Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan nutrisi yang penting untuk membantu mereka membesar dengan baik. Tahukah anda bahawa 80 peratus pertumbuhan anak anda dipengaruhi oleh pemakanan dan hanya 20 peratus sahaja oleh genetik?¹ Ini menjelaskan kepentingan pemilihan pemakanan yang sihat dan tepat untuk membantu dalam perkembangan dan tumbesaran anak kecil kita. Jadi sejak kecil lagi bagaimana corak pemakanan yang anda sebagai ibu bapa tetapkan pada anak-anak?
Adakah anak-anak kecil kita makan secara sihat atau anda memilih untuk memberikan jenis makanan yang disukai mereka?
Apa Perlu Ada?
Sejak kecil lagi, usahakanlah untuk membekalkan anak dengan makanan seimbang. Ia perlu terdiri daripada sumber karbohidrat iaitu seperti nasi, roti, biskut, pasta seperti spaghetti, macaroni, mihun, kentang dan pelbagai lagi karbohidrat. Porsi atau sukatan karbohidrat perlulah sesuai dengan usia anak.
Jangan berlebihan kerana ia boleh mendorong kepada anak makan dalam porsi yang besar dan menaikkan berat badan anak-anak. Penting juga untuk kita ingat agar jangan perkenalkan karbohidrat ringkas yang tidak bagus untuk anak-anak seperti makanan yang berasaskan gula dan kumpulan makanan tersebut.
Sumber yang perlu ada juga adalah protein di mana ia penting untuk tumbesaran anak-anak kita. Protein ini adalah seperti ikan, ayam, daging, telur dan sebagainya. Pastikan protein tersebut adalah sihat dan kurang lemak. Kita juga tidak digalakkan untuk memberikan protein yang tidak sihat di mana banyak lemak dan kandungan protein kurang seperti makanan yang diproses iaitu nugget, sosej, burger dan sebagainya.
Pun begitu, lemak perlu ditambah dalam makanan anak-anak namun tidak keterlaluan. Gunakan minyak tumisan seperti minyak sayuran atau letakkan minyak zaitun dalam pasta. Lemak juga diperlukan dalam diet harian kita tetapi bukan secara berlebihan.
Sumber seterusnya adalah serat serta vitamin dan mineral daripada sayuran dan buahan. Potonglah pada saiz kecil dan menarik agar anak-anak lebih tertarik untuk menikmati buah dan sayur ini.
Ads
Jangan lupakan air kosong dan susu untuk anak-anak. Kurangkan perkenalan minuman-minuman manis kerana ia mendorong anak-anak untuk memilih lebih kepada minuman manis berbanding air kosong. Begitu juga dengan snek dan makanan ringan, boleh diberi tetapi elakkan terlalu kerap dan banyak.
Nutrien-nutrien Penting Untuk Tumbesaran Sihat Anak
Bagi menjayakan tumbesaran anak yang padu, pengambilan nutrien daripada pelbagai jenis makanan itu sememangnya amat diperlukan.
Ibu bapa seharusnya berpegang kepada prinsip iaitu memastikan anak makan gabungan utama iaitu karbohidrat, protein, serat, vitamin dan mineral setiap hidangan makanan bagi memastikan tumbesaran anak mencapai perkembangan yang memberangsangkan.
Jika memilih roti, sediakanlah roti sandwhich yang sihat untuk anak, jangan hanya sekadar menyapu roti dengan marjerin sahaja buat anak.
Begitu juga dengan pasta. Sebaiknya sediakan pasta seperti carbonara, bolognese atau sup yang mempunyai sayur-sayuran dan ayam sebagai sumber protein.
Ads
Selain itu, untuk perkembangan tulang dan gigi, jangan abaikan pengambilan susu yang tinggi dengan kalsium untuk anak-anak membesar. Begitu juga dengan rangkaian vitamin lain seperti Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium.
Bagi pertumbuhan tisu badan, otot dan tulang , jangan diabaikan 9 Essential Amino Acids (EAA) atau 9 Asid Amino Perlu yang merupakan blok asas dalam protein. Kekurangan 9EAAˇ boleh melambatkan proses pertumbuhan dan EAA hanya boleh didapati daripada pemakanan harian kita seperti dengan pengambilan susu.
Jangan dilupakan DHA yang menyokong perkembangan otak anak. Kesemua ini boleh diperolehi dalam segelas susu yang sememangnya wajib diberikan kepada anak-anak kita dalam menu hariannya.
Pengambilan makanan yang tinggi dalam nutrien-nutrien ini dapat membantu pertumbuhan optimum anak. Ketinggian anak tidak hanya bergantung kepada genetik semata-mata tetapi juga pemilihan makanan yang sesuai untuk dimasukkan dalam pemakanan harian mereka.
DUTCH LADY MaxGro dengan Nutrien Tinggi# Menyokong Pertumbuhan Optimum Kanak-kanak
Ads
Bagi memastikan si kecil anda terus mendapatkan nutrien yang secukupnya untuk pertumbuhan optimum mereka, DUTCH LADY MaxGro terbaru dapat membantu memenuhi keperluan si kecil anda.
DUTCH LADY MaxGro adalah inovasi produk terbaru daripada DUTCH LADY yang dirumus khusus untuk menyokong pertumbuhan optimum kanak-kanak. Ia adalah makanan pendietan berformula berasaskan susu untuk kanak-kanak yang berumur antara 1-9 tahun. Ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi# dan membekalkan 80% nutrien harian yang disarankan* bagi memastikan si kecil anda mempunyai pemakanan yang lengkap den seimbang.
DUTCH LADY MaxGro juga mengandungi 9EAAˇ & DHA untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak dengan menyeluruh. DUTCH LADY merupakan jenama tenusu yang dipercayai oleh ibu-ibu di Malaysia dengan kualiti dan nilai pemakanan yang baik untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak.
Jangan teragak-agak untuk memberikan pengalaman bermakna buat anak-anak kita disamping membekalkan nutrisi yang optimum agar anak kita membesar menjadi anak yang lebih cergas dan bijak.
#Tinggi Dalam Nutrien: Tinggi kandungan Protein, Kalsium, Zat Besi, Magnesium, Vitamin A, D3, E, B1, B2, B3, B6, B12 dan C.
*80% Nutrien Harian: Memenuhi sekurang-kurangnya 80% nutrien terpilih daripada saranan pengambilan nutrien yang disyorkan di Malaysia (Malaysia RNI 2017) seperti Kalsium, Fosforus, Zat Besi, Magnesium, Zink, Vitamin A, D3, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C.
ˇ9EAA: 9 Asid Amino Perlu
¹ Jelenkovic, A. et al. Genetic and environmental influences on height from infancy to early adulthood: An individual-based pooled analysis of 45 twin cohorts. Sci. Rep. 6, 28496; doi: 10. 1038/srep28496 (2016)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain rasa mual atau mabuk, ibu mengandung biasanya akan mengalami masalah pencernaan. Ia adalah perkara biasa yang berlaku dalam kalangan wanita yang sedang hamil. Gangguan pencernaan ketika hamil atau disebut atau dispepsia ialah seperti mual, muntah, kembung serta pedih hulu hati dan sembelit.
Gangguan ini disebabkan oleh perubahan hormon ketika kehamilan yang menekan perut anda. Sebanyak lapan dari 10 orang wanita mengalami gangguan pencernaan ketika hamil. Gejala yang berikut adalah masalah berkaitan dengan pemakanan yang biasa dihadapi bakal ibu dan cadangan beberapa cara untuk mengatasinya.
MASALAH PENCERNAAN & CARA MENANGANI
# Loya dan muntah
Loya dan muntah adalah gejala morning sickness. Hal ini berlaku kerana meningkatnya hormon estrogen dan progesteron. Anda dinasihatkan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil, berehat sebentar pada waktu pagi dengan memakan biskut di tempat tidur selepas bangun dari tidur untuk mengelakkan kemualan.
TIP: Elakkan mengambil makanan pedas dan berlemak. Minum lebih banyak air kosong untuk mengelakkan dehidrasi. Makanlah makanan yang banyak mengandung kadar karbohidrat dan protein. Banyakkan buah dan sayur serta hindari makanan yang mengandung bau yang akan membuat anda mual dan muntah.
Minumlah segelas teh hangat untuk mengatasi gangguan mual dan muntah. Selain itu, elakkan pakaian yang ketat pada bahagian perut kerana akan membuatkan rasa ‘ditekan’. Hal ini akan menambah ketidakselesaan anda dan menyebabkan rasa loya semakin menjadi-jadi dan ingin muntah.
# Kembung perut
Kembung perut adalah simptom biasa yang dialami oleh wanita mengandung terutama pada trimester pertama. Puncanya ialah kerana perubahan hormon dalam badan. Hormon estrogen dan progesteron meningkat ketika kita mengandung dan hormon-hormon ini merehatkan tisu otot termasuk di bahagian gastrointestinal tract. Otot yang berehat ini yang menyebabkan perut anda berasa kembung dan tidak selesa.
TIP: Ia boleh dikawal dengan cara mengelakkan daripada memakan makanan yang menjadi punca angin atau makanan yang ‘sejuk’. Amalkan makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap dan serta kunyah perlahan. Elakkan makan terlalu cepat untuk mengelakkan pengumpulan angin di dalam perut.
# Pedih hulu hati
Salah satu keluhan oleh para ibu hamil adalah heart burn atau rasa pedih padah hulu hati. Ia menyebabkan anda berasa seperti makanan berada di kerongkong walau pun makanan sudah lama ditelan. Hal ini berlaku kerana asid yang terkumpul di dalam perut naik ke kerongkong kerana bahagian perut tertekan apabila rahim semakin membesar.
TIP: Bagi mengelakkan daripada pedih hulu hati, ibu hamil disarankan untuk mengambil makanan dalam jumlah kecil tetapi kerap. Jika biasa anda mengambil tiga hidangan utama, pecahkan jumlah makanan kepada lima hidangan yang kecil agar ruang perut tidak terlalu penuh pada satu-satu masa. Selain itu, elakkan makanan yang memicu kepada gejala ini seperti makanan berlemak, kafein, masakan pedas, masam atau tajam.
Elakkan berbaring sejurus selepas makan serta kunyah makanan dengan perlahan. Apabila rasa pedih menyerang, cepat-cepatlah duduk dengan keadaan menyandar untuk mengelakkan asid perut naik ke bahagian kerongkong. Memakai pakaian yang longgar serta selesa juga boleh mengelakkan hal ini daripada berlaku.
# Sembelit
Sembelit terjadi akibat peningkatan hormon progesteron. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, ia juga secara tidak langsung mengendurnya juga otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Awas, sembelit yang terjadi secara berterusan akan menyebabkan buasir.
TIP: Untuk mengatasi masalah ini, anda perlulah ialah dengan memperbanyakkan pengambilan air kosong sebanyak lapan gelas atau lebih pada hari yang panas. Anda juga perlulah menambah makanan yang berserat tinggi seperti sayuran dan buah-buahan di dalam diet harian. Riadah teratur seperti berjalan kaki boleh membantu anda mengatasi masalah ini.
Bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba, Think Quran (ThinkQuran.com) bersama Kumpulan Karangkraf melancarkan kempen #FahamKhatamAlQuran bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa al-Quran bukan sekadar dibaca tetapi perlu difahami dan dihayati maknanya.
Kempen tersebut dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Think Quran, Dato’ Abdul Radzeen Abdul Rahman. Turut hadir, Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamudin Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff.
“Bulan Ramadan amat dinantikan setiap tahun oleh semua orang. Think Quran amat teruja untuk berkongsi bersama dengan sahabat yang lain berkenaan kaedah berkesan untuk memahami dan menghafal al-Quran.
“Dengan penghayatan yang lebih mendalam, saya berharap Think Quran dapat membantu kita melalui bulan puasa yang lebih barakah,” ujar Dato’ Abdul Radzeen ketika berucap bersempena melancarkan kempen berkenaan di Kumpulan Karangkraf.
Dalam pada itu menyentuh mengenai usaha sama Think Quran dan Kumpulan Karangkraf berhubung kempen ini, beliau berkata, pengalaman kumpulan itu dilihat akan dapat melahirkan masyarakat yang sayang dan cintakan kitab suci berkenaan.
“Saya melihat Karangkraf (menerusi Yayasan Warisan Ummah) merupakan organisasi yang berjaya melaksanakan perkara yang luar biasa contohnya menerusi Quran Time, World Quran Hour dan sebagainya. Saya lihat mempunyai visi yang sama dengan kami untuk membawa cahaya al-Quran kepada manusia,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, dengan kehadiran aplikasi berkenaan, usaha umat Islam untuk memahami kandungan al-Quran diharap dapat dipertingkatkan lagi.
“Dengan adanya kerjasama atau kolaborasi sebegini, ia lebih mudah direalisasikan,” ujar Datuk Hussamuddin.
ThinkQuran.com adalah satu kaedah mudah bagi mempelajari bahasa Arab al-Quran yang memang direka khusus buat umat Islam yang tidak ada sebarang bahasa Arab. Mempelajari bahasa Arab al-Quran dengan Think Quran sangat berbeza kerana Think Quran lebih memfokuskan kepada penguasaan kalimah-kalimah yang paling kerap berulang di dalam al-Quran.
Dengan lebih 300,000 pengguna di Malaysia, Singapura dan Indonesia, modul aplikasi Think Quran amat berkesan dalam menawarkan modul ringkas yang padat dalam masa yang singkat. Cara pembelajaran Think Quran yang agak santai kerana menggunakan telefon pintar, ia sangat efektif kerana ThinkQuran.com boleh mengenal pasti kalimah yang telah dipelajari mengikut tahap pembelajaran dan menyediakan modul latihan mengikut tahap kemampuan individu.
Aplikasi interaktif yang sesuai digunakan kanak-kanak mahupun orang dewasa ini membolehkan pembelajaran dan penghayatan al-Quran dapat diadakan di mana-mana sahaja untuk mengisi ruang masa ketika bulan Ramadan. Hanya dengan 15 minit sehari pengguna mampu mengukur prestasi secara kendiri dalam aplikasi.
Pengguna boleh mengakses kempen tersebut melalui laman web rasmi Think Quran, platform Sinar Harian, Karya Bestari, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan MyQuranTime di TV Digital.
Bersempena dengan pelancaran kempen ini Think Quran menawarkan satu set percuma ‘Al-Quran Amazing’ dengan setiap langganan seumur hidup pada harga RM399.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu hal yang membuatkan kita teramat bimbang bila mana anak mudah terkesan dengan pemilihan lampin pakai buang yang tidak sesuai.
Malah alahan pada lampin pakai buang, melecet, ruam dan sebagainya merupakan masalah kulit biasa yang dihidapi anak-anak kecil kita.
Biarpun biasa, namun masalah remeh sebegini tidak boleh dipandang ringan kerana ia akan mengakibatkan kulit bayi menjadi tidak selesa malah mendorong masalah kulit lain berpanjangan.
Masalah ruam misalnya akan segera timbul sebaik bayi memakai lampin tidak serasi dengan kulit. Inilah yang ibu bapa patut elakkan dan pastikan pemilihan lampin buat anak benar-benar sesuai malah serasi dengan kulit bayi. Paling penting lampin yang dipakai anak tidak langsung meninggalkan kesan pada kulit bayi.
Salah satu lampin pakai buang terbaik yang boleh dijadikan pilihan oleh ibu bapa adalah lampin yang bebas daripada klorin. Ia diketahui amat baik bagi bayi yang berkulit sensitif begitu juga dengan ekzema.
Hal ini disebabkan oleh kehadiran bahan klorin dalam lampin pakai buang yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit dan akhirnya menyebabkan berlakunya alahan pada kulit bayi.
Kenapa lampin bebas klorin jadi pilihan?
Pada umumnya lampin pakai buang dihasilkan daripada serat kayu yang melalui proses pelunturan menggunakan bahan kimia iaitu Klorin.
Ketika proses pelunturan ini berlaku, sejenis toksik yang dikenali sebagai Dioksin akan terhasil. Toksik Dioksin telah dikenalpasti sebagai ejen kanser yang sangat berisiko jika terdedah pada kulit dalam jangkamasa yang lama. Dan sudah tentu bayi menggunakan lampin selama 24 jam sehari selama 3 atau 4 tahun.
Selain dari risiko kanser, pendedahan yang lama kepada dioksin juga diketahui boleh merencatkan sistem pembiakan yang menyebabkan kemandulan dan seumpamanya.
Disebabkan itulah mengapa ibu bapa perlu memilih lampin bebas klorin buat anak. Paling penting jangan risikokan anak kita!
Pilih Lampin Bebas Klorin
Jenama lampin pakai buang sememangnya berlambakan di pasaran namun lampin pakai buang yang satu ini, Bebimora begitu unik dan tersendiri malah amat disyorkan untuk anda.
Paling utama, Lampin Pakai Buang Bebimora adalah lampin bebas klorin yang pastinya selamat untuk anak malah terhindar dari risiko berbahaya seperti kanser dan sebagainya.
Produk yang ditubuhkan oleh Caliphs Global Sdn Bhd dan pengasasnya, Intan Maziah Ismail ini semenangnya lain dari yang lain.
Uniknya lampin pakai buang bebas klorin dari Bebimora ini bukan hanya dihasilkan bebas klorin dan kurang risiko berbahaya kerana tiada bahan toksik yang dikenali sebagai Dioksin bahkan juga membuatkan bayi lebih selesa.
Tidak hanya lampin pakai buang yang sihat dan terjaga bahkan Bebimora juga turut mempunyai set penjagaan bayi berasaskan bahan semulajadi yang baik untuk anak,
Ia paling sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit yang sensitif juga bersifat hypoallergenic. Paling menarik produk berkualiti ini juga turut diakui dan diuji oleh ahli dermatologi berpengalaman.
Dengan rangkaian kebaikan yang disenaraikan tidak hairanlah bila mana Bebimora mampu menyelamatkan satu nyawa. Pilihlah yang terbaik buat bayi kita.
Untuk maklumat lanjut, layari www.bebimora.com untuk mendapatkan pelbagai pilihan terkini dan paling sesuai untuk anak anda. Atau boleh juga mengikut Bebimora di Facebook, bebimora juga di Instagram, @bebimora.co.
Mahu lebih pantas atau ingin membuat tempahan, boleh terus menghubungi di talian, 010 669 2079 segera.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.