Betul Ke Cara Mama Pakaikan Lampin Pada Bayi? Jom, Baca Untuk Ketahui!

Share

Tak sampai hatilah bila tengok anak menangis dan kulit menjadi kemerah-merahan disebabkan oleh ruam lampin semasa mama tukarkan lampin. Kasihannya! Kebanyakan mama menggunakan salap lampin hanya apabila terjadinya ruam lampin. Sebenarnya, lebih baik apabila SETIAP KALI menukar lampin bayi, mama gunakan salap lampin, barulah masalah ruam boleh dielakkan.

Mama jangan risau okay? Produk seperti salap lampin ini bukan sekadar untuk merawat masalah ruam tetapi untuk mencegah! Tekstur dan formulanya sangat lembut pada kulit bayi dan ia selamat untuk digunakan setiap hari. Penggunaan salap lampin setiap kali mama menukar lampin bayi merupakan cara terbaik untuk mengelakkan masalah ruam, tak perlu tunggu serius baru nak dirawat.

Tahukah mama, kelazimannya 50% bayi akan mengalami ruam lampin sekitar usia 9-12 bulan, dalam tempoh setahun umur mereka? Ia mungkin terjadi disebabkan beberapa faktor ini:

  • Kulit Si Manja terdedah kepada air kencing dan najis untuk tempoh masa yang lama lalu menyebabkan kerengsaan.
  • Lampin dipakaikan terlalu ketat atau lapisan lampin yang kasar bergeser dengan kulit dan menyebabkan ruam pada kulit bayi.

  • Kulit sensitif bayi terdedah kepada bahan perengsa yang didapati daripada tisu basah, sabun, losyen atau sebarang produk yang disapu pada kulit bayi.

Oleh itu, penggunaan bam atau krim lampin sangat digalakkan. Mama perlu oleskan dengan lembut pada bahagian yang perlu.

Jom tengok 3 cara betul untuk memakaikan salap lampin pada Si Manja mama:

  1. Bersihkan punggung Si Manja!

Mama boleh gunakan tisu basah bebas alkohol dan haruman untuk membersihkan bahagian kemaluan dan punggung bayi. Nak lebih elok, basahkan kain bersih dengan air suam dan lap bahagian punggung Si Manja!

Sumber foto: www.shutterstock.com
  1. Cukuplah Sikit Saja!

Mama picitkan sedikit salap lampin, sebesar saiz kacang pea pada jari telunjuk atau jari tengah. Kemudian bolehlah diratakan pada punggung bayi yang ada ruam atau kelihatan kemerah-merahan.

  1. Kemaskan Dulu, Baru Lekatkan!

Semasa mama ratakan salap pada punggung bayi, lampin mungkin terlaih. Jadi mama betulkan kedudukan lampin dulu sebelum kemaskan pita pelekat okay? Selepas itu, bolehlah mama bersihkan tangan sebelum memegang Si Manja.

Akhir sekali, pilihlah produk yang memberikan perlindungan kepada bayi. Si Manja selesa, KURANG MERAGAM dan mama akan GEMBIRA! Mama jangan lupa oleskan krim lampin pada bayi sebelum tidurkan mereka. Ia akan memberikan mereka ketenangan dan mama pun boleh tidur dengan lena sepanjang malam. Perkara yang membahagiakan bila esok mama tengok, punggung anak bebas ruam dan comel!

Sumber foto: www.shutterstock.com

Pastikan mama memilih produk yang selamat dan lembut untuk digunakan pada bayi sejak lahir. Sebaik-baiknya, atasi ruam lampin sejak hari pertama Si Manja dilahirkan!  Elakkan produk yang mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit bayi.

Bepanthen Ointment, Krim Lampin Terbaik Pilihan Ibu Ayah!

Untuk mama yang tercari-cari superhero terbaik untuk kulit bayi, Bepanthen Ointment adalah jawapannya! Ia diformulasikan dengan Pro-vitamin B5 yang terbukti bagus untuk pemulihan kulit. Lebih baik lagi produk ini dwi fungsi yang memberi perlindungan harian dan membantu mengatasi ruam lampin. Gunakan produk ini untuk memberi perlindungan berpanjangan terutamanya dari ruam lampin dan menyokong pertumbuhan kulit yang baharu. Bepanthen Ointment juga hypoallergenic dan bebas bahan pengawet, warna atau haruman yang boleh dan dapat mengurangkan kesan melecet pada kulit bayi.

Bagusnya lagi, Bepanthen Ointment juga memenuhi sembilan standard yang ditetapkan untuk membantu merawat dan mengatasi masalah ruam lampin. Sebagai mama yang mementingkan keselesaan Si Manja, pastikan mereka bebas kerengsaan pada bahagian punggung. Let’s do it together, we are #MumsProtectingBums! Jom, sertai kempen #MumsProtectingBums dan dapatkan kit Nappy Care anda sekarang!

Macam Mana Nak Sertai?

1. Ikuti page @BepanthenMY.
2. Kongsikan video boomerang punggung bayi anda yang bergoyang di Instagram stories dan tag @BepanthenMY #MumsProtectingBums (P.S. Anda juga boleh kongsikan gambar kepada kami)
3. Pastikan profile IG anda terbuka untuk awam.

  1. Hantarkan tangkap layar video tersebut di dalam borang Google ini: https://bit.ly/MumsProtectingBumsForm

 Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat untuk kempen #MumsProtectingBums , boleh klik SINI

**Sumber foto: www.shutterstock.com



Published by
Emy H