Ada sesetengah orang kata bahawa saiz perut yang kecil adalah petunjuk kepada proses bersalin yang mudah? Bagaimana pula dengan perut bersaiz besar? Adakah ia mitos?
Bermula dari saat perut mula kelihatan, pasti mama perasan ada mata-mata yang memandang ke arahnya bukan? Usah resah dengan situasi seperti itu. Sama seperti bayi, perut ketika hamil pun ada pelbagai saiz dan bentuk.
Lazimnya, bagi kehamilan pertama, perut anda kelihatan “kemas”. Namun, semakin ramai jumlah anak yang pernah dikandungi, otot di bahagian perut menjadi lebih longgar lalu menjadikan perut melebar.
Perlu anda tahu, saiz perut juga bergantung kepada kedudukan bayi di dalam rahim dan amaun air ketuban yang ada. Tidak kira besar atau kecil saiz perut anda, pokok pangkalnya anda dan bayi yang dikandungi sihat dan selamat.
BERAT IBU KURANG, BAYI JADI KECIL?
Pada awal usia kehamilan, doktor akan memeriksa Indeks Jisim Tubuh (BMI) anda. Idealnya, BMI berat badan normal adalah di antara 19 dan 24. Sekiranya anda berat badan anda dikesan kurang dan sepanjang hamil tidak mengamalkan pemakanan yang mencukupi,ia berkemungkinan besar memberi kesan kepada saiz bayi.
Dia mungkin mengalami masalah kurang berat badan juga. Malah, dia juga mungkin boleh dilahirkan sebelum tempoh usia matang iaitu sebelum 36 minggu. Oleh yang demikian, adalah penting untuk anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
BERAT BERLEBIHAN MENGUNDANG KOMPLIKASI?
Jika anda hamil dengan BMI lebih daripada 30, ada pelbagai komplikasi yang bakal anda depani. Antaranya tekanan darah tinggi, diabetes dan praeklampsia. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan mengamalkan diet dengan mengehadkan pengambilan makanan. Namun, pengambilan lemak dan gula yang terhad dapat membantu anda mengawal berat badan dalam kadar yang munasabah lalu mengurangkan risiko masalah kesihatan sama ada untuk tempoh jangka pendek mahupun panjang kepada bayi dalam kandungan.
BAYI BESAR, LAHIR SUSAH?
Saiz bayi tidak mempengaruhi kelancaran proses bersalin. Biasanya, kesukaran yang mungkin dialami adalah tertakluk kepada kedudukan bayi serta saiz pelvis ibu. Ia juga bergantung kepada tahap anda mengawal diri dan kesakitan yang dialami sepanjang kontraksi berlangsung.
Apa pun jua saiz bayi, apa yang anda perlukan ialah sokongan kuat, kekal bertenang dan seboleh bolehnya berjalan-jalan di sekitar bilik bersalin selagi mampu berbuat demikian.
Ads
BAYI KECIL, MUDAH LAHIR?
Terdapat salah tanggapan bahawa bayi yang bersaiz kecil lebih mudah untuk dilahirkan. Namun, tiada kajian yang dapat membuktikan tanggapan ini. Sebenarnya, kebanyakan bayi bersaiz kecil boleh mengambil masa yang lebih lama untuk memulakan proses kelahiran berbanding bayi yang bersaiz besar.
BAYI KECIL KURANG SIHAT?
Perlu anda tahu bahawa terdapat perbezaan antara bayi yang bersaiz kecil kerana tidak berkemampuan membesar dengan baik ketika dalam rahim jika dibandingkan dengan bayi yang sememangnya mempunyai genetik saiz kecil.
Oleh sebab itulah, sepanjang kehamilan saiz rahim anda dipantau oleh doktor setiap kali pemeriksaan antenatal dilakukan.
Jika bayi anda kecil tetapi sesuai dengan anda yang mengandungkannya, maka perkembangan kehamilan akan berjalan seperti biasa. Namun, jika perkembangan rahim terbatas dan tidak menunjukkan apa-apa perubahan, maka anda akan dirujuk kepada doktor yang lebih pakar bagi membolehkan pemantauan yang lebih rapi dilakukan.
MORNING SICKNESS TERUK, BAYI JADI KECIL?
Bayi mendapatkan keperluan khasiat pemakanannya daripada anda. Bukan bayi yang perlu dikhuatirkan jika anda mengalami morning sickness yang teruk, sebaliknya diri anda sendiri! Biasanya, masalah muntah akan menjadi lebih baik sekitar minggu ke-12. Alahan yang dialami biasanya menjadi teruk jika anda tidak makan dalam tempoh tertentu.
Ads
Jadi, cuba makan dalam amaun yang sedikit tetapi kerap dan jangan lupa untuk minum air dalam jumlah yang mencukupi. Apabila loya yang dialami sangat teruk, anda mungkin perlu ditahan di hospital untuk membolehkan cecair dimasukkan ke tubuh bagi menghalang masalah penghidratan.
Jangan bimbang, ia tidak memberi kesan kepada bayi kerana hanya morning sickness yang benar-benar kritikal mampu memberi kesan kepada perkembangan bayi.
SEJARAH BAYI BESAR DALAM KELUARGA ADA HUBUNG KAIT?
Tidak kira sama ada bayi besar atau kecil, ia ada hubung kaitnya dengan faktor genetik. Sebagi contoh, jika ibu mempunyai berat badan berlebihan, maka bayi pun berkemungkinan bersaiz yang sama.
Sama juga halnya jika ibu tidak makan secara sihat, maka ia boleh memberi kesan kepada bayi dan menjadikannya bayi bersaiz kecil. Pemakanan dan gaya hidup anda memainkan peranan dalam menentukan saiz bayi.
Ads
Jika sejarah keluarga ada yang menghidap diabetes, doktor akan meminta anda menjalani ujian toleransi gula kerana dikhuatiri bayi boleh bersaiz besar jika anda pun menghidap diabetes ketika hamil.
PERUT BESAR BERI BEBAN?
Secara teori, peningkatan berat badan boleh meningkatkan risiko haemorrhoid (buasir) atau varicose vein. Ia juga akan menyebabkan bahagian kaki berasa tidak selesa.
Walau sebesar mana pun saiz perut anda, ia tidak akan mendatangkan masalah sekiranya anda menjaga kesihatan diri dan sentiasa melakukan senaman secara berkala.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada Ogos yang lalu pasangan selebriti terkenal Scha Alyahya dan suami, Awal Ashaari mengumumkan kepada peminat bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua.
Kehamilan kedua tersebut adalah selepas 6 tahun mereka dikurniakan puteri sulung mereka, Lara Alana yang juga sering menjadi mencuri perhatian warga maya.
Setelah hampir lima bulan usia kandungan, masih ramai yang tidak dapat melihat kandungan Scha seperti kebiasaan ibu hamil yang lain. Hal tersebut membuatkan ramai yang berteka-teki dan mengatakan bahawa Scha dan Awal bakal menimang cahaya mata lelaki.
Demi tidak mahu menghampakan peminat-peminat yang begitu teruja dengan kehamilan keduanya itu, Scha dalam posting terbarunya di Instagram berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan dia sedang hamil.
“Featuring babybump bump bump,” tulis Scha yang kelihatan semakin berseri memakai blaus berwarna putih.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alasan rimas dan sakit pada bahagian perut antara alasan yang sering diterima oleh wanita hamil jika diminta memakai tali pinggang keledar. Hakikatnya ia amatlah berbahaya. Bahaya itu ibu dan bayi sendiri jika berlaku kemalangan.
Bagi mengelakkan rasa sakit, ini cara pemakaian tali pinggang keledar yang betul seperti yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Doktor Kesihatan Wanita & Kehamilan.
Pemakaian tali keledar keselamatan untuk ibu hamil.
1. Bahagian melintang tali keledar keselamatan sepatutnya berada di bawah perut ibu hamil, lurus dan tidak terbelit.
Ini untuk pastikan tali pinggang itu memegang pada tulang punggung dan tak kena secara terus pada perut.
Jika berlakunya kemalangan dan tali keledar itu berada atas perut dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan pada organ dalaman seperti hati, limpa, usus dan pada rahim sendiri.
2. Jadi sentiasalah pakai tali pinggang keledar keselamatan walaupun anda adalah penumpang yang duduk di belakang.
Semasa nak adjust tali keledar tu angkat perut sikit dan pastikan tali pinggang dalam keadaan lurus dan berada di atas paha tetapi di bawah perut.
3. Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah cukup ketat.
4. Tali pinggang yang belah atas atau pada bahu sepatutnya berada di celah-celah buah dada ibu.
5. Jika ibu adalah pemandu sendiri, laraskan kedudukan stereng ke atas sikit.
6. Tegakkan kerusi anda sebanyak yang mungkin. Kerusi yang terlalu rendah akan meninggikan risiko tali pinggang mencederakan rahim dalam kemalangan. Kerusi pemandu hendaklah ke belakang sedikit jauh dari beg udara (air bag).
Tak payah beli pelbagai produk atau span untuk cover perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlaku accident.
Kajian menunjukkan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.
Jangan bila mengandung je sibuk pakai tali pinggang. Tak mengandung pun kena gak. Jangan terkial-kial nak pasang tali keledar keselamatan bila nampak abang polis.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri bakal menimang cahaya mata sulungnya beberapa minggu sahaja lagi.
Keterujaan untuk menimang cahaya mata pertama ini dikongsi olehnya melalui Instastories.
Malah Dr Amalina masih sempat menghadiri majlis ‘baby shower’ yang diadakan oleh sahabat terdekat buat dirinya di salah sebuah restoran di Chelsea, London semalam.
Majlis yang diadakan ringkas dengan kehadiran tetamu terdekat memeriahkan lagi suasana majlis berkenaan.
Dr Amalina sempat menitipkan ucapan terima kasih buat sahabat yang bersusah payah mengadakan majlis untuk dirinya.
“What a lovely baby shower! Thank you to all of my friends from various stages of my life (school @cheltladiescoll, university @edinburghuniversity@cambridgeuniversity@imperialcollege, work, and London). Thank you so much to Liza and Stivou for organising such a beautiful day. You all made me feel very special, little bubba 👶🏼, and I thoroughly enjoyed it! 🤰”
Menurut Dr Amalina, dia tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin disebabkan komitmen kerja.
“Saya kini sedang sarat hamil dan masih bekerja.
“Mengambil penerbangan jarak jauh dan cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk bayi.
“Ini juga keputusan terbaik untuk kami sekeluarga,” ujarnya.
Dia turut berkongsi, sepanjang cuti bersalin gajinya dibayar penuh oleh pihak hospital.
Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.