Keibubapaan

Biar Anak Jadi ‘Manusia’, Tinggi Akhlaknya, 5 Perkara Kita Perlu Jaga Supaya Anak Tak Rosak!

Share

Membesarkan anak dalam dunia yang semakin mencabar ditambah dengan sogokkan media sosial tanpa henti adakalanya membuatkan kita semakin takut untuk membiarkan anak sendiri.

Anak-anak seharusnya dipantau setiap masa. Periksa apa yang mereka lakukan, dengan siapa mereka berkawan, apa minat mereka dan sebagainya perlu kita selidik walaupun anak masih kecil.

Jadi sejak anak kecillah, kita jaga beberapa perkara supaya apabila mereka mula memasuki alam persekolahan dan mula mengerti apa yang berlaku disekeliling mereka, mereka tidak leka. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif. Insyallah anak kita mampu menjadi manusia yang berjaya malah baik akhlaknya kelak.


Jangan buat 5 perkara ni pada anak kita kalau tak nak mereka rosak

1. Bagi anak bersendirian dengan gajet
Kita bukan tak percayakan anak kita tetapi kita tak percayakan kandungan internet yang ada di sekeliling kita.

2. Bagi semua benda yang anak minta
Jangan bagi semua yang anak kita minta. Kita kena didik dan ajar anak bezakan apa itu keperluan dan apa itu kehendak. Anak yang boleh terima bila kita tak tunaikan permintaan mereka, self-control mereka lebih baik.

3. Jangan amalkan bohong anak walau niat untuk mendidik
Akan sampai satu masa anak kita boleh hidu kebohongan kita. Daripada situ kita akan hilang respect mereka terhadap kita. Malah authority dan credibility kita sebagai mak ayah pun boleh pudar di mata anak anak kita.

4. Kita tak bagi anak luahkan emosi mereka langsung
” Eh, anak lelaki mana boleh menangis”

” Jangan menangis! Diamlahhhh! Kalau tak diam, mak cubit! “

Ini salah satu cara bagaimana kita tak bagi anak kita express emosi mereka tanpa sedar. Sampai masa anak kita akan jadi sangat pemendam dan itu akan sangat bahaya pada kesihatan emosi dan psikologi mereka.

5. Kita bagi anak bebas berkawan tanpa selidik siapa kawan kawan anak kita
Kita kena tahu, masa depan anak kita terletak pada siapa kawan kawan rapat mereka. Kawan kawan adalah Circle anak kita yang sifatnya sangat ‘Contagious dan Influential’ pada mindset dan attitude anak kita.

Perangai, pegangan agama dan kelembutan hati dan diri anak kita banyak dipengaruhi oleh kawan kawannya. Walau kita dah didik anak kita sepenuh jiwa raga kita tetapi jika anak kita tersalah pilih kawan, memang habis rosak masa depan.

Taufiq Razif

Artikel berkaitan: Bergaduh Depan Anak, Gajet Siang Malam, Terlampau Tumpu IQ Punca Anak Jadi Perengus!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Published by
SRM