tak berak dalam perut, air ketuban bersih), hat tu bukan salah air ketuban dah. Dah jadi cerita lain. TTN ke, RDS ke, GBS ke, macam-macam cerita.

Jadi begitulah. Anak dah besar, no more air ketuban

Sumber: Dr Aisyah Alsagoff

 

Published by
Wan Amy