Kehamilan

Betul Ke Letak Bicarbonate Soda Dalam Air Kencing Boleh Tahu Jantina Bayi Serta-Merta?

Share

Semua ibu hamil mesti nak tahu jantina bayi dalam kandungan. Hanya dengan kaedah menjalani ujian imbasan ultrasound, doktor boleh kesan jantina bayi.

Tapi baru-baru ini tular di media sosial ada yang berkongsi petua mudah campur air kencing dengan soda bikarbonat boleh tahu jantina bayi dalam perut!

Diharap ibu hamil tak mudah terpengaruh dengan petua tersebut. Ini kerana tiada sebarang fakta atau kajian perubatan mengatakan ada cara lain untuk mengesan jantina bayi dalam kandungan ibu selain daripada imbasan ultrasound.

Untuk maklumat lebih lanjut mengapa petua tersebut tidak betul dan sama sekali tidak boleh dipercayai, baca perkongsian info daripada Dr Nur Ilyani Bujang.

BABY BOY ATAU GIRL

Saya menerima kiriman dari seseorang bertanyakan tentang macam mana nak tahu jantina anak dalam kandungan .

Mengandung sulung, terujanya bukan main.

Jawapan yang saya beri amat mudah ‘Jumpa doktor, nanti doktor check melalui imbasan ultrasound’.

Kemudian dia bertanya ‘boleh ke kalau nak tau jantina melalui pemeriksaan air kencing? ‘

Bila saya selidik punya selidik, rupanya page sampah yang buat hal lagi!

Kali ni disuruhnya mak-mak buat petua campur air kencing dengan soda bicarbonate.

Ya! Soda bicarbonate yang guna untuk buat kek tu la.

Tepuk dahi saya!!!

Saya tak tahu nak menangis atau murung. Ada ke air kencing dengan soda bicarbonate yang guna buat kuih tu disuruh campur???

Kalau berbuih = boy

Kalau tak berbuih = girl

Petua Tak Betul!

Biarlah saya jelaskan asas sains ini pada semua. Sebelum saya ulas lanjut, kita kena faham apa itu alkali dan apa itu asid.

Asid sifatnya masam

Alkali sifatnya pahit

Terlalu berasid tidak bagus

Terlalu alkali tidak bagus

Badan kita memang Tuhan dah jadikan sentiasa dalam keadaan yang seimbang tahap asid dan alkalinya. Apa apa jua yang terlebih atau terkurang, organ kita akan berkerja untuk sentiasa memastikan ianya berada dalam keadaan yang optimum.

Kita makan banyak benda bersifat asid, kencing kita akan makin berasid.

Kita banyak makan benda alkali, kencing kita bersifat alkali.

Secara umumnya

Kencing kita kebiasaannya bersifat sedikit asid

Soda bicarbonate pula bersifat alkali

Apabila asid dicampurkan dengan alkali, maka proses peneutralan akan berlaku.

Bergantung pada bahan yang dicampur, proses ini mungkin menghasilan gas, haba dan juga garam.

Kalau anda tak percaya cakap saya, anda boleh ambil cuka dan campurkan soda bicarbonate. Buatlah eksperimen ini di rumah.

Lepas buat eksperimen, pastikan tahyul campur air kencing dengan soda bicarbonate untuk tahu jantina bayi di buang dalam tong sampah jauh jauh!

Saya sertakan gambar ehsan google untuk tengok jantina bayi melaui imbasan ultrasound ye!

Sumber: Dr Nur Ilyani Bujang

Published by
Hasnita Sawal