Merangsang perkembangan minda anak menjadi kewajipan ibu bapa. Namun bagaimana cara terbaik merangsang minda dan motor halus anak untuk menjadikan minda mereka lebih aktif dan bijak malah berkembangan dengan sihat.
Salah satu caranya adalah merangsang motor halus anak adalah dengan pelbagai aktiviti luar dan berbentuk fizikal. Tidak perlukan kos yang tinggi sebaliknya menggunakan apa yang ada di rumah atau sekeliling rumah kita.
Dr. Nurul Ain Zulkifeli, MD (UNIMAS) daripada Hospital Seri Manjung menyenaraikan yang terbaik buat ibu bapa sebagai panduan.
“Seorang ibu muda pernah datang berjumpa di klinik bertanyakan perihal anaknya yang tidak mahu makan sendiri walaupun sudah berumur 3 tahun. Anak itu perlu disuakan gajet terlebih dahulu dan disuap oleh ibu setiap kali tiba waktu makan.”
Kes ini dapat dikaitkan dengan satu kenyataan oleh Sally Payne, Head of Pediatric Occupational Therapist, National Health Services (NHS) berhubung dengan kajian yang telah dilakukan mengenai penggunaan gajet yang berlebihan mendatangkan kesan buruk ke atas perkembangan motor halus kanak-kanak pra-sekolah kerana, kanak-kanak lebih tertumpu kepada gajet sehingga kurang melakukan aktiviti pergerakan melibatkan tangan.
Apa itu kemahiran motor halus?
Berbeza dengan kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus lebih banyak melibatkan penggunaan dan kawalan kumpulan otot-otot kecil pada tangan dan kaki. Motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dengan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata.
Mengapa kemahiran motor halus ini penting?
Kemahiran motor halus ini amat penting bagi memastikan kanak-kanak dapat melakukan rutin harian dan melalui proses pembelajaran akademik yang sempurna di kemudian hari. Contoh rutin aktiviti harian yang melibatkan kemahiran kawalan otot – otot kecil adalah seperti; mengikat tali kasut, membutang baju, mengezip baju, memakai selipar dan kasut, makan menggunakan sudu dan garfu, membuka knob pintu, menyikat rambut serta memberus gigi.
Ads
Kawalan pergerakan motor halus yang baik seterusnya dapat menyediakan kanak-kanak untuk memegang pensel dengan cara yang betul seterusnya melukis dan menulis.
7 aktiviti boleh tingkatkan kemahiran motor halus di rumah
Ibu bapa haruslah tahu cara untuk merangsang perkembangan kemahiran motor halus kanak-kanak. Kemahiran ini boleh dirangsang seawal usia 1 tahun menerusi aktiviti bermain. Di sini saya kongsikan 7 aktiviti yang senang dan mudah untuk dicuba oleh ibu bapa tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar, ringkas dan boleh Do It Yourself (DIY) di rumah. Yang penting, ibu bapa boleh berjimat dan anak pun suka!
1) Bermain dengan material kecil
Beraktiviti dengan menggunakan material yang kecil bukan sahaja dapat melatih kemahiran motor halus anak, malah membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan serta tahap fokus mereka.
Antara bahan yang sesuai digunakan adalah bola pom-pom, stiker, butang baju pelbagai saiz, pasta, beras dan manik. Namun pengawasan ibu bapa amat perlu supaya tidak membahayakan anak lebih lagi di peringkat awal umur sebegini, anak masih suka memasukkan atau merasa sesuatu barang menggunakan mulut.
2) Straw
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti memasukkan straw yang dipotong pelbagai saiz ke dalam botol atau membuat rantai dan gelang menggunakan straw.
Ads
3) Menarik tampalan tape
Aktiviti menarik tape yang dilekatkan di permukaan boleh menguatkan jari kecil anak. Hanya dengan menggunakan tape yang senang untuk dibawa, aktiviti mudah ini dapat dilakukan di mana-mana sahaja walaupun ketika sedang bercuti ataupun sedang travel.
4) Play Dough
Samada dibeli atau homemade dough, si kecil pasti suka. Sifat dough yang kenyal, boleh dipicit, diuli dan dibentuk amat penting untuk meningkatkan kekuatan jari dan tangan mereka. Aktiviti menggunakan dough meningkatkan kekuatan pincer grasp (penggunaan ibu jari dan jari telunjuk) yang diperlukan ketika memegang pensil dan menulis.
5) Mewarna dan melukis
Dengan belajar melukis dan mewarna, anak dapat mengawal cengkaman tangan dengan baik, tahap fokus serta koordinasi mata dan tangan ditingkatkan sekaligus dapat belajar mengenal warna. Namun, pastikan bahan pewarna yang digunakan adalah selamat untuk kegunaan kanak-kanak.
6) Bermain pasir
Bawa anak keluar ke pantai untuk bermain atau ajar anak berkebun pada waktu petang. Bermain pasir adalah aktiviti yang amat menceriakan anak. Biarkan sahaja anak meramas, menggenggam atau menyelerakkan pasir. Semuanya amat bagus untuk perkembangan motor halus anak.
Ads
7) Aktiviti Menggunting Kertas
Boleh mula diajar bermula umur 2 ½ tahun atau lebih awal jika anak sudah mula menunjukkan minat. Walaupun nampak mudah tapi sebenarnya mencabar untuk tangan kecil si anak. Yang penting, ibu bapa perlu menggunakan gunting yang sesuai mengikut umur dan anak perlu sentiasa diawasi.
Sebagai persediaan sebelum memperkenalkan aktiviti menggunting kepada anak anda, bolehlah mula beraktiviti dengan menggunakan pengepit baju dan meramas span yang basah dengan air di dalam bekas.
Memilih alat permainan yang betul juga penting. Ada permainan yang membantu merangsang motor halus kanak-kanak. Antaranya puzzle, blocks, lacing beads, modelling sand, construction toys dan lain-lain. Untuk membantu ibu bapa membuat pilihan yang betul, kebiasaannya tertera ‘enhance fine motor skill’ pada pembungkusan alat permainan.
Diharap dapat membantu para ibu bapa di dalam membantu perkembangan awal anak di rumah. Tiada guna jika anak pandai bermain gajet, pandai mengswipe telefon bermain game tetapi tidak pandai memakai baju sendiri atau menyuap makanan dengan sendiri. Ibu bapa perlu bertindak!
Anak anda banyak bertanya soalan? Letih menjawab soalan-soalan anak. Menurut kajian yang dibuat di UK, kanak-kanak berusia 4 tahun paling banyak bertanya soalan.
Bagaimana dengan anak anda?
Bertanya adalah kaedah yang paling kerap digunakan oleh kanak-kanak untuk memahami tentang sesuatu perkara. Walaupun kaedah itu mungkin sangat meletihkan bagi ibu bapa, ia merupakan kaedah pembelajaran yang efektif bagi mereka.
Perlu diingat bahawa dengan bertanya mereka mula menunjukkan kecenderungan untuk belajar. Dengan bertanya ‘kenapa’ mereka mula menunjukkan minat untuk menaakul (reasoning). Ini adalah perkembangan skil kognitif yang penting bagi kanak-kanak. Mereka mula bertanya ketika berusia lingkungan 3 tahun.
Jika ibu bapa meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan anak, kecenderungan anak untuk meneroka ilmu dan pengetahuan akan semakin bertambah. Sebaliknya jika kita mengambil sikap mengabaikan pertanyaan mereka, akan wujud perasaan bersalah dalam diri mereka dan seterusnya mematikan semangat untuk belajar dan meneroka ilmu.
Jika anda keletihan terpaksa melayan soalan-soalan anak, tunda memberi jawapan ke suatu masa yang lebih sesuai. Jangan diabaikan terus. Jangan kecam atau marah anak kerana bertanya.
Jika anda tidak tahu jawapan kepada soalan anak, carilah jawapan dari sumber yang sahih. Jangan mereka-reka jawapan. Menurut kajian, ramai ibubapa bergantung pada Google untuk mencari maklumat. Semuanya dihujung jari sekarang ini. Tetapi janganlah dibiarkan anak meng’google’ sendiri jawapannya kerana ditakuti bertembung dengan apa yang tidak sepatutnya di internet.
Apakah soalan anak yang paling susah untuk anda jawab?
Kalau ada anak perempuan, memang impian ibu untuk anak mempunyai rambut panjang dan cantik. Senang untuk diikat dan digayakan dengan pelbagai gaya.
Tapi sebenarnya rambut panjang juga boleh mengundang bahaya kepada orang sekeliling. Kajian juga dibuat di luar negara dimana pernah terjadi beberapa kes leher bayi terjerut rambut panjang. Ikuti perkongsian detik-detik cemas Dr. Afida Sohana;
Beberapa minggu lalu, saya hampir kehilangan anak kecil saya. Ini perkongsiannya…
Kemalangan boleh berlaku di mana-mana, pada bila-bila masa dan dari apa sahaja. Mengetahui antara punca bahaya boleh membantu kita menjadi lebih berhati-hati …
Anak-anak saya masih tidur di bilik yang sama dengan kami. Kami bercadang untuk memisahkan mereka (tidur berlainan bilik) sebaik sahaja berpindah ke tempat baru nanti, insyaAllah. Cuma kali ini, kami tidak mempunyai kamar yang cukup untuk semua orang. Ada hikmahnya…
Anak-anak saya sangat rapat, meski punyai jurang usia 3 tahun. Ana akan menyambut hari lahir ke-4 tahun ini & Ara baru menyambut birthday nya yang pertama pada Ramadhan lalu. Mereka yang mengikuti saya di fb, insta atau twitter akan tahu betapa saya menyayangi kedua anak kecil ini, dan bagaimana kakak Ana menyayangi rambut panjang melepasi pinggangnya. Setiap hari, dia akan meminta saya mengikat rambutnya dengan gaya mengikut apa yang pernah dilihat di youtube.
Walaupun saya meletakkan mereka di atas katil yang berbeza, mereka akan mencari satu sama lain di tengah malam, dan tidur berpelukan. Kerapkali saya bangun dengan panik apabila Ara tiada di sebelah saya, hanya untuk mencari dia berpelukan dengan kakaknya.
Malam itu, beberapa minggu yang lalu, saya tersedar dari tidur tatkala mendengar keluhan Ara. Ara masih menyusu badan, kekadang dia akan menepuk saya untuk meminta susu, atau memanggil saya dengan suara dan bahasa bayinya.
Dalam kegelapan, saya lihat Ara sedang menarik rambut kakak Ana. Saya cuba tarik tangannya dan mengatakan jangan. Ketika itulah saya terlihat rambut Ana yang ketat menjerut leher Ara. Suara Ara tadi dengan cepat berubah menjadi tersekat-sekat.
Saya menjerit supaya suami menyalakan lampu. Rambut Ana saya lepaskan dari leher Ara. Kelihatan dengan jelas tanda jerut kemerahan di sekeliling leher Ara. Ara saya peluk, pernafasannya saya periksa, dan muka Ara mula lihat kemerahan semula… alhamdulillah.
Ara yang mula menangis saya redakan dengan suapan susu. Saya hanya mampu duduk dan menangis….
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana membangkitkan saya dari lena. Saya bersyukur kerana berada di dalam bilik yang sama. Saya tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku jika tidak …
Jadi, minggu lepas saya bawa kakak Ana untuk potong rambut. Syukur sepupu dan juga rakan sekelasnya baru sahaja potong rambut, jadi dia juga teruja untuk mendapat rambut baru.
Saya layari kes-kes serupa di internet, dan terkejut melihat ada beberapa kes yang didokumen. Kakak ipar saya juga bercerita tentang jirannya, ibu yang kehilangan bayi kerana terjerut rambut kakak.
Kes seperti ini mungkin tidak kerap, tapi tidak mustahil….
Kajian yang pernah dibuat diluar negara
PENGAJARAN:
1. Persekitaran tidur yang selamat – kongsi bilik JANGAN kongsi katil!
2. Berhati-hati dengan rambut panjang ahli keluarga atau sebarang tali di sekeliling bayi
anda. Mengikut kajian pada tahun 2017, 17000 kanak-kanak cedera, dan 300 meninggal
dunia dalam tempoh 25 tahun, kerana terjerut tali langsir ‘blinds’.
Moga anak2 kita terpelihara dari sebarang kemalangan.
Bila anak masih lagi tidak bercakap pada usianya mencecah dua tahun, mulalah kita bimbang. Namun pelbagai cara dan ransangan yang cuba dilakukan, anak masih tak menunjukkan tanda-tanda untuk bercakap. Apa mak ayah nak buat?
Paling penting kata Patalogis Pertuturan Bahasa, Pn Aisyah Kassim, elakkan menggunakan tujuh kaedah ini. Mak ayah perlu tahu.
7 KESILAPAN BILA AJAR ANAK CAKAP
“Stressnya rasa dah ajar anak cakap tapi dia masih tak sebut..”
“Saya rasa dah banyak dah cakap dengan anak, tapi kenapa dia tak nak cakap jugak..”
Jom check ada atau tidak kita buat 7 kesilapan ni bila ajar anak cakap. Memangg kadang-kadang kita rasa dah bercakap banyak, tapi mungkin ada teknik yang salah kita buat.
1. Paksa anak sebut terus
Jika anak tak terus sebut bila kita ajar, jangan pula kita stress dan putus asa sebab mereka perlu serap dulu apa yang kita cakap.
2. Tidak menguji kefahaman anak terlebih dahulu
Kena biar anak faham dulu. Mereka kena faham dulu setiap perkataan tu merujuk kepada apa, objek, perbuatan, sifat dan lain-lain.
3. Minta anak ulang banyak kali
Tak perlu minta anak cakap ulang kali sebaliknya tambahkan perkataan baru untuk anak.
4. Tanya soalan banyak-banyak
Bertanya soalan yang terlampau banyak tak membantu anak bercakap lebih. Dari bertanya soalan, lebih baik berikan anak jawapan.
5. Tak banyak ulangan
Biar cakap berulang untuk anak faham dan ingat.
6. Intonasi tak best
Buatlah intonasi yang menarik supaya anak boleh mendengar dan beri tumpuan.
7. Cakap panjang-panjang
Gunakanlah ayat yang pendek dan simple untuk anak mudah pick up dan ingat perkataan.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.