Berapa ramai ibu-ibu berpantang sekarang yang masih ikut pantang larang orang dulu-dulu?
Mengikut doktor perubatan, tiada salahnya kalau ibu lepas bersalin tidak ikut cara berpantang orang dulu-dulu.
Biasanya ibu lepas bersalin akan mengikut petua dan pantang larang yang menjadi amalan sejak zaman nenek moyang lagi.
Pernahkah kita terfikir apa relevannya setiap pantang tersebut dengan zaman sekarang?
Tetapi bila baca penjelasan oleh Dr Rusyainie Ramli berkenaan dengan pantang larang orang dulu-dulu, tak salah untuk kita pertimbangkan terlebih dahulu sebelum mengikut segala pantang tanpa usul periksa.
Apa yang penting semasa proses berpantang, ibu lepas bersalin hendaklah makan makanan berkhasiat, minum air 2 hingga 3 liter sehari dan buat sedikit pergerakan mengikut kemampuan masing-masing.
ORANG DULU-DULU KATA
1. Minum air banyak nanti urat kembang masa pantang lepas bersalin.
Kenyataan: Zaman dulu, nak jerang air bukan senang. Nak kena ambil air kat perigi. Lepas tu kena dapatkan kayu dan hidupkan api. Arwah nenek saya pernah mengajar saya jerang air dalam periuk besar, dan bagaimana nak mengelakkan air yang dimasak tidak berbau asap api.
Air yang berbau asap api, rasanya payau. Bayangkan kalau minum air banyak, tak ke kena jerang air. Susah tahu nak menjaganya. Jadi paling senang, orang dulu cakap, jangan minum air banyak.
Kes naya air kena catu macam orang yang fungsi buah pinggangnya gagal. Untuk menghasilkan susu yang banyak, ibu perlu minum air yang mencukupi dalam 2 – 3 liter. Susu badan punya komponen air yang tinggi. Urat? Saya cerita dalam pos lain.
2. Makan ikan atau ayam atau telur nanti gatal tempat luka, tak kiralah sebab pembedahan atau cedera.
Ads
Kenyataan: Zaman dulu, mana ada orang jual ayam dan telur kat pasar macam sekarang. Ayam bela sendiri. Nak ikan kena pergi menjala kat laut atau mengail kat sungai. Ingat senang-senang boleh beli kat kedai. Ayam tu makanan mewah zaman dulu-dulu.
Kalau makan ayam hari-hari, habislah ayam sereban. Bukan boleh sejukbekukan ayam macam sekarang. Jadi, keluarlah petua makan ayam dan telur nanti gatal. Bukan semua kampung dekat dengan laut, nak cari ikan mak ai bukan perkara mudah. Daging lagilah.
Masa hari raya atau kenduri kendara baru dapat rasa. Ikan, ayam, daging dan telur mengandungi protein yang tinggi yang amat diperlukan untuk pembaikan tisu-tisu badan.
Lainlah kalau memang ada alahan makanan tertentu. Atau ada orang memang sistem penghadaman dia tak sesuai dengan sesetengah makanan. Yang tu elak la. Anak saya alahan cili takkan saya nak bagi dia makan makanan pedas. Memang sengaja la kan cari pasal.
3. Minum ais nanti badan sakit, cepat tua dan perut buncit.
Kenyataan: Zaman dulu, yang mengusahakan ais selalu pakcik Cina yang ada peti sejukbeku yang besar. Saya masih ingat bekas loyang yang besar yang arwah nenek saya gunakan untuk membuat ais. Masa saya kecil dahulu, arwah nenek saya ada peti ais besar. Dia menjual ais yang dikeluarkan dari bekas dan dipotong menggunakan gergaji kecil.
Ads
Ada anak-anak kampung datang membeli ais. Kalau bulan Ramadhan, makin laku la ais nya. Harga ais mahal, lebih mahal dari kuih-muih. Jadi, orang dulu-dulu tak bagilah kita minum ais konon-konon macam-macam la alasan.
Untuk wanita kalau kita naik berat badan, lemak memang akan terkumpul kat abdomen, paha, lengan. Tak ada kaitan langsung lapisan lemak tu dengan ais. Sebenarnya tiada kajian saintifik pun yang membuktikan mitos itu benar. Tak nak buncit, pergi buat senaman, bukan dengan sapu produk bani calit.
4. Mandi malam nanti kena paru-paru berair.
Kenyataan: Zaman dulu, tandas dan bilik mandi dibina di luar rumah. Bayangkan dengan tiada bekalan elektrik, jalan nak ke luar rumah itu kan gelap. Dah gelap, memang kalau ada binatang merayap ke, memang selamatlah kena.
Silap haribulan, salah langkah, terus ke dalam perigi jatuhnya. Sebab itulah orang dulu-dulu buat petua ini, nak mengelakkan kita keluar ke bilik mandi malam-malam. Zaman sekarang pusing pili air terus keluar la air.
Tak payah susah-susah nak ke luar rumah. Siap ada pemanas air lagi yang boleh digunakan dengan memetik suis. Tidak mungkin kita boleh mendapat jangkitan kuman pada paru-paru (penumonia atau paru-paru berair) dengan mandi malam.
Ads
Macam mana air nak masuk paru-paru kalau fikir logik sebab bita telan air pun masuk kot esofagus, sedangkan trakea kita sebelah saja dengan esofagus. Kita ada refleks dari saraf kranial yang halang air masuk trakea. Sebenarnya, mandidengan air suam sebelum tidur merupakan salah satu cara yang dicadangkan untuk mendapatkan tidur yang lena.
5. Jangan sapu rumah malam hari nanti tolak rezeki.
Kenyataan:
Rezeki itu kurniaan Allah SWT pada kita, yang bergantung pada usaha kita selagi daya sebagai manusia. Orang dulu-dulu cakap macam ni, sebab malam-malam mana ada lampu terang benderang macam kita sekarang.
Dulu pakai lampu minyak tanah. Kalau malam-malam kita sapu rumah, memang tak nampak la habuk dan kotoran yang kita nak sapu tu. Bukan sebab sapu rumah belah malam tentukan rezeki kita. Orang yang kerja macam saya, malam-malam lah saya ambil peluang nak vakum dan mop rumah. Siang kan saya pergi kerja.
6. Kalau lepas bersalin, jangan tersadung ibu jari kaki. Nanti bentan.
Kenyataan: Bentan saya dah cerita panjang lebar dalam topik sebelum ini. Tapi siapa yang pernah tersepak atau tersadung jari kaki, tak kiralah jari kaki mana, sakit sangat ok. Saya pernah tersepak katil bilik tetamu kat rumah saya, sampai patah tulang jari ke-4 kaki kiri.
Saya tak dalam pantang pun tu. Saya yang terlebih cemerkap sampai jadi begitu. Orang dulu-dulu cakap begitu sebab dia nak kita ni berhati-hati la. Orang yang lepas bersalin, dah lah tak sihat sempurna lagi, tambah lagi pasal sakit jari kaki tersadung, tak ke kes naya.
Banyak lagi pantang yang tidak masuk akal yang diamalkan oleh orang-orang kita.
Zaman dah moden. Sains dah maju. Cara hidup juga dah berubah. Lantas, petua-petua yang tidak sahih ini boleh dielakkan kerana sains membuktikan sebaliknya.
Sakit yang tak tertanggung. Satu-satunya ayat yang boleh digambarkan ketika menanti detik bersalin. Pun begitu ia bukan alasan untuk bakal ibu tidak mengerjakan solat lima waktu.
Perkongsian saudari Yasmine Hanani Muhammad Sufyan menerusi Facebooknya ini benar. Ramai wanita yang rupanya meninggalkan solat, lebih-lebih lagi ketika bakal berdepan kesakitan melahirkan anak.
Ramai perempuan tak solat?
Dulu saya macam tak percaya ramai perempuan tak solat, tapi bila macam-macam isu melibatkan perempuan baru saya tahu masalah ini bukan kecil.
Pakai tudung dan tak solat, juga tak pelik. Tudung tu uruf sahaja.
Dalam satu kajian oleh sekumpulan penyelidik di hospital, mendapati ramai wanita mengandung yang ditahan di wad tidak solat.
Lantas saya teringat pengalaman saya sendiri di wad setiap kali bersalin. Bila tiba waktu solat, memang tak ramai ibu hamil yang solat.
Biasanya cuma saya dan cleaner. Wanita hamil masih wajib solat sehinggalah melahirkan anak melainkan anda tidak sedar atau pengsan.
Sedih sebenarnya pada saat akhir kehamilan, waktu kita paling memerlukan Tuhan pun, kita tidak ingat Tuhan, bagaimanakan pada waktu lain?
Gambar: Surau sebuah mall di Cairo, seorang makcik cleaner sedang membaca Quran.
Masalah sukar menurunkan berat badan lepas bersalin merupakan masalah biasa yang dialami oleh para ibu.
Walaupun jenuh mengamalkan pelbagai tip menurunkan berat badan lepas bersalin, anda tertekan kerana tidak nampak sebarang perubahan.
Tahukah anda, hal Ini berlaku di atas beberapa faktor yang dilakukan oleh anda sendiri secara sedar ataupun tidak. Jom amatinya.
Kekurangan tidur
Kebanyakan ibu mengalami masalah sukar untuk tidur disebabkan masih dalam fasa menyediakan diri kehadiran bayi.
Kajian menunjukkan apabila tidur terganggu, paras kortisol meningkat, lalu menyebabkan metabolisme tubuh tidak mampu membakar kalori dengan berkesan.
Terlupa makan
Bijak menguruskan banyak kerja dalam satu-satu masa kadang-kala tidak baik. Ia boleh menjadi punca anda kurang tumpuan terhadap perkara penting yang patut anda lakukan.
Contohnya memberi tumpuan kepada makanan yang dimakan. Lebih teruk lagi, kadang-kadang anda lupa makan.
Apabila lupa makan, anda cenderung mengambil kudapan yang kurang berkhasiat dan mengandungi kalori yang tinggi.
Makan tengah malam
Selepas penat menguruskan rumah tangga, anda mungkin mahu meluangkan masa dengan menonton TV setelah bayi tidur.
Jika program yang disiarkan menarik, mungkin anda terbabas sehingga larut malam. Dalam masa yang sama, anda jadi lapar apabila tidur lambat dan akhirnya makan tengah malam.
Tidak salah anda mengisi perut pada waktu ini. Cuba pilih makanan berkhasiat seperti salad sayur, buah-buahan atau yogurt jika mahu makan.
Terlepas sarapan
Sarapan memberi tenaga supaya anda mampu bergerak aktif sepanjang hari. Sebab itu ia penting dan jangan sesekali tinggalkannya.
Walau sesibuk mana pun, ambil sarapan! Semangkuk oat bersama buah-buahan kering atau sandwich telur pun susah mencukupi.
Makan sambil berdiri
Menurut kajian, tabiat makan dalam keadaan berdiri boleh menjadi punca anda makan berlebihan tanpa disedari.
Tahu anda sibuk. Namun elakkan daripada terlalu kerap makan dalam keadaan sebegini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sayunya melihat seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anak-anaknya demi sebuah perjuangan yang lebih besar. Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor, memaklumkan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos bakal melahirkan anak kembar mereka pada pukul 9 pagi ini melalui kaedah pembedahan.
Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi sebuah video yang cukup menyentuh hati semua namun turut berkongsi kegembiraan.
Video berdurasi tidak sampai satu minit itu memperlihatkan Dr Halina yang terpaksa meninggalkan empat anak-anak di rumah untuk dimasukkan ke wad pagi ini demi melahirkan sepasang lagi bayi kembar mereka.
Sayunya melihat kasih seorang ibu dan anak-anak yang tidak mahu berpisah dengan ibu mereka. Namun inilah pengorbanan. Tidak ketinggalan juga perkongsian dari keempat-empatnya anaknya yang teruja menanti kehadiran adik baru.
Walaupun sedih meninggalkan anak-anak dan berdebar untuk menjalani pembedahan, namun Dr Halina masih lagi melemparkan senyuman cukup manis. Semoga proses kelahiran pasangan kembar kedua pasangan ini dipermudahkan.
“Sedihnya saya lihat saat Dr Halina nak meninggalkan 4 anak-anak untuk dimasukkan ke hospital pagi ini.
“Anak-anak cukup manja, tak nak berpisah Mommy mereka. Hanya untuk beberapa hari Bella, Tasha, Adam dan Noah.
“InsyaAllah mommy dan daddy akan bawa balik dua adik-beradik kecil untuk kamu hargai dan sayangi,” kongsinya di instagram.
Dalam pada itu Dr Sheikh Muszaphar turut meluahkan rasa syukurnya kerana diberikan empat orang anak yang selama ini menjadi pendamping bahagianya bersama isterinya Dr Halina.
Bapa penyayang itu turut menitipkan pesanan ringkas buat keempat-empat anaknya.
“Kami sangat-sangat bersyukur dengan kehadiran anak-anak yang cantik dengan jiwa yang indah serta penyayang” kongsinya lagi.
Terdahulu, menerusi sebuah lagi video berasingan, Dr Sheikh Muszaphar memaklumkan beliau dan isterinya memilih untuk menyambut kelahiran bayi kembar kedua mereka pada hari ini, 20 November 2020.
Dr Halina juga dijadualkan menjalani pembedahan pukul 9 pagi ini selepas mengalami masalah pre-eclampsia dan dinasihatkan untuk bersalin lebih awal. Walaupun dinasihatkan untuk bersalin pada minggu ke 34 kandungan, namun segalanya dipermudahkan dan mampu bertahan hingga ke 35 minggu.
“Dr Halina akan dimasukkan ke hospital untuk C-Section pada pukul 9 pagi. Ini yang terbaik untuk ibu dam bayi. Kami dinasihatkan untuk melahirkan bayi tersebut pada minggu lalu tapi berjaya bertahan sehingga 35 minggu.
“Dalam kes pre-eclampsia, satu-satunya rawatan yang ada adalah melahirkan bayi itu. Ia berisiko untuk menunggu lebih lama.
“Kami memilih hari Jumaat 20.11.20 dengan harapan ia akan menjadi baraqah untuk semua. Semoga Allah permudahkan segalanya,” tulisnya lagi.
Dr Sheikh Muszaphar turut memohon orang ramai untuk mendoakan keadaan isteri dan anak kembarnya sentiasa terpelihara. Semoga pembedahan berjalan lancar dan dipermudahkan kelahiran bayi kembar.
Dalam pada itu, pengikut Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina dilihat turut memberikan sokongan dan semangat untuk kedua-duanya.
Terdahulu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Datin Dr Halina Mohd Yunos mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan bahagia ini, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.