“Betul ke minuman Milo tak elok untuk kanak-kanak bawah umur 7 tahun?” Ini adalah soalan popular yang menjadi tanda tanya ramai ibu bapa sejak tularnya video pendedahan yang dikeluarkan oleh Vishen Lakhiani berkaitan dakwaan minuman Milo yang menjadi minuman “kesihatan”rakyat Malaysia dikatakan mengandungi tinggi gula iaitu sebanyak 40% yang tidak elok diberikan kepada kanak-kanak.

Ekoran daripada video tular tersebut ramai rakyat Malaysia yang selama ini menjadikan Milo sebagai minuman rasmi di rumah berasa ‘tak senang duduk’. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dihujani berbagai pertanyaan daripada pengguna yang amat risau dengan “berita” tersebut.

Menyedari hal tersebut, PPIM rasa bertanggungjawab untuk mengurangkan kegelisahan masyarakat yang risau tentang penyebaran berita tersebut dengan membuat satu sidang akhbar bagi merungkaikan hal tersebut.

“Kami meminta kenyataan rasmi daripada syarikat Nestle yang mengeluarkan berbagai produk pemakanan mereka bagi menjawab keluhan pengguna berkaitan dakwaan “kesihatan” dalam produk yang dikeluarkan.” demikian menurut kenyataan PPIM yang berkongsi video sidang akhbar tersebut di laman rasmi facebook mereka.

Dalam sidang akhbar tersebut, PPIM telah mengajukan soalan kepada wakil Nestle mengenai benar atau tidak persoalan bahawa Milo tidak elok diminum oleh kanak-kanak berumur kurang daripada 7 tahun?

IKLAN

Milo Tidak Elok Untuk Kanak-kanak Bawah 7 Tahun?

Milo Tidak Elok Untuk Kanak-kanak Bawah 7 Tahun?Lanjutan daripada video viral yang dikeluarkan oleh Vishen Lakhiani berkaitan dakwaan minuman MILO yang menjadi minuman “kesihatan” rakyat Malaysia yang dikatakan mengandungi 40% gula, kami di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dihujani berbagai pertanyaan daripada pengguna yang amat risau dengan “berita” tersebut. Kami meminta kenyataan rasmi daripada syarikat Nestle yang mengeluarkan berbagai produk pemakanan mereka bagi menjawab keluhan pengguna berkaitan dakwaan “kesihatan” dalam produk yang dikeluarkan.#PPIM #Nestle #MILO #KKM #KPM #KPT

Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on 6hb Februari 2018

Menurut Nurul Iliani Ahmad, Pakar Nutrisi yang mewakili Nestle, sebagai sebahagian daripada diet mereka masih boleh lagi mengambil Milo sebagai satu pemakanan yang sihat tapi untuk kanak-kanak bawah umur 7 tahun, digalakkan mengambil susu yang secukupnya sebab kita tahu kandungan dalam susu itu ia mengandungi gula yang baik iaitu laktose.

Selain dari itu susu penuh krim juga bagus untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak masih berlaku. Jadi amat penting untuk ibu bapa terus menggalakkan anak mereka minum susu untuk pilihan yang lebih baik.

IKLAN

Menurut beliau lagi, kebanyakan masyarakat Malaysia mempunyai persepsi jika anak sudah mula bersekolah mereka tak perlu minum susu lagi. Tapi bila bercakap mengenai susu untuk kanak-kanak serta orang dewasa pengambilannya kena berterusan. Ia mestilah menjadi sebahagian daripada diet seimbang yang diamalkan setiap hari.

Selain dari itu menurut kenyataan oleh Nestle yang dikeluarkan dalam The Star, sekiranya pengguna mematuhi cara penyediaan yang dicadangkan oleh Milo, hidangan minuman itu hanya mengandungi sebanyak 6% gula sahaja.

Menurut Nurul Iliani, Milo adalah serbuk minuman yang mengandungi susu, malt, koko dan gula. Katanya, cadangan cara penyediaan adalah sebanyak lima sudu kecil Milo ke dalam 200ml air panas.

IKLAN

“Hidangan itu hanya mengandungi 6% gula. Daripada 6% itu, 3% adalah gula semula jadi (daripada susu dan malt) dan 3% adalah gula tambahan.

Nurul menjelaskan 40% kandungan gula yang ditunjukkan pada label meruju pada serbuk Milo sebelum ditambah air. Dengan menambah sebanyak 200ml air, katanya minuman tersebut hanya mengandungi 6% gula sahaja.

Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia & The Star

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI