Ibu hamil zaman sekarang bukan macam zaman dahulu. Kalau dulu mungkin bakal ibu tertanya-tanya apa agaknya jantina anak dalam kandungan, tetapi kini semuanya boleh diketahui dalam beberapa saat sebaik sahaja doktor membuat ujian imbasan.
Bagaimanapun tidak semestinya hasil ujian tersebut memberikan jawapan yang 100% betul. Adakalanya jantina anak yang lahir berlainan dengan apa yang dijangkakan oleh doktor.
Jantina anak boleh diketahui apabila janin sudah pun berumur 6 bulan ke atas. Jika masih terlalu awal, jantina anak sukar untuk diketahui. Namun ia boleh diagak dengan cara psikologi.
Ada beberapa perbezaan fizikal wanita yang hamil bayi lelaki dan perempuan. Mungkin ciri-ciri ini boleh diguna pakai untuk memberi gambaran jantina anak dalam kandungan ibu.
Namun jangan percaya 100% kerana ada yang hanya berdasarkan mitos orang tua-tua zaman dahulu tanpa bersandarkan kepada fakta yang jelas. Tetapi kalau untuk suka-suka tak salah mengetahuinya.
1. Malas Bersiap
Orang tua-tua ada mengandaikan ibu hamil anak lelaki mempunyai sikap malas hendak bersiap atau melaram. Kalau dulu, ibu seorang yang suka bermekap dan berpakaian cantik, ketika mengandung dia menjadi malas hendak bersiap-siap.
2. Bentuk & Kedudukan Perut
Untuk anak lelaki, biasanya bakal ibu mempunyai bentuk perut yang buncit atau bundar. Seterusnya, kedudukan perutnya dilihat berada di bawah dan kedudukan kandungan lebih rendah. Sedangkan untuk bayi perempuan kedudukan kandungan lebih tinggi.
Ads
Anda boleh mencuba untuk memegangnya secara perlahan. Ketika hamil bayi lelaki, si ibu akan mengalami kenaikan berat badan berbanding hamil bayi perempuan.
3. Ukuran Payudara
Ukuran payudara juga boleh menunjukkan ciri-ciri hamil anak lelaki. Ketika awal kehamilan, ukuran payudara akan berubah. Ini disebabkan perubahan hormon di dalam tubuh.
Wanita yang hamil anak lelaki, akan mengalami ukuran payudara yang semakin membesar. Tetapi payudara bahagian kanan akan lebih besar dibandingkan sebelah kiri.
4. Berat Badan Naik Mendadak
Wanita yang hamil anak lelaki akan memiliki peningkatan berat badan yang mendadak seperti ibu hamil anak kembar. Biasanya berat badan meningkat lebih daripada 10 kg, berdasarkan kepada pola makan ibu sendiri.
Ads
5. Keluar Banyak Jerawat
Biasanya ibu hamil anak lelaki akan cenderung mempunyai masalah jerawat walaupun semasa tidak hamil dia tidak pernah berjerawat. Ini kerana berlaku peningkatan hormon di dalam badannya.
6. Suka Makan Makanan Berkalori Tinggi
Antara ciri-ciri ibu hamil anak lelaki adalah memiliki berat badan yang naik mendadak kerana gemar makan makanan berkalori tinggi seperti daging, makanan laut.
Ads
7. Kedudukan Tidur
Ibu yang mengandung anak lelaki gemar tidur dalam posisi mengiring ke sebelah kiri.
8. Wajak Kelihatan Kusam
Kebanyakan ibu hamil anak lelaki agak malas hendak melakukan rutin penjagaan wajah seperti memakai pembersih, toner dan pelembap seperti biasa. Akibatnya kulit wajah kelihatan agak kusam dan kurang bermaya.
9. Kulit Kering
Oleh kerana ibu hamil anak lelaki kurang gemar memakai produk penjagaan kulit dan merawat kecanitkan maka kebanyakan mereka mempunyai masalah kulit kering.
10. Mudah Lesu
Akibat banyak gangguan kehamilan yang dialami, bakal ibu mudah berasa letih dan lesu sehingga kurang minat hendak melakukan pelbagai aktiviti walaupun sebelum hamil terkenal sebagai seorang yang aktif.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika kehamilan terutama pada awal kehamilan, penjagaan pemakanan perlu dititikberatkan oleh ibu hamil serta suami. Ini kerana pemakanan akan mempengaruhi kandungan tersebut.
Seorang pengguna Facebook telah berkongsi 5 makanan tambahan yang wajib isterinya makan semasa tempoh kehamilan. Makanan yang disyorkan oleh beliau juga merupakan makanan sunnah. Ikuti perkongsian beliau.
MAKANAN WAJIB SEPANJANG ISTERI SAYA MENGANDUNG
Sepanjang isteri saya mengandung, saya dah tetapkan makanan tambahan yang wajib dia habiskan dalam masa 1 minggu.
Biasanya saya akan beli makanan ni pada setiap hari Jumaat. Tak susah sebenarnya nak cari makanan ni. Boleh cari di masjid atau di supermarket.
Setiap minggu saya akan habiskan sekitar Rm30-40 untuk beli kesemua makanan ni. Saya selalu cakap pada wife, ” Sayang kena habiskan semua ni dalam masa 1 minggu,kesian baby kalau tak habis kan “
Tips dan teknik ni saya dapat dari abg dan kakak ipar saya. Kesannya adalah saya tengok pada anak – anak dan kakak ipar. Anak anak nampak cerdik dan mudah belajar. Kakak ipar plak nampak macam bukan orang mengandung. Steady je.haha
Jadi apa salahnya saya kongsikan antara 5 makanan yang saya beli dan khasiatnya sekali.
1. Kurma Kurma mengandung glukosa yang sangat banyak dan baik untuk tubuh. Kandungan glukosa inilah yang memberikan tenaga pada tubuh. Kurma dapat meningkatkan dan menambah tenaga dalam tubuh terutama untuk ibu hamil untuk melakukan aktiviti harian.
2. Kismis Buah kismis dapat meningkatkan kesihatan mata kepada baby. Kismis juga kaya dengan kalsium yang boleh mendukung perkembangan tulang baby.
3. Buah Tin Untuk menghilangkan “Morning Sickness” pada si ibu, buah tin ini sangat membantu. Buah tin ini mengandungi vitamin B6 yang sangat tinggi.
4. Kacang Cerdik Apa yang saya tahu, kacang cerdik ni sangat penting untuk awal kehamilan . Kacang cerdik ini dapat membantu pembesaran janin yang sihat dan otak anak akan menjadi cergas dan cerdas. Sapa tak mau anak yang bijak kan! hehe
5. Buat Aprikot Aprikot adalah buah yang sedap dan mengandungi vitamin A, C, E, Kalsium ,Zat Besi dan Kalium.Aprikot adalah sumber makanan yang kaya dengan zat besi, yaitu zat yang sangat penting untuk mencegah anemia. Tapi jangan terlalu banyak Cukup 2- 4 biji sehari dan seminggu 3 kali sahaja.
Tapi, boleh juga kalau nak tambah makanan lain seperti susu kambing, buah delima,madu lebah dan safron. Tapi, susu kambing tak sesuai sangat kalau minum awal kehamilan. Sebab susu kambing ni panas. Orang tua cakap boleh penyebab kepada keguguran
Pastikan wife anda elak dari minum air tebu, air kelapa dan air berkarbonat. Masa first wife saya pregnant, saya ada beli KFC sekali air mirinda strawberi. Malam ni minum esok jalan terus (gugur)
Tapi, kalau air kelapa ni untuk awal kehamilan setengah orang ok je minum. Ada yang yang boleh minum ada yang tak boleh minum. Saya ada tiga orang kakak ipar. Yang sulong minum air kelapa hari – hari ok je. Kakak ipar no 3 minum hari ni, esok tu clear jugak. Jalan terus(gugur)
Jadi, setakat ni jelah pengalaman yang saya dapat kongsi. Saja kongsi sebab ada kawan – kawan saya, wife diorang ada yang baru mengandung tanya makanan apa yang sesuai dan apa yang perlu dielakan. So saya cadangkan 5 makanan ini . Ini adalah perkongsian pengalaman wife saya dan kakak – kakak ipar saya.
Kan lagi best dan bagus. Kita gantikan snack dengan 5 makanan ni.
Pasangan suami isteri yang juga pelakon dan penyanyi, Harris Alif, 23, dan isterinya, Intan Ladyana, 38, sepakat membuat keputusan untuk tidak mendedahkan jantina bayinya yang kini memasuki usia 7 bulan.
Menurut Harris, pihaknya bukanlah mahu berahsia namun mengaku mahu memberi kejutan buat semua terutama keluarga masing-masing yang juga sedang teruja untuk mengetahui perkara tersebut.
“Nak kongsikan apa yang tentang hal kehamilan. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Buat masa ini, ya, Intan sedang sarat mengandung. Tetapi tentang hal jantina, kami sepakat tak nak beritahu lagi.
“Dengan keluarga pun kami belum kongsikan hal ini. Memang nak buat kejutan untuk semua,” katanya.
Selain itu, menurut Harris, dia dan Intan mengharapkan doa-doa yang baik daripada semua pihak berhubung kehamilan ini.
“InsyaAllah, Intan dijangka akan bersalin pada hujung Februari ini. Kami adalah juga beli barang untuk persiapan menyambut kedatangan anak pertama ini sikit-sikit.
“Kami pergi beli sama-sama. Tapi tidaklah terlalu lengkap barang-barangnya. Cuma, kami berdua ini mengharapkan doa-doa yang baik daripada semua pihak, agar urusan kehamilan dan bersalin nanti dipermudahkan, itu lebih penting,”katanya.
Dalam pada itu, Harris juga berterima kasih kepada peminat dan mana-mana pihak yang memberi perhatian dan mendoakan kesihatan mereka setelah sebelum ini dilaporkan terkena jangkitan wabak Covid-19.
Harris memaklumkan bahawa dirinya, isteri serta bayi dalam kandungan Intan berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah, Intan pun sudah dibenarkan pulang ke rumah. Kami semua berada dalam keadaan sihat. Intan pun tidak adalah lemah sangat, cuma adalah batuk-batuk.
“Selera makannya ada. Pendek kata, perlahan-lahan dia dan saya semakin membaik dan perlukan masa untuk berehat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan main-main dengan tekanan darah tinggi, rupanya ia boleh meningkatkan risiko anak yang dikandung menjadi obes apabila membesar!
Penemuan kajian ini mengejutkan di mana mengekalkan tekanan darah normal terutamanya semasa trimester kedua adalah sangat penting untuk memastikan anak tidak mengalami masalah berat badan.
KENAPA MENGAWAL TEKANAN DARAH SEMASA HAMIL AMAT MUSTAHAK?
Tekanan darah tinggi semasa hamil mendatangkan pelbagai risiko kesihatan kepada ibu dan bayi. Di samping kesan buruk yang diketahui umum, kajian juga mendapati ia boleh meningkatkan risiko obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
Obesiti dalam kalangan kanak-kanak telah menjadi krisis kesihatan global, dengan berjuta-juta kanak-kanak di bawah usia 5 tahun dikelaskan sebagai terlebih berat badan atau obes. Banyak faktor boleh meningkatkan risiko kanak-kanak menjadi terlebih berat badan, termasuklah faktor sewaktu dalam kandungan dan gaya hidup.
TEKANAN DARAH IBU MASA TRIMESTER KEDUA & KETIGA
Penemuan daripada kajian yang diterbitkan oleh Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism menunjukkan bahawa para ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi semasa kehamilan boleh meningkatkan risiko anak mereka mengalami obesiti.
Pengkaji menganalisis tahap tekanan darah dan berat 88,406 ibu dan anak-anak mereka yang mengambil bahagian dalam kajian. Tekanan darah para ibu diperiksa selama 3 trimester dan anak mereka ditimbang antara umur 4 dan 7 tahun.
Pengkaji mendapati bahawa kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi pada trimester kedua mempunyai risiko 49% lebih tinggi dalam mengalami masalah terlebih berat badan atau obes berbanding dengan kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang mengalami tekanan darah rendah, menurut kajian tersebut.
SAIZ BADAN IBU TIDAK MENJADI FAKTOR KEPADA OBESITI ANAK
Selain itu, kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi semasa trimester ketiga mempunyai risiko 14% lebih tinggi dalam mengalami masalah terlebih berat badan atau obes. Bahkan risiko masih wujud bagi kanak-kanak yang dilahirkan oleh para ibu yang tidak mempunyai tekanan darah tinggi, tetapi tekanan darahnya semasa kehamilan berada pada tahap tinggi (namun masih normal) daripada kebiasaan. Pengkaji juga mendapati bahawa saiz badan ibu bukanlah faktor penentu sama ada anak mereka mengalami obesiti atau tidak.
Penemuan ini menunjukkan bahawa mengekalkan tekanan darah normal terutamanya semasa trimester kedua adalah sangat penting untuk memastikan anak tidak mengalami masalah berat badan.
Kesemua wanita hamil harus dipantau dan mengelakkan sebarang peningkatan tekanan darah sewaktu pertengahan kehamilan hingga ke akhir. Ini boleh membantu mengurangkan kemungkinan anak-anak mereka terjejas dengan obesiti.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.