Menjadi suami mithali, penyayang dan bertanggungjawab dalam rumah tangga bukan datang daripada tempoh yang singkat. Ilmu yang datangnya dari sejak kecil lagi sebenarnya perlu ditanam dalam diri anak-anak kita supaya kelak mampu menjadi anak dan suami yang baik kepada isteri dan anak-anaknya.
Didiklah anak-anak kita khususnya anak lelaki akan segala urusan di dalam rumah. Biar mereka belajar selok belok dapur agar mendidik mereka menjadi lebih bertanggungjawab kelak. Luahan dan perkongsian saudara Muhammad Yusof di facebooknya ini wajar kita jadikan ikutan dalam mendidik anak-anak kecil kita.
Kita rasa remeh namun anak belajar daripada apa yang dilihat di sekelilingnya. Jadi berusahalah untuk memberikan ilmu sebanyak mungkin dan pengalaman yang berfaedah buat anak kita di masa depan.
Ajar anak kenal selok belok dapur
Tengah aku beli surat khabar tadi tiba-tiba bini telefon ‘darling tolong belikan cabai hidup..’
Cabai hidup? Ah, mencabar jugak ni. Cabai tu aku tau la cili/lada. Cabai hidup ni spesis mana pulak?
Aku pun pergilah ke pasar basah lepas tu aku cari kedai yang tak berapa ramai orang. Malu bhai pergi kedai ramai orang, sat gi aku tanya ‘bang, yang mana ya cabai hidup?’ mesti tiba-tiba masa akan jadi jeda dan masyarakat sekeliling akan memandang ke arah ko sambil berbisik-bisik sesama mereka ‘dia ni cabai hidup pun tak kenai’.
Aku aim satu kedai ni sorang pak cik yang jaga dan tak tak berapa ramai sangat orang time tu. Ada sorang budak, mungkin anak dia kot kat depan kedai dia ni.
Ads
Aku pun tanya acik yang jaga kedai tu ‘Acik, cabai hidup yang mana ya?’. Seperti yang dijangka, aku tengok pak cik tu senyum je. Dia kata kat budak tadi ‘Mat, hang tunjuk abang ni cabai hidup yang mana..’
‘Bang yang depan abang merah tulah cabai hidup, yang sebelah dia cabai melaka, yang tu cabai kering. Yang dalam botol tu lada hitam..’ Fuh detail budak tu bagi kat aku. Pak cik tadi senyum je aku tengok.
Bawa anak pergi pasar
Aku rasa benda basic ni walaupun nampak macam biasa tapi pada aku ia adalah ilmu parenting yang sangat bagus untuk diterapkan kepada anak-anak kita sekarang. Tak kiralah anak lelaki ke, anak perempuan ke.
Yang ada anak jom kita biasakan anak-anak kita bila ke pasar, kenalkan dengan sayur, buah, ulam-ulam, jenis-jenis ikan dan kalau kita balik kampung, mungkin kita boleh buat task pada dorang untuk mengenal pokok-pokok yang ada di sekeliling rumah kita.
Yelah takkan nanti bila dorang dah besar, bila isteri suruh beli halia nak buat nasi lemak. Takkan kita nak google halia tu macamana kan? Malu beb, malu.
Ads
Sebab tu mak-mak kita dulu-dulu, setiap hari suruh kita bangun awal, suruh kemas bilik, basuh basikal sendiri, beli barang kat kedai, sapu sampah, sidai baju, lipat baju. Anak lelaki ke perempuan ke dulu mak kita paksa je buat.
Aku dulu fikir kenapalah mak-mak ni paksa buat kerja, dah la tak bagi upah. Baru landing nak tengok Dragon Ball, tiba-tiba mak panggil suruh beli kunyit kat kedai, ah, rasa nak telepon je teledera time tu. Hehe.
Bersedia jadi suami bila berkeluarga
Ads
Tapi itulah 10-20 tahun ke depan bila dah dewasa, dah matang, baru aku perasan yang apa yang mak aku suruh buat tu adalah ilmu parenting yang sangat berguna buat anaknya menghadapi kehidupan berkeluarga. Betul tak?
Dalam diam tak diam, mak-mak kita sebenarnya dah macam ahli nujum yang mampu untuk dedahkan kepada kita apa yang akan bakal kita lalui untuk jadi yang terbaik sebagai suami dan sebagai isteri.
Ilmu parenting ni yang kurang kita buat kat anak kita, sekarang ni kan? Parent sekarang tak berapa nak harap anak buat kerja sendiri. Berdikari. Semua kita tolong mereka buat sampaikan kerja sekolah pun kadang-kadang ada parent tolong buatkan.
Dalam masa yang sama, ajarlah juga anak-anak tentang slanga atau dialek daerah suami atau isteri sebagai meraikan silang budaya antara keluarga. Walaupun pada awalnya mungkin anak-anak keliru tapi akhirnya benda tu akan jadi normal pada mereka.
Aku belajar sesuatu hari ini tentang ilmu parenting. Walaupun ianya datang dari pasar basah. Ini yang orang kata ilmu terbaik kadang datangnya daripada jalanan.
Dalam kita sedar tak sedar ilmu parenting terbaik adalah daripada mak-mak kita sebenarnya, walaupun dorang takde pun belajar tinggi tapi ilmu pengurusan keluarga mereka, kalau nak diiktiraf dengan sijil, aku rasa PHD pun takkan sama dengan air tangan ibu kita dalam membesarkan kita.
Sambil-sambil kita ajar anak buat kerja rumah kita ingatkanlah anak-anak kita apa yang kita suruh dorang buat ataupun tegur, semuanya ada sebabnya. Walaupun dorang mungkin akan mengeluh, nanti bila dorang dah besar dan bekerluarga, macam aku, dorang mesti akan tiba-tiba teringat momen tu sambil terfikir ‘betul jugak apa mak aku cakap dulu..’.
Percayalah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebaik diletakkan anak kecil kita mula menangis bila berpisah dengan ibunya. Hal semacam ini adakalanya buat kita tidak dapat menjalankan rutin dan aktiviti harian dengan baik bila anak asyik nak berkepit.
Apa nak buat? Biarkan sahaja atau terus melayan karenah anak? Perkongsian daripada Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi ini mama perlu tahu. Jangan tersalah langkah.
“Jangan dukung baby yang menangis. Nanti manja. Asyik nak berdukung je.” Saya ingat lagi 8 tahun lepas, ada seorang sis yang saya jumpa di KK tegur saya macam ni. Saya yang ramah berborak dengan dia tadi, terus berkerut. Biar betul?
Habis tu, takkan nak biar je anak tu menangis sampai hilang nafas? “Iye. Nanti anak akan berhenti sendiri. Lepas tu, lama-lama dia faham, dia nangis macam mana pun, dia takkan dilayan.”
Gitu sis tu yakin ajar saya. Bila berguru dengan Pakar Tidur dan Tangisan Bayi, Puan Amizamzuri N Uswatun, baru saya jumpa jawapan yang solid.
Seperti yang tertulis dalam buku Puan Uswatun. “Nasihat macam ni adalah nasihat paling teruk, merepek, kejam dan tiada nilai kemuliaan agama.” Bammm! Setepek kena.
Yang paling saya takut kan, nasihat ni, saya jumpa merata di tiktok. Teknik Cry it Out orang panggil. Dan ramai pula yang mengaku buat.
Kenapa nasihat seperti di atas ni perlu dielak, dan dibuang jauh?
1) MENANGIS IALAH REFLEKS
Bayi lahir dengan atleast 75 jenis refleks. Refleks ni, maksudnya automatik. Refleks muncul untuk survival. Salah satu refleks adalah menangis. Selepas bulan ke 3-4 baru tangisan itu bertukar jadi ‘voluntary act’.
Sepanjang 3 BULAN KE BAWAH, bayi takkan menangis dengan niat. Atau saja-saja nak berlakon. Tangisan bayi adalah cara bayi tu nak berkomunikasi dengan ibu dia. Nak bagitau dia tak selesa. Dia lapar. Dia sejuk. Dia letih. Ada semut gigit.
2) MELAWAN FITRAH
Allah dah cipta mak ni secara biologinya memang ada tarikan auto untuk selamatkan bayi bila dengar bayi dia menangis. Dengar je bayi nangis, badan mak keluarkan hormon Oxytocin yang ‘menggesa’ mak mengangkat anak tu. Dalam masa yang sama, hormon Prolaktin cetuskan penghasilan susu. Jadi, kenapa nak lawan fitrah ni?
3) SAINS DAH BUKTIKAN TEKNIK ‘CRY IT OUT’ GAGAL
‘Saya dah cuba. Anak saya mau diam lepas lama saya biarkan.’ Ketahuilah, bila anak dah diam, bukan petanda dia faham. Tapi petanda dia dah terlalu letih.
Apa yang anak dapat? Hormon Cortisol iaitu hormon stres. Yang mengganggu pertumbuhan anak tu. Especially pertumbuhan emosi. Sama ada, anak akan jadi MAKIN KUAT MENANGIS atau SHUT DOWN.
Kuat menangis kerana mereka faham, dia perlu menangis dengan kuat dan maksimum untuk dapatkan perhatian. Shut down, kerana tiada secure attachment.
Cakap pasal Secure Attachment ni. Parents kena tau bahawa, cara kita respon pada tangisan bayi, akan membentuk Secure Attachment anak. Kalau kita bagi respon yang baik, buat anak rasa secure, anak pun akan dapat Secure Attachment yang baik.
Later in life, attachment inilah akan bagi kesan bila anak dah besar nanti. Untuk membentuk daya tahan anak terhadap tekanan, krisis dan trauma.
Serta, effect macam mana anak tu mahir kawal emosi dan tenangkan dirinya bila berhadapan dengan kesedihan, kesakitan atau kegelisahan.
Jadi lepas ni, kalau ada orang masihat macam tu, senyum dan angguk je. Tapi di belakang, kita buat aje cara kita yang kita yakin boleh bantu anak kita. Ok?
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jarang-jarang berkongsi kisah kehidupannya, lebih-lebih lagi mengenai dua cahaya matanya bersama isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, Datuk Jamal Abdillah sesekali membuka cerita.
Sama seperti bapa yang lain, kehidupannya di rumah dipenuhi dengan aktiviti menguruskan dua orang anaknya yang masih kecil, Nur Azura Yamani, 1 dan El Issac Yamani, 9 bulan.
Kata Datuk Jamal, dalam bersyukur bakal menerima kelahiran cahaya mata kelima selepas isterinya tersayangnya disahkan hamil 12 minggu, namun dia kasihan melihat isterinya yang tidak menang tangan menguruskan dua anak kecil mereka.
Bapa penyayang ini mengakui turut membantu menguruskan dua anak-anaknya yang masih kecil bagi meringankan beban isteri.
“Saya kasihan tengok isteri tak menang tangan uruskan anak-anak.
“Apatah lagi mereka masih menyusu badan dan sentiasa berjaga malam.
“Jadi mana yang boleh saya bantu seperti mandikan anak atau keperluan lain, saya buat.
“Kami ada pembantu, tetapi dalam soal anak saya suka buat sendiri kerana mahu bina ikatan kasih sayang,” jelasnya berkongsi.
Dalam pada itu, Datuk Jamal terdahulu merasa amat bersyukur bila mana Allah mengurniakannya rezeki untuk menimang anak kelima diusianya kini.
“Saya bersyukur diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi. Ada rakan-rakan saya yang lama menunggu nak dapatkan zuriat, tapi saya pula ALLAH bagi rezeki dengan jarak dekat setiap anak.
“Ia satu tanggungjawab besar buat saya dan isteri untuk mendidik mereka dengan sebaiknya nanti,” katanya.
Jaga makan dan bersenam
Berkongsi rahsia dirinya kekal sihat meski sudah menginjak usia 62 tahun, Jamal berkata, dia mengamalkan senaman secara konsisten selain memilih pamakanan sihat.
“Kita tak boleh culas, sebaliknya kena buat secara konsisten. Saya sendiri tak pernah tinggalkan amalan bersenam sejak 10 tahun lalu. Malah saya mempunyai beberapa peralatan senaman di rumah.
“Kalau letih nak jogging, saya akan berjalan laju atas treadmill selama setengah jam setiap hari. Ia sangat membantu dan menjadikan saya sentiasa cergas,” katanya.
Terdahulu, Datuk Jamal dan Datin Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Nur Azura Yamani, 1 dan El Issac Yamani, 9 bulan.
Menerusi perkahwinan terdahulunya, Datuk Jamal turut dikurniakan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 15.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila anak menunjukkan lambat respons, tiada eye contact & mulut sering terbuka, ibu bapa mana yang tidak risau. Dato’ Aliff Syukri bimbangkan kesihatan dan perkembangan anak angkatnya, Qayyum (Yom).
Jutawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri menyatakan kebimbangan melihatkan perkembangan Yom, 1 tahun yang agak berbeza. Selain lambat respons, tiada eye contact & mulut sering terbuka, Yom juga sering menangis.
aliffsyukriterlajaklaris Abah akan cuba yg terbaik.. Sebenarnya sy jugak pelik bila yom dah setahun ttp dia agak slow respon, mata x memandang org cakap, mulut 24jam terbuka, pergerakan dan dan punya banyak sakit takut ada masalah lain.. berbanding anak saya yg lain.. kami sedang buat rawatan utk Yom.. Ada cara lain tak selain jumpa doktor @babyterlajaklaris
Para follower yang prihatin memberikan responds kepada pertanyaaan Dato’ Aliff dengan memberikan beberapa cadangan seperti membawa Yom mendapatkan pemeriksaan pakar kanak-kanak, pakar pendengaran ENT dan sebagainya. Ada yang memberikan pendapat ia adalah petanda awal autisme.
Membawa si kecil melihat dunia amat baik untuk perkembangannya. Ia adalah satu bentuk rangsangan yang menggalakkan bayi menerokai sesuatu yang baru. Nak bawa mereka bersama tentu ada panduannya, lebih-lebih lagi jika ke luar negara.
Mama papa boleh dapatkan tip lanjut dalam rancangan TV Pa&Ma, 13 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Pengembara Cilik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.