Kita selalu terlupa malah tidak percaya bila melebihkan isteri dan anak dalam segala hal. Hakikatnya merekalah pembawa rezeki yang terbaik untuk kita.
Perkongsian seorang suami, Raja Mursyid mengukuhkan kenyataan bahawa rezeki melimpah ruah bila melebihkan keluarga, terutama anak isteri.
Aku tak pernah percaya selama ni ayat konon nya, “Happy kan isteri, insyaAllah rezeki datang berlipat ganda”. Bagi aku semua tu merepek.
Kau dah spend, kena lah kerja keras balik. Apa yang rezeki berlipatnya? Sampai lah kejadian semalam, buka mata aku.
Wife aku dah berbulan dia nak beli kasut baru. Katanya penat kerja F&B asyik berdiri. Aku diam kan aje, sebab kasut yang sedap tu mahal. Lagi lagi yang memory foam tu. Mahu 3, 4 ratus. Tiap bangun dari tidur je mengeluh sakit kaki. Kesian tengok.
Semalam, our first coffee pop out dekat rumah client selepas berbulan tak buat. Wife aku cuti, but dia still ikut aku untuk tolong. Jadi macam tak cuti lah dia. Berdiri lagi. Haih.
Ads
And aku kena lah bagi upah kan. So balik je event, kami singgah Mytown. And beli kasut. Ada sales !! Alhamdulillah (hati aku menjerit)
Jumpa memory foam tu ada dekat Bata, try punya try, sedap. Malang nya takda size. Keluar lah kami kecewa. Dia kecewa sebab takdapat kasut. Aku kecewa sebab tak mungkin ada kasut lebih murah lepas ni.
Singgah pulak alikhsan. Alhamdulillah ada sales. Tapi harga nya tetap ratusan. Aku dah mula sayu. Tapi aku biar je lah dia try. And ada size pulak!
Ads
Takpa lah. Aku fikir kan ada sikit untung tadi pop out coffee tu. Boleh lah top up dari budget sebenar aku. Gembira lah dia keluar kedai.
Dalam hati aku, takpa lah. Bukan selalu. Untuk isteri sendiri. Biar lah dia happy. Selesai urusan, otw je pulang ke rumah. Notification ws masuk. “Nak rate untuk coffee pop out boleh?”
Aku cam, terus balas! Rezeki. (Tapi aku tak sedar apa apa lagi). Malam pun berlalu, Tiba tiba hari ni 3 notification aku dapat. 2 ws, 1ig.
Tanya pasal coffee pop out. Terus aku macam. Ya Allah, ni ke apa orang cakap. Happy kan isteri, rezeki diluaskan. So total dari semalam 4 orang tanya. 2 closed sales, 2 lagi masih kiv. Terdiam kejap aku tadi. Jadi apa yang orang tua tua cakap. Ada betul nya. Happy wife, happy family.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Kredit Raja Mursyid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nahas helikopter terhempas: “mommy, mommy pergi mana” anak mendiang Joanna tercari-cari ibunya. Gelagat Allesia Felice Haslie ketika upacara pengebumian ibunya Laskar Kanan (LK), JJM, Joanna Felicia Rohna di Kampung Engkaroh, membuatkan orang ramai sebak.
Ia apabila anak sulung mendiang itu yang masih berusia empat tahun berulang kali memanggil ‘mommy’ sambil berjalan berdekatan keranda ketika upacara doa sebelum pengebumian.
Jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia dikebumikan di Kampung Engkeroh Tebakang hari ini. Foto Bernama
Malah ketika keranda ibunya diusung oleh sepasukan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kanak-kanak itu kedengaran bertanyakan ‘mommy ira gapih’ (mama hendak pergi mana) sehingga membuatkan orang ramai yang hadir termasuk Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem menitiskan air mata.
Allesia turut berulang kali melambai ke arah keranda ketika anggota TLDM memasukkannya ke dalam van jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Kristian Kampung Engkaroh.
Selain Allesia, mendiang Joanna meninggalkan seorang lagi anak, Hovannes Haslie yang berusia setahun dan suaminya, Bintara Muda TMK Haslie Ali, 33.
Allesia Felice Haslie (sebelah kiri) bersama-sama bapanya ketika upacara pengebumian mendiang Laskar Kanan Joanna Felicia Rohna di Kampung Engkaroh, Serian pagi tadi. Foto: Bernama
Sementara, urusan pengebumian mendiang selesai kira-kira pukul 11.33 pagi tadi dengan turut dibantu seramai 17 Pegawai dan 61 anggota lain-lain pangkat beserta 11 kenderaan tentera dan peralatan tentera.
Penyerahan bendera kepada keluarga mendiang dilaksanakan oleh wakil TLDM iaitu Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin Jeyasekhar Joseph.
Jasad mendiang Joanna, 25, yang diterbangkan dari Ipoh dengan pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tiba di Pangkalan Udara Kuching pada pukul 11.54 malam tadi.
Anak sulung Joanna, Allesia Felice Haslie, masih ‘tercari-cari’ ibunya. Foto Bernama
Sejurus tiba, jasad mendiang yang berasal dari Kampung Sumpas Tampek, Serian dibawa ke rumah keluarga suaminya di Kampung Engkaroh.
Joanna antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 9.32 pagi Selasa semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang TLDM ke-90.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesungguhnya rezeki itu milik Allah SWT. Kita sebagai manusia boleh berusaha, berdoa dan tawakal agar dipermudahkan rezeki. Sokongan isteri sangat penting bagi memberi semangat buat si suami untuk mencari rezeki untuk keluarga. Jika tidak dapat bantu banyak, sekurang-kurangnya bersolatlah. Jika seorang isteri dengan ikhlas mendirikan solat dhuha dan mendoakan bagi suaminya diluaskan pintu rezeki, sebenarnya amalan ini sangat membantu.
Lihatlah sendiri, ketika sebelum mendirikan solat dhuha, rezeki suami mencukupi, tetapi tidak lebih. Sekadar yang ada. Ada masanya mungkin berkurangan pula. Tetapi apabila seorang isteri itu mendoakan suaminya ketika dalam solat dhuha, datang pula rezeki lain tanpa diduga. Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit tetapi lebih daripada itu. Jika dilihat kebaikan mendirikan solat dhuha, ia rupanya sama seperti memberi 360 sedekah.
“Setiap pagi, setiap anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.” (HR. Muslim).
Betapa besarnya kebaikan mendirikan solat dhuha. Selain hadis itu, terdapat juga hadis yang menunjukkan janji Allah SWT untuk menambah rezeki seseorang itu jika dia mendirikan solat dhuha.
Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.” (HR. Ahmad)
Bukan susah, hanya dengan mendirikan solat dhuha dan mengadu semua hal kepada-Nya, anda dapat membantu suami. Pengorbanan ini tidak perlu dihebah-hebah, cukup sekadar Allah SWT menilai dan menganugerahkan kesenangan kepada anda sekeluarga. Jika tidak sempat untuk solat dhuha hari ini, mula jadikan ia amalan harian mulai esok. Semoga kita semua dikurniakan rezeki dan kebaikan sentiasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesebuah perkahwinan itu haruslah dibina dengan rasa kasih sayang terhadap pasangan kita. Melayari kehidupan bersama dalam susah dan senang. Isteri seharusnya disayangi dan dilindungi, bukan tempat untuk melepas amarah si suami.
Wanita ini berkongsi cerita tentang arwah kakaknya yang didera oleh suami sepanjang perkahwinan mereka. Sehingga ke hujung nyawa, arwah kakaknya tetap mahu melindungi aib si suami.
Hai semua. Nama saya Rina. Saya belum berkahwin, masih bujang pada usia 29 tahun. Saya sebenarnya ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang kawan lelaki. Nampak dia serius untuk membawa perhubungan kami ke langkah seterusnya tapi saya yang tidak bersedia.
Jarang kan kalau perempuan yang tak ready dan mengelak bila ajak kahwin? Tapi itulah yang berlaku dalam hubungan kami. Saya tahu, kadang-kadang Saiful (bukan nama sebenar) bosan dengan saya. Dia bersungguh-sungguh dengan komitmen ni tapi saya? Kadang-kadang rasa nak minta putus, tapi saya sayangkan dia.
Ada sebab mengapa jadi macam ni. Saya takut, jadi trauma bila sentuh bab rumah tangga ni. Saya dah tengok sendiri macam mana arwah kakak saya, Nina (bukan nama sebenar), teruk ‘dikerjakan’ suaminya dulu. Abang ipar saya memang kejam! Dulu, setiap hari arwah Nina didera oleh Abang Jaafar. Bukan setakat pukul tapi dia hina dengan kata-kata.
Nina ni orangnya baik sangat, sebaik-baik manusia. Dalam keluarga kami, dialah yang paling lembut, penyabar dan suka bercerita yang baik tentang orang lain. Jarang sangat nak dengar dia bercakap buruk pasal orang. Sebab tu, kami sekeluarga sayang sangat dengan Nina. Nina ni tak jauh beza umurnya dengan saya, cuma setahun.
Disebabkan perangai dia yang baik macam tu, maruahnya dipijak-pijak Abang Jaafar. Setiap hari, pantang ada salah sikit dipukulnya Nina. Bukan sikit-sikit, sampai berbirat dan lebam pada badan Nina. Dia punya pukul, macam Nina tu punching bag. Tak ada fikir dua kali.
Disebabkan saya dan Nina ni rapat, saya rajin juga ke rumah dia. Saja-saja lepak di sana. Kebetulan Abang Jaafar ni dia pemandu lori jadi jarang ada kat rumah. Ada satu hari tu, saya pergi rumah dorang macam biasa. Dari luar, saya dengar suara Abang Jaafar terpekik-pekik marahkan Nina. Saya apa lagi, terus meluru masuk. Terkejut Abang Jaafar waktu tu, terus dia blah.
Saya tanyakan pada Nina, kenapa dia kena marah. Bibir dia luka. Tapi Nina cuma beritahu yang dia ada buat salah, lepas tu Abang Jaafar tertolak dia. Jadi luka dekat bibir dia tu sebab tergigit sendiri. Come on, saya bukan budak kecil. Saya tahu, dia kena tampar dengan Abang Jaafar. Dia buat Nina macam punching bag!
Waktu perkahwinan Nina ni, dia tak ada anak. Tapi, pernah dia ceritakan sebenarnya dah dua kali dia mengandung. Cuma tak ada rezeki kandungan tu gugur. Macam mana boleh gugur, saya tanyakan pada dia. “Aku jatuh Rina, entah kenapa cuai sangat. Sekali jatuh dalam toilet, yang sekali tu kat tangga.” Saya tahu, dia menipu.
Macam mana saya tahu Abang Jaafar ni kaki dera? Sebab saya pernah nampak sendiri, dengan mata saya ni! Waktu tu saya lepak rumah Nina macam biasa. Sebab kebetulan Abang Jaafar nak kena ke Kedah buat penghantaran. Jadi saya plan nak temankan Nina. Waktu nak ke toilet, saya dengar Nina kena marah dengan suami dia. Lepas tu ada dengar macam bunyi barang jatuh.
Saya tahu salah untuk menerpa masuk, tapi naluri saya sebagai adik, saya rasa penting untuk selamatkan kakak saya. Saya terus masuk dalam bilik. Apa yang saya nampak, serius saya tak pernah imagine akan berlaku pada kakak kesayangan saya. Waktu tu, Abang Jaafar tengah cekik Nina. Sampai terangkat badan Nina, bayangkan betapa kuatnya dia kena cekik tu!
Tindakan saya waktu tu, saya terus tolak Abang Jaafar ke tepi. Saya tarik tarik tangan dia untuk lepaskan Nina. Tapi kudrat lelaki cukup kuat, saya gagal lepaskan Nina. Depan mata, saya dengar Abang Jaafar maki si Nina. “Kau celaka, perempuan sial. Berkahwin dengan kau tak pernah menyenangkan. Bawak sial tak habis-habis. Perempuan tak guna!.” Itu ayat Abang Jaafar sebelum dia pijak perut dan hantuk kepala Nina di lantai.
Lepas tu dia lari keluar. Saya punyalah takut waktu tu, tapi saya kuatkan semangat. Saya minta jiran sebelah rumah Nina waktu tu untuk tolong angkatkan Nina. Terima kasih Kak Siti dan Abang Hamdan. Doranglah yang bantu aku untuk bawa Nina ke hospital. Aku dah menggigil teruk, nak drive kereta pun tak mampu.
Sampai di hospital, Nina dikejarkan ke wad kecemasan. Lebih kurang sejam macam tu, doktor keluar dan maklumkan yang Nina dan meninggal dunia. Ya Allah, remuknya hati saya waktu tu. Saya terpaksa maklumkan pada ibu ayah dan adik-beradik yang lain tentang Nina.
Disebabkan jarak usia kami yang dekat, memang saya dan Nina macam kembar. Kami rapat. Jadi sebenarnya hal dia kena pukul dengan Abang Jaafar, semuanya saya dah tahu. Bila saya ajak dia buat report, dia tak mahu. Dia kata buruk macam mana pun, Abang Jaafar tetap suami dia.
Itulah sebabnya saya suka melepak di rumah Nina. Saya harapkan dengan cara tu, saya dapat bantu dia untuk tidak didera. Tapi kadang-kadang, perkara biasa kalau Nina dimaki dengan perkataan kesat depan saya. Punyalah hati kering Abang Jaafar tu. Sebab itu saya tahu selama Nina jadi isteri, dia banyak terseksa. Jarang balik kampung, sebab banyak kesan dera pada muka dan badan dia. Nina tak mahu ibu ayah tahu dia didera.
Bila dah macam ni, saya tak ragu-ragu untuk buat report. Terus saya bawa kes ni ke muka pengadilan, agar kematian Nina terbela. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Soal Abang Jaafar, rasanya kalian pun boleh agak apa jadi pada dia kan? Malas saya nak cerita lebih-lebih.
Ini bukan cerita filem, bukan rekaan. Ada sebenarnya isteri-isteri di luar sana yang ‘dibuli’ suami mereka sendiri. Padahal isteri sepatutnya dibelai manja dan disayangi, tapi diperlakukan sebegitu kejam. Sebab itulah, sampai sekarang kisah Nina ni effect kepercayaan saya terhadap Saiful, saya takut bila dah kahwin dia akan jadi macam Abang Jaafar.
Tolonglah, saya mohon agar kalian doakan kebahagiaan saya. Sedekahkan juga Al-Fatihah pada arwah Nina sekiranya kalian membaca coretan saya ini. Terima kasih kerana sudi luangkan masa. Saya hargai sokongan kalian semua. Terima kasih.
Sekiranya ada ingin berkongsi sebarang cerita atau pengakuan menarik, sila klik KONGSI CERITA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pendidikan anak bukan hanya soal memberi arahan, tetapi juga tentang bagaimana kita sebagai ibu bapa membina hubungan yang erat dan penuh kasih sayang dengan...