Pisang memang makanan kegemaran si manja. Rasa pisang yang lemak manis dan tekstur yang lembut menjadikan ia buah kesukaan anak kecil. Tapi betul ke makan pisang boleh menyebabkan susu bayi tersumbat hingga tak boleh buang air kecil?
Ekoran dari kisah viral kanak-kanak makan pisang hingga tersumbat usus dan tidak boleh membuang air kecil, Dr Sakinah Sulong telah berkongsi tentang info mengenai pisang dan perkaitannya dengan sistem penghadaman si kecil.
Rupa-rupanya ia berkait rapat dengan tahap keranuman buah pisang & kuantiti pengambilan. Berikut ialah perkongsian beliau;
Baru-baru ini, telah tular cerita seorang anak kecil telah mengalami masalah tersumbat usus hingga tak dapat kencing dikatakan akibat memakan pisang. Ia menimbulkan rasa takut ibu-ibu pada pisang.
Adakah benar pisang menyebabkan usus tersumbat?
Pisang adalah buah yang mudah didapati di negara beriklim tropika seperti Malaysia. Ianya mudah didapati dan murah harganya.
Selama ini, pisang memang jadi antara kegemaran saya dan anak-anak. Alhamdulillah kami semua tiada masalah.
Ads
Ia kaya dengan potassium dan kaya karbohidrat jadi sesuai dijadikan snek ringkas, lebih-lebih lagi bagi seseorang yang nak memulakan aktiviti fizikal seperti hiking atau berbasikal.
PISANG TIDAK MASAK/TIDAK RANUM MENYEBABKAN SEMBELIT
Cerita yang dikongsi ada kebenaran tapi tak semuanya tepat. Pisang tak masak yang boleh menyebabkan sembelit atau menerukkan sembelit. Bukannya pisang yang masak.
Pisang tak masak mengandungi tinggi tannin dan amylase-resistant starch menyebabkan ia sukar dicernakan.
Berlainan dengan pisang yang masak.
Kandungan tannin sudah berkurang, begitu juga amylase-resistant starch. Kandungan gulanya lebih tinggi.
Ads
Jadi ia kurang menyebabkan sembelit.
KUANTITI PISANG YANG DIAMBIL
Pisang juga boleh jadi sumber fiber yang membantu melawaskan pencernaan. Bagi setiap 120gm pisang, terdapat lebih kurang 3gm fiber. Keperluan fiber anak-anak berumur 3-5 tahun adalah 8-10gram sehari. Jadi dengan mengambil 2-3 biji pisang setiap hari sudah memadai.
Bukan untuk diambil dalam kuantiti yang banyak sekaligus!
Ads
Jadi para ibu yang risau,
Nak bagi pisang, bagi lah pisang yang masak ranum dan berilah dalam kuantiti yang sederhana. Segalanya perlu diberi secara sederhana.
Sekiranya anak mempunyai masalah sembelit, mungkin boleh juga cuba buah yang lain seperti betik dan epal hijau. Dan jangan lupa berikan air masak secukupnya.
Satu lagi, galakkan anak membuat aktiviti fizikal seperti bermain di padang untuk mengaktifkan salur pencernaannya. Elakkan bertangguh untuk ke tandas bagi mereka kerana makin lama mereka bertangguh, najis akan menjadi semakin keras.
Semoga bermanafaat dan menghilangkan salah faham pada pisang.
Pisang tak bersalah! ???
Sumber: Dr Sakinah Sulong
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak mahu anak bijak. Anak yang bijak harus dirangsang lebih awal penggunaan otaknya. Usaha paling awal boleh dilakukan oleh ibu ketika waktu hamil lagi. Ambil makanan yang baik, fokus untuk pembentukan otak bayi.
Menurut Dr Rizal Abu Bakar, Pakar Otak, ketika awal kandungan lagi, iaitu sebaik tulang belakang terbentuk, pemakanan yang tepat sangat disyorkan untuk ibu hamil.
Pemakanan yang paling tepat pastinya pemilihan makanan yang mengandungi folid asid dan juga vitamin B12 yang sangat membantu pembentukan darah merah. Antara yang dikongsikan oleh Dr Rizal adalah daripada sumber tumbuh-tumbuhan semulajadi.
Malah kata pakar otak ini juga, tumbuh-tumbuhan juga begitu disarankan kerana sememangnya diyakini sifat semulajadinya yang baik untuk tubuh.
“Antara makanan yang kaya dengan folate adalah seperti sayuran hijau seperti asparagus, brokoli, avokado, kekacang seperti badam, kuaci dan sebagainya.
“Malah avokado juga mempunyai kandungan tersendiri yang baik dari rambut hingga keseluruhan tubuh.
Begitu juga dengan bijian-bijian yang bagus untuk pembentukkan darah merah pada bayi.”
Makanan dengan sumber folate – asparagus, brokoli, kapsikum, bendi,
Makanan dengan sumber Vitamin B12 -lobak merah, telur, mangga, apricot, pic dan sebagainya.
Jangan dilupa pengambilan makanan dengan nutrisi zink yang tinggi kerana ia membantu perkembangan otak bayi.
Antara makanan dengan kandungan zink yang tinggi adalah seperti tembikai, ayam, bayam, badam, dark coklat, ikan salmon begitu juga dengan ikan kembung yang sama khasiatnya dengan ikan salmon.
Ibu hamil juga dinasihatkan makan makanan dengan vitamin C yang tinggi untuk menghasilkan kulit anak dan bayi yang cantik ketika hamil.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Mesti susah hati kita bila berat badan anak berada di bawah paras normal setiap kali dibawa menjalani pemeriksaan di klinik. Doktor dan jururawat juga akan ‘membebel’ kenapa berat badan anak tak naik mengikut jadual sepatutnya sedangkan anak tiada masalah makan dan menyusu.
Mengapa ada bayi (6 bulan ke atas) atau kanak-kanak yang masih tetap kurus dan berat badannnya berada di bawah paras normal walaupun mempunyai selera makan yang baik? Berikut antara penyebabnya yang mungkin dialami oleh si manja anda.
a. Faktor genetik.
b. Kemampuan mengunyah dan menelan yang belum sempurna.
c. Keletihan kerana terlalu aktif.
d. Jangkitan saluran kencing.
e. Masalah anemia kekurangan zat besi.
Apabila anda sudah merawat masalah yang menjadi punca kepada berat badan anak tidak bertambah, maka lakukan pula beberapa tip bagi menambah berat badan mereka. Apa pun ia mesti dirujuk kepada pakar pemakanan yang bertauliah terlebih dahulu.
1. Berikan tiga kali hidangan makanan utama (karbohidrat, sayur dan lauk) dalam sehari dan dua kali kudapan yang terdiri daripada buah-buahan, roti dan biskut.
2. Masukkan hidangan menu berasaskan daging lembu sebagai makanan utama untuk anak. Ini kerana daging mengandungi zat besi yang tinggi. Tetapi jangan bagi anak minum susu selepas makan daging kerana susu menghalang penyerapan zat besi dalam badan. Sebaiknya hidangkan jus buah yang mengandungi vitamin C kerana ia membantu penyerapan zat besi.
3. Tambah satu sudu kecil minyak zaitun extra virgin ke dalam hidangan makanan anak yang sudah siap dimasak. Minyak zaitun kaya dengan kandungan lemak. Minyak zaitun extra virgin yang tidak bersuhu tinggi dan tidak menggunakan bahan kimia dalam proses pembuatannya sangat sesuai ditambah ke dalam makanan si kecil.
4. Gandakan kandungan karbohidrat dalam menu utama anak. Contohnya hidangkan nasi dan sup ayam yang turut mengandungi kentang dan makaroni.
5. Hidangkan buah-buahan yang tinggi kalori seperti pisang dan avokado sebagai kudapan anak.
6. Berikan anak snek tambahan seperti roti, biskut atau pisang satu jam sebelum dia tidur.
7. Penggunaan mentega juga boleh membantu merangsang penambahan berat badan anak. Gunakan ia untuk menggoreng telur atau roti.
Walaupun anda berusaha untuk menambahkan jumlah pengambilan karbohidrat dalam menu anak tetapi perlu tetap mengekalkan gizi yang seimbang iaitu mesti ada hidangan protein, zat besi dan vitamin dalam menu hariannya.
Berikut adalah 15 jenis makanan yang berupaya membantu menambah berat badan bayi dan kanak-kanak.
1. Susu penuh krim
2. Yogurt penuh krim
3. Keju
4. Pisang
5. Ragi
6. Avokado
7. Keledek
8. Telur
9. Ubi kentang
10. Mentega
11. Ghee
12. Mentega kacang
13. Minyak zaitun
14. Kekacang
15. Ciku
Semoga pertambahan berat badan anak berlaku dalam keadaan yang sihat. Sentiasa pastikan anak mendapat segala khasiat makanan yang diperlukan untuk membesar dengan sihat dalam menu hariannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak dah mula makan, mama akan sibuk menyediakan stok makanan bayi. Kadang-kadang lebih mudah kalau mama masak sekaligus dan bekukan. Lebih menjimatkan masa lebih-lebih lagi bagi mama yang bekerja.
Tapi mama tahu tak cara nak membekukan makanan si manja mama dan bagaimana cara untuk memanaskan kembali? Jom ikuti perkongsian ini.
9 LANGKAH MEMBEKUKAN MAKANAN BAYI DAN JIMAT MASA!
#1. JENIS MAKANAN YANG BOLEH DI FROZEN
Ketahui dahulu makanan yg boleh dibekukan. Antara buah yang boleh dibekukan epal, pear, pisang, sayuran pula kentang, brokoli, kacang peas, labu dan lain².
#2. PENYIMPANAN
Tunggu dahulu makanan yang sudah dimasak itu sejuk, kemudian barulah masukkan ke dalam bekas bekas khas yang bertutup untuk menyimpan makanan bayi.
Jika menggunakan bekas ais batu, setelah makanan beku. Alihkan atau pindahkan ke dalam plastik ziplock dan simpan semula ke dapam petisejuk. Buangkan dahulu udara yang ada didalam plastik yee. 😁
#3. PROSES BEKUKAN MAKANAN
Simpan puri makanan yang hendak dibekukam ke dalam bekas yg bertutup supaya tiada jangkitan bakteria.
#4. LABEL
Pastikan letakkan tarikh dan label pada makanan yang dibekukan. Kaedah bekuan ini bertahan selama 4bulan. Tetapi untuk protein seperti ayam, daging, ikan ia hanya bertahan dua bulan sahaja.
#5. HAD MASA
Makanan bayi yang belum dibekukan, dan diletakkan didalam peti sejuk bahagian chiller maksimum bertahan 48jam sahaja
#6. JANGAN LEBIH 2 JAM
Makanan yang sudah masak dan mahu dikisar untuk dibekukan. Pastikan ia nya tidak lebih daripada 2 jam pada suhu bilik. Kerana bimbang akan pembiakan bakteria pada makanan.
#7. PANASKAN TIDAK LEBIH SEKALI
Dielakkan memanaskan makanan berlebih lebihan
#8. CARA MEMANASKAN MAKANAN BEKU
Hanya perlu rendamkan sahaja dengan air suam, atau air biasa atau biarkan sahaja berada pada suhu bilik untuk beberapa ketika
#9. SILA BUANG!!
Makanan yang sudah dibekukan dan sudah dipanaskan, sekiranya anak anda tidak habis makan. Jangan simpan semula. Sila buang
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.