Benarlah kata orang, ketika anak masih kecillah kita seharusnya memberikan lebih perhatian. Bila anak sudah semakin membesar, anak akan semakin menjauh kerana sudah punya caranya sendiri.
Bagi pelakon handalan, Ummi Nazeera, ketika dua anaknya masih kecil inilah dia mahu sentiasa melekat bersama anaknya. Malah langsung tidak kisah jika mereka jika terlebih manja.
Baginya inilah masa yang begitu berharga buat dirinya, iaitu ketika anak masih lagi kecil dan memberikan sepenuh perhatian kepada mereka.
Melalui Instagram, Ummi Nazeera turut berkongsi cara keibubapaannya yang diterapkan bersama dua anak perempuannya, Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia.
“Anak-anak bila masih kecil dia cari kita, clingy with us.
“Gaya keibubapaan saya sekarang ialah “biar je anak-anak melekat, manja dan ambil masa mereka sendiri untuk belajar”,” kongsi Ummi menerusi Instagramnya.
Bahkan kata Ummi lagi, dia bukanlah ibu yang mahu sentiasa memaksa perkembangan anaknya namun membiarkan keduanya sehingga mereka benar-benar bersedia.
“Saya akan galakkan tapi jika mereka tak bersedia, saya biarkan mereka & tunggu sampai mereka dah bersedia.
“Nak jadi kanak kanak sekejap saja, nak jadi dewasa lama masanya. May Allah guide us to be good parents. ameen,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, meninjau diruangan komen rata-rata rakan selebriti dan pengikut Ummi turut bersetuju dengan cara dan pendapat Ummi malah turut sama berkongsi beberapa tip keibubapaan lain dalam membesarkan anak.
Terdahulu, Ummi Nazeera mendirikan rumah tangga bersama Dr Izzar Anwari Abd Khani. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia.
Menarik: “Lara Lembut, Lila Lain Pulak” Dua Anak Perempuan Berbeza Karaktor, Scha & Awal Kongsi Cerita!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma