Jika anda rasa kulit bayi memerlukan penjagaan rapi, ada lagi yang perlu anda titikberatkan pada tubuh anak anda. Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi perempuan, salah satu penjagaan penting yang perlu anda ambil tahu adalah mengenai bahagian kemaluan mereka.
Alat kelamin bayi perempuan adalah sangat sensitif, jadi anda perlu berhati-hati semasa membersihkan bahagian ini. Ramai ibu bapa membersihkan bahagian lampin bayi perempuan dengan hanya menggunakan air dan pad kapas pada beberapa minggu terawal kelahiran bayi.
Anda boleh juga meletakkan sedikit cecair pembersih bayi yang lembut dalam air untuk membersihkan alat sulit si manja. Selain itu, anda juga boleh menggunakan tisu basah bayi yang bebas alkohol dan bebas pewangi untuk mencuci kemaluan bayi perempuan anda. Penggunaan cecair pembersih yang lembut yang dibuat khas untuk bayi dapat membantu melindungi penghadang kulit semula jadi si manja anda.
Sebelum menggunakan pembersih cecair ataupun tisu basah pada si manja, periksa dahulu sama ada produk tersebut cukup sensitif dengan cara meletakkannya sedikit pada kulit bayi. Jika anda menggunakan pembersih cecair, anda perlu memasukkan sedikit cecair tersebut di dalam air dahulu. Jangan terus menyapukannya pada tubuh bayi.
Cara membersihkan kemaluan bayi perempuan
Semasa menukar lampin, bersihkan dahulu bahagian lampin daripada najis. Semasa menukar lampin bayi perempuan, sentiasa lap alat kemaluan bayi anda dari hadapan ke belakang, jauh dari vagina dan uretra (tempat dia mengeluarkan air kencing). Dengan cara mengelap dari depan ke belakang juga dapat membantu untuk mengelakkan bakteria berpindah dari bahagian punggung ke vagina atau uretranya, dan menyebabkan jangkitan.
Jika bahagian lampin si manja sangat kotor dengan najisnya melekat pada bibir faraj (labia), lakukan cara ini:
Sumber: Hello Doktor