Bayi kita yang berusia hampir usia satu tahun selalu bereksperimen dengan setiap benda yang dilihat dan dipegangnya. Walaupun ketika makan, kita sebagai ibu bapa perlu memberikan pengalaman penuh bermakna dan teruja buat si kecil kita.
Biar dia bereksperimen dengan makanan yang dijamahnya. Salah satu caranya adalah membiarkan anak pegang makanan mereka sendiri. Barulah anak makin teruja.
Makanan berbentuk jejari antara yang mudah dipegang bayi. Pun begitu berhati-hati dalam memilih jenis jejari yang diberikan, bimbang tidak sesuai atau tidak disukai anak-anak. Pantau sentiasa ketika anak makan.
Jejari Rangsang Anak Makan
Salah satu resipi jejari paling ringkas adalah Potato Stick yang disediakan oleh ibu ini, Puan Atiqah Azri. Lima bahan sahaja, jejari sudah pun tersedia untuk si kecil. Jom cuba.
Salam semua, 1st time buat potato stick untuk baby saya, genap 9 months hari ni alhamdulillah. Alhamdulillah menjadi. Buat malam semalam, then frozenkan. Pagi tadi goreng dengan minyak biasa. Tak perlu defrost lama sangat nanti lembik pula.
2 ketul potato
Ayam -dicincang
Carrot -potong halus
Bayam -racik halus
3 sudu tepung jagung – letak sikit sampai boleh uli
Gaul semua then masukkan tepung jagung agak-agak sampai boleh uli (anggaran 3 sudu). Lepas masuk tepung jagung, begini kejadiannya. Boleh uli jadi panjang-panjang. Senang nak bagi baby pegang.
Macam ni kejadiannya selepas digoreng. Syok baby makan. Bila suap dalam 7-8 batang habis dia makan.