Kehamilan

Betullah Orang Kata ‘Berjangkit’. BFF Sama-Sama Mengandung, Baby Keluar April & Jun

Share

Pernah tak terlintas di fikiran anda untuk mengandung sekali dengan kawan baik? Kebanyakan kita mungkin berfikir semua itu kebetulan je, namun mengikut kajian sebenarnya aura kehamilan ini boleh ‘berjangkit’.

SEJAUH MANA AURA KEHAMILAN BOLEH BERJANGKIT

Menurut satu kajian penyelidikan dari sebuah jurnal pada tahun 2014 menerusi American Sociological Association, seseorang yang mengandung ataupun mempunyai aura kehamilan juga boleh mempengaruhi kawan-kawan terdekat untuk sama-sama hamil.

Satu lagi dari hasil penyelidikan dan juga mendapati jika seseorang itu mengandung, ia akan membuat lebih ramai lagi rakan yang lain.

Bagaimanapun, kajian ini turut menegaskan bahawa aura kehamilan ini bukan sahaja berjangkit atau merebak melalui psikologi dan juga bulan dengan cara biologi.

Kehamilan yang mempengaruhi kawan-kawan yang terdekat dengan kita akan mendapat keinginan yang sama iaitu untuk memiliki cahaya mata sendiri. Walau pada masa yang sama mereka langsung tidak merancang untuk ada anak pada masa yang terdekat.

Beza dua bulan

Sama juga situasi yang dilalui oleh Puan Natrah apabila dia tak sangka sama sekali fasa kehamilan kali ini bersama dengan kawan baik sendiri. Bila diingat kembali rasa lucu pula tapi dah rezeki kami. Sebelum ini pernah juga terbaca, bila BFF mengandung aura tu boleh berjangkit, rupanya memang betul!

Menurut Natrah, ini adalah kehamilan yang ketiga baginya manakala untuk BFF yang mesra dipanggil Ila adalah kandungan kedua. Sebenarnya kami dah berkawan lama sejak zaman sekolah lagi sehinggalah masing-masing dah ada keluarga sendiri.

“Apa saja cerita kami selalu juga berkongsi dan saling bertukar pendapat. Jadi keluarga kami pun dah saling mengenali. Kebetulan bila tinggal berdekatan, senang untuk kami berhubung dan berjumpa.

“Masa dapat tahu yang Ila mengandung, tak tahu nak gambarkan kegembiraan itu. Kami sama-sama lalui fasa alahan dan mengidam sama-sama. Lucu memang lucu tapi alhamdulillah bila dah masuk trimester terakhir ni sama-sama buat persediaan untuk sambut orang baru,” katanya.

Akan dapat baby girl dan boy

Kongsi Natrah lagi, untuk anak ketiganya ini, selepas scan beberapa kali, insyaallah akan dapat bayi perempuan selepas dah ada dua anak lelaki sebelum ini. Sementara itu, untuk Ila pula, dia akan melahirkan bayi lelaki. Jadi bila keluar nanti, dapatlah seorang lelaki dan seorang perempuan.

“Saya tak sangka pula, gambar photoshoot kami sebelum masing-masing nak bersalin viral. Ni semua kenangan kerana saya akan bersalin 5 April depan manakala Ila pula dijangka bersalin Jun nanti.

“Doakan urusan bersalin kami nanti dipermudahkan dan selamat untuk ibu dan bayi nanti. Rasa gementar tetap ada walaupun dah ada pengalaman sebelum ini,” ujarnya.

Harapan Natrah juga, hubungan dengan Ila sebagai kawan baik akan diteruskan oleh anak-anak mereka. Sepanjang lebih 13 tahun berkawan, kami saling menghormati, tak ambil kesempatan dan masing-masing jujur.

Kredit: Che Ras Ds

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy