Biar Anak Terbiasa Dengan Benda-Benda Dalam Rumah, Boleh Jadi Alatan Rangsang Sensori Anak!

Share

Bukan hanya anak-anak istimewa, bahkan anak-anak kecil kita juga perlu dirangsang sensorinya agar anak lebih terbiasa. Namun disebabkan PKP, ada baiknya ibu gunakan peralatan di rumah sahaja untuk bantu anak.

Pn Mahfuzah Zainol, Ahli Terapi Cara Kerja berkongsi 16 perabot dan alatan yang dapat membantu anak dalam masalah sensori. Jom kita cuba sama-sama dengan anak kita.


16 Perabot dan Alatan Sensori dalam Rumah

Ramai ibu bapa bertanya, sekarang musim PKP, tak boleh ke sekolah dan ke pusat terapi, memang mencabar bagi anak-anak yang mempunyai isu sensori.

Ada ibu ayah yang bertanya, apa alatan atau perabot di rumah untuk saya sediakan kepada anak-anak supaya sistem sensori mereka tetap ‘engage’?

Saya list kan barang ini dulu.

1. Bean bag besar – boleh lompat-lompat boleh golek-golek (Tactile, proprioseptif, vestibular)

2. Gym ball – atau boleh guna bola besar. Banyak aktiviti boleh dilakukan atas bola gym untuk meraikan keperluan sensori anak anda (Tactile, proprioseptif, vestibular)

3. Lampu berwarna-warni – boleh guna waktu malam. Ambil masa 5-10 minit di bilik gelap bersama lampu jenis ini. (Tactile, visual, vestibular)

4. Carpet – boleh guna carpet. Tak payah lah harga carpet sampai 3 ribu, eh! Carpet tu ada unsur sensori taktil. Tak kisah jenis apa pun. (Tactile, proprioseptif, vestibular)

5. Barang mainan yang keluarkan bunyi – apa-apa sahaja mainan berbunyi, alat muzik pun boleh, benda ketuk-ketuk pun boleh (Tactile, proprioseptif, auditori, vestibular)

6. Cermin – letaklah banyak sikit cermin di dalam rumah. Selain menampakkan rumah anda luas, ia amat bagus untuk input sensori anak anda. Saya suka cermin banyak dalam rumah 😆, boleh cermin diri sendiri juga 🤭 (Visual)

7. Alatan memanjat – kalau ada tempat memanjat dalam rumah memang bagus. Boleh letak wall climbing ke kan. Tapi kalau tak ada, boleh jadikan apa-apa binaan kukuh untuk anak-anak memanjat (Tactile, proprioseptif, visual, vestibular)

8. Punching bag – alat ini pun bagus sebenarnya untuk melepaskan geram. Hehe (Tactile, proprioseptif, visual, vestibular)

9. Hanging bar – ini macam alat untuk bergayut. Boleh beli di shoppee tau. Murah je. Mak ayah pun boleh guna sebab boleh sangkut kat pintu. Tak perlu space luas pun. (Tactile, proprioseptif, vestibular)

10. Khemah – haa khemah dalam rumah ni bagus sangat. Kalau ada tu, pasanglah dalam rumah ye, untuk anak-anak dapat input sensori. (Tactile, proprioseptif, visual, vestibular)

11. Selimut tebal – boleh guna untuk main-main bersama anak sebelum tidur ke atau masa nap time ke. (Tactile, proprioseptif, vestibular)

12. Bantal – tahu kan nak buat apa dengan bantal? Boleh main dengan bantal. (Tactile, proprioseptif, vestibular)

13. Kolam air – selalu nampak pool plastik ni di musim PKP, swimming pool untuk anak-anak mandi dan bermain. (Tactile, proprioseptif, vestibular)

14. Buaian – alat ni selalu ada di rumah. Terpulang nak guna jenis macam mana, asalkan anak-anak boleh berhayun dengan selamat atas buaian tu (Tactile, proprioseptif, vestibular)

15. Trampolin – kalau ada budget, boleh la tambah koleksi trampolin dalam rumah. Bagus untuk lompat-lompat. Mak ayah pun boleh tumpang sama lompat ye. Asalkan berat tak lebih 100 kg lah 😁 (Tactile, proprioseptif, vestibular)

16. Diffuser – Yang ini mak-mak mesti suka..boleh la guna YL ke, Dottera ke, Bath and Body Work ke.. letak sikit diffuser beraroma dalam rumah untuk effect olfactory (smell) anak anda. (Olfactory)

Haha, sorry list barang semakin bertambah pulak..tadi awal-awal 13 je.. hihi. Sekian, sedikit perkongsian saya sebagai ahli terapi cara kerja di pendidikan khas.

Selamat duduk di rumah ya semua.

Menarik: Pakar Kongsikan Ni Sebab Anak Extra Manja & Aktif Musim PKP Walaupun 24 Jam Denganya. 

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?

Just daftar je kat SINI. 

FREE je tau Webinar ni!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM