Biar Anak Asah Pensel Selalu, Pengasah Manual Lagi Bagus, Baik Untuk Kekuatan Tangannya!

Share

Kita mula bising bila anak buat sepah ketika mengasah pensel. Jangan bising dan marah-marah kerana aktiviti sekecil ini amat baik untuk anak kita.

Menurut kata Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Aisyah Rozalli, aktiviti mengasah pensel terutama menggunakan pengasah manual melatih kekuatan tangan anak dan beberapa perkara lain. Ini mak ayah perlu tahu.


Pakai pengasah pensel elektronik yang bunyi “treeeeettttt” tu ke kat rumah?
Hehehe….

Sekali sekala, latih juga anak guna pengasah pensel manual tau. Kenapa?

Sebab sangat bagus untuk kekuatan otot tangan anak-anak. Bagus juga untuk latih eye-hand coordination dan bilateral integration anak.

Ni saya ada share infografik berkaitan kebaikan mengasah pensel secara manual. Apa?

Anak kata dia lenguh kalau asah pensel manual? Itulah tandanya otot tangan anak tak cukup kuat tau.

Kelebihan aktiviti mengasah pensel

 

1. Latihan fokus mata-tangan
Semasa anak mengasah pensel, anak akan belajar menggunakan koordinasi mata-tangan secara efisyen.

2. Latihan koordinasi bilateral
Koordinasi bilateral merujuk kepada tangan kanak dan kiri bergerak serentak. Kemahiran ini penting untuk anak boleh cekap menulis kelak.

3. Latihan kecekapan otot tangan
Semasa anak pusingkan pensel untuk mengasah, anak akan gunakan kekuatan otot tangan dan kawalan koordinasi otot menulis.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Menarik: Ada Anak Umur 1-2 Tahun, Nak Tahu On Track Ke Tak, Panduan Ini Sangat Membantu

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
SRM