Menurut kata orang dulu-dulu percaya keadaan air ketuban ketika hendak bersalin iaitu lelehan ketuban air (kembar air)  adalah petanda proses kelahiran yang mudah. Manakala air ketuban bercampur darah (kembar darah) menjadikan proses bersalin lama dan menyakitkan. Betul ke?

Dr Norkedah Rahani, doktor kanan perbidanan dan sakit puan Hospital Pusrawi Kuala Lumpur menegaskan bahawa fakta ini tidak benar. “Tidak benar. Kecepatan proses kelahiran tidak bergantung dengan keadaan keduanya.”

MITOS KEMBAR AIR

Dikatakan ibu yang mengalami pecah ketuban di mana air ketuban yang keluar jernih tidak berbau (kembar air) sebagai tanda adalah dikatakan sebagai lebih mudah bersalin.

Menurut Dr Norkedah, tiada fakta dan kajian yang menyokong kenyataan ini ibu yang pecah ketuban dalam bentuk air jernih tidak berbau (yang dikatakan kembar air) sebagai tanda adalah dikatakan sebagai lebih mudah bersalin.

Namun awas,jika ia berlaku sebelum kontraksi (37minggu ke atas) maka ia dinamakan premature rupture of membrane iaitu koyakan pada lapisan kantung ketuban.

KOYAKAN LAPISAN KANTUNG KETUBAN

Koyakan lapisan kantung ketuban ini boleh berlaku melebihi 24 jam sebelum waktu bersalin dan melibatkan kira-kira 10% ibu yang mengandung tanpa ada rasa sakit kontraksi.

JIKA TERKOYAK LEBIH 24 JAM KENA INDIUS ELAK JANGKITAN KUMAN

Jika berlaku melebihi 24 jam sebelum kontraksi untuk bersalin tindakan selanjut perlu dilakukan untuk mempercepatkan kelahiran dengan kaedah cetusan kelahiran iaitu indius. pecah Hal ini jika tidak diambil tindakan segera boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada bayi dan uri.

MITOS KEMBAR DARAH

Ibu yang mengalami keluarnya darah  bersama air ketuban. Ibu dikatakan akan mengalami rasa kontraksi yang lebih kuat dan menyebabkan proses kelahiran mengambil masa yang lama.

KECEPATAN PROSES BERSALIN TIDAK DITENTUKAN OLEH KEADAAN AIR KETUBAN

“Mitos ini tidak benar. Kecepatan proses kelahiran tidak bergantung dengan keadaan-keadaan ini. Dalam perubatan, doktor tidak boleh membuat jangkaan tentang tempoh kelahiran yang bakal dialami oleh pesakit menerusi tanda-tanda awal kelahiran seperti ini,” kata Dr Norkedah.

MUCUS PLUG TANDA TERBUKANYA PINTU RAHIM

Memang terdapat keadaan di mana ibu-ibu mengalami pendarahan pada awal proses kelahiran yang keluar bersama dengan air ketuban. Ia disebabkan oleh terbukanya pintu rahim. Kemungkinan besar ia adalah mucus plug yang berbentuk jeli yang berfungsi menghalang bakteria dan jangkitan kepada bayi di dalam kandungan.

Tinggalkan Komen