Pil perancang boleh digunakan untuk merawat PCOS , mengurangkan kejadian ovarian cyst, berguna dlm endometriosis, mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pelvis (PID) , mengurangkan risiko kandungan luar rahim, merawat jerawat teruk dan lain lain – non contraceptive benefits.

Apa jua ubat dan kaedah rawatan mesti ada baik dan buruknya. Makan paracetamol pun boleh ada kesan sampingan yang buruk. Doktor yang merawat yg bertanggungjawab membuat pertimbangan jika sesuatu ubat itu atau kaedah rawatan itu sebenarnya memberikan faedah atau memudaratkan pesakit ( benefit outweigh risk).

Doktor akan mencadangkan sesuatu rawatan jika beliau berpendapat kaedah atau rawatan memberikan kebaikan kepada pesakit atas penilaian klinikalnya BUKAN atas dasar mengaut keuntungan ataupun ada apa-apa conflict of interest.

Faedah Pil Perancang;

Konsep family planning mempunyai pelbagai kelebihan dan faedah, bukan sahaja dalam usaha menjarakkan kelahiran, pil perancang mempunyai pelbagai kelebihan lain seperti mengurangkan masalah haid seperti senggugut, haid yang tidak tetap, haid yang banyak dan juga haid yang tidak teratur.

Berdasarkan Kajian;

Memang terdapat kajian epidemiologi yang menunjukkan bahawa pengamal pil perancang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara dan kanser serviks. Walau bagaimanapun kajian ini adalah kajian “observational” yang tidak boleh digunakan sebagai bukti perubatan yang kukuh dalam merawat pesakit. Perlu diingatkan, pil perancang bukan penyebab kanser tetapi faktor sampingan sebenarnya yang meningkatkan risiko utk mendapat kanser serviks iaitu jangkitan HPV pada pangkal rahim yg berterusan.

Dikatakan pil perancang meningkatkan risiko mendapat kanser buah dada sebanyak 24%. Mengapa hal ini timbul? Risiko kanser payudara dikaitkan dengan penggunaan pil perancang jenis triphasic dan bukan daripada jenis pil yang digunakan oleh kebanyakan wanita pada zaman sekarang.

Peningkatan risiko kanser serviks lebih kurang 7% ,manakala kanser payudara pula lebih kurang 24%. Peningkatan sebegini ini sebenarnya adalah sangat rendah secara statistik dan TIDAK SIGNIFIKAN.

Untuk mereka yg ada masalah breast benign ( tidak berbahaya) seperti fibroadenoma atau sejarah keluarga yang ada breast cancer, anda BOLEH menggunakan Pil perancang tanpa was-was. Risiko anda untuk mendapat kanser payu dara TAK MENINGKAT dengan penggunaan pil perancang. Cuma, untuk mereka yang sedang mengalami kanser payu dara dan sejarah kanser payu dara ( diri sendiri yg kena kanser ) – TIDAK SESUAI menggunakan pil perancang.

kajian menunjukkan pengambilan pil perancang MENGURANGKAN RISIKO dapat 3 jenis kanser – KANSER RAHIM, KANSER OVARI DAN KANSER USUS BESAR.

Pengambilan pil perancang keluarga menurunkan risiko kanser Rahim sebanyak 30%, mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 30-50% dan mengurangkan risiko kanser usus besar sebanyak 15-20%. Faedah pengurangan risiko kanser ovari juga akan diperolehi oleh wanita-wanita yang ada mutasi gene BRCA 1 / 2 yg ada kena mengena dengan kanser yg diwarisi.

Faedah ini berterusan selama beberapa puluh tahun meskipun wanita itu berhenti mengambil pil perancang, atau tidak mengamalkanya lagi.

Ini bermaksud kelebihan pil perancang dalam menurunkan risiko kanser Rahim, ovari dan usus besar lebih BERMAKNA daripada keburukan pil perancang yg menyebabkan kanser payudara dan serviks.

Jangan lupa, kita ada ujian saringan untuk kanser payu dara dan kanser serviks – iaitu pemeriksaan sendiri payu dara dan pap smear sebagai ujian saringan awal,sedangkan takde ujian saringan yang berkesan untuk mengesan kanser ovari dan kanser rahim. Kanser ovari adalah di antara kanser wanita yang paling sukar dikesan pada peringkat awal dan jika dah dikesan, kanser itu sudah berada pada peringkat akhir, begitu jugalah dengan kanser usus besar.

Take note! Wanita yang ada dalam senarai dibawah ini TIDAK SESUAI dengan pil perancang kehamilan gabungan ( COCP ), sila Guna kaedah perancangan keluarga yang lain:

Ibu yang menyusukan bayi pada 6 bulan pertama

Wanita yang merokok & berusia 35 tahun ke atas

Ada migraine dengan aura

-BMI 35 dan ke atas

tekanan darah tinggi > 160/100

Ada penyakit jantung atau risiko mendapat penyakit jantung

Pernah ada masalah sejarah darah beku dalam saluran darah kaki atau saluran darah peparu iaitu venous thromboembolism (VTE)

Ada masalah pada hati (liver cirrhosis, liver failure, liver tumour)

strok

melalui pembedahan yg memakan masa yg lama menyebabkan pesakit tak bergerak-gerak

 sedang mengalami kanser payu dara atau ada sejarah kanser payu dara ( diri sendiri )

Perlu ditegaskan kat sini, setiap pesakit yg hendak dimulakan pil perancang perlu mendapatkan nasihat doktor yang bertauliah dan benar-benar memahami mengenai perancangan keluarga. Bukan hanya sekadar beli online atau dapatkan pil perancang di farmasi semata mata.

Wanita yang PERTAMA KALI mengamalkan pil perancang, perlu follow up setiap 3 bulan – untuk check tekanan darah, BMI dan menilai masalah masalah lain yang berbangkit. Setelah 3 bulan, wanita ini perlu follow up setiap tahun sekali

Pil perancang gabungan (COCP) BOLEH digunakan sehingga wanita itu berusia 50 tahun, dengan syarat wanita itu sihat. Selepas umur 50 tahun, kena guna cara lain. Satu lagi kalau guna pil perancang TAK PAYAH ada masa rehat 3-6 bulan untuk meneruskan utk makan pil.

Cerita ‘hantu’ yang mengatakan pil perancang dgn risiko kanser serviks dan kanser payudara TAK SEPATUTNYA dijadikan alasan untuk mengecam pengambilan pil perancang kerana perkaitan pil perancang dgn 2 kanser ini kerana perkaitan ini melibatkan pil perancang yg terdahulu dan TAK digunakan lagi pada masa sekarang.

Kelebihan Pil Perancang;

Kelebihan pil perancang dalam mengurangkan risiko mendapat kanser ovari, kanser rahim dan kanser usus sepatutnya diambil kira dan dipertimbangkan dalam menentukan baik buruk sesuatu ubat atau kaedah perancangan keluarga itu.

Mohon update ilmu, dan bertanya pada mereka yg lebih mahir dalam bidang perancangan keluarga sebelum membuat andaian yg bukan bukan.

HENTIKAN FITNAH ke atas pil perancang.

Doktor mana yang nak bagi pesakit dia kena kanser ?

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

Tinggalkan Komen