Waktu bayi, anak akan menangis bila ada sesuatu yang dia inginkan. Boleh jadi lampinnya basah dan dia mahu ia ditukar. Mungkin juga bayi menangis kerana perutnya berkeroncong minta diisi susu atau makanan. Menangis kerana rasa insecure juga boleh jadi ketika mereka masih bayi.
Namun, semakin anak membesar mereka sudah tidak menggunakan tangisan untuk menyatakan perasaan. Anak sudah boleh bercakap, jadi biasanya mereka akan beritahu apa yang mereka mahu. Tak perlu menangis lagi dah!
Ada beberapa situasi anak yang dah besar ni akan menangis. Salah satunya untuk memanipulasi ibu ayah ketika mahukan sesuatu yang mungkin kita takkan berikan pada mereka.
Penjelasan dari En. Mohd Fhais Salim ini mungkin dapat memberi sedikit input kepada kita. Menurutnya, jika teknik manipulasi dengan tangisan ini berjaya ia mungkin akan memudaratkan.
Ikuti penjelasan lanjut dari beliau;
Biarkan Dia Menangis!
Pada mulanya bayi menangis sebab itu cara dia komunikasi dengan kita. Dia nangis sebab nak bagitahu kita dia lapar, haus, sakit, ngantuk dan nak dukung. Itu normal.
Ini juga satu benchmark yang kemahiran bercakap seawal usia 2 tahun tu penting. Supaya dia boleh berkomunikasi dengan cara yang lebih sihat selain menangis. Semakin dia membesar, menangis bukan lagi cara untuk komunikasi sebaliknya dia dah jadikan menangis sebagai teknik manipulasi.
Ads
Selalunya nak mainan, nak gajet, nak ais krim dan apa sahaja yang dia berkenan, dia akan guna teknik manipulasi ni. Ini bahaya!
Sekali kita turutkan memberi apa anak nak “selepas” dia menangis berkali kali anak akan ingat paten kelemahan kita. Hah, sedialah anak akan buat paten yang sama berulang-ulang kali sampai kita naik jelak. Sebab tu la kalau anak cuba buat teknik manipulasi dengan menangis, biarkan je dia menangis! Serius! Biar dia menangis.
Asalkan tak ada mudarat, bebas dari bahaya, walau mata sembab sekalipun biarkan. Sembab senang hilang tapi sikap besar kepala susah giler nak hilangkan, huh! Kena tegas sikit, kalau dah kata No means No. Jangan bolak balik dalam mengajar tentang displin & adab pada anak anak ye. Lagipun itu sahaja cara untuk ajar anak tentang “Frustration Tolerance”, lama kelamaan nanti anak faham bahawa menangis bukan cara untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
Frustration tolerance ni la yang banyak beri manfaat pada kemahiran kemahiran lain seperti :
– Self control
– Urus diri
– Berunding
– Tolak ansur
– Disiplin
– Minta izin
– Minta tolong
– Hormat orang
Dan banyak lagi kemahiran penting penting. Jadi ibu ayah semua, jangan cepat kecut perut bila nampak anak menangis ya. Cool, anak sedang test kita ni tegas atau lemah. Tu je!
Demi isteri dan bayi dalam kandungan, seorang suami, Md Rajihan Junaidi memecahkan cermin keretanya selepas gagal meredah banjir dan sehingga kini masih belum dijumpai. Dia dipercayai hanyut bersama kenderaan selepas menyelamatkan isterinya dalam kejadian banjir yang berlaku di Batu Pahat-Mering, beberapa hari lalu.
Selamatkan isteri sarat hamil
Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, sehingga kini misi mencari dan menyelamat masih dijalankan. Sebelum kejadian berlaku, mangsa dipercayai telah bertindak meredah air sebelum kereta jenis Proton Waja yang dinaiki mereka dibawa arus banjir.
Mangsa kemudian telah memecahkan cermin kereta untuk mengeluarkan isterinya, Khairunnisa Ibrahim yang terkunci di dalam kenderaan berkenaan.
Difahamkan, Khairunnisa sedang sarat hamil enam bulan. Isteri mangsa akhirnya berjaya diselamatkan oleh orang awam sementara mangsa telah hanyut dibawa arus deras.
Hanya kereta ditemui
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Akob Sedek, kereta mangsa telah ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dihanyutkan.
Pasukan bomba menggunakan peralatan khas iaitu ‘gripping iron’ besi bermagnet untuk mengesan lokasi kereta mangsa. Kereta dapat dijumpai namun mangsa tiada di dalam kenderaan.
Sehingga kini, mangsa masih belum ditemukan. Walaupun begitu, misi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang tidak menjangkakan wabak COVID-19 ini mengubah kehidupan seluruh rakyat di dunia. Jika sebelum ini susah sekalipun tetap boleh keluar mencari rezeki untuk dinikmati bersama ahli keluarga.
Namun dah hampir 2 tahun keadaan ini seolah-olah seperti tiada penamatnya dan rakyat semakin dihimpit dengan masalah kewangan kerana tidak dapat mencari rezeki seperti biasa bagi meneruskan kehidupan. Lagi sedih bila melibatkan anak-anak yang kecil dan belum mengerti apa-apa.
Malah kehidupan anak-anak kita sekarang pun seolah terbatas dek kerana ‘dikurung’ dalam rumah atas faktor keselamatan dan kesihatan. Namun pernah tak terfikir, disebalik kesusahan yang kita lalui, ada insan-insan yang begitu ‘strugle’ meneruskan kehidupan.
Melalui apa yang dikongsikan di instagram Dura_inlove, benar-benar sayu melihat pengorbanan seorang ibu bersama anak kecil mencari rezeki demi sesuap nasi.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita memegang sambil mengangkat sepanduk bertulis “Hi Assalamualaikum & Salam Sejahtera, sy menjual tisu & face mask” tiap kali nampak kenderaan lalu sambil membawa anak kecil yang diletakkan dalam stroller.
Nampak kesungguhan wanita ini yang sanggup berpanas untuk memastikan kelangsungan hidup. Sebak melihat reaksi ibu ini apabila menerima wang jualan yang dihulurkan oleh salah seorang pembeli.
Difahamkan lokasi dua beranak ini mencari rezeki adalah di T- Junction lampu isyarat Jalan U-Thant, Kuala Lumpur.
Walaupun rakaman video tersebut sekejap, cukup buatkan sesiapa saja sebak kerana wanita dan anaknya itu hanya berpayungkan langit berdiri ditepi jalan mengharapkan jualan mereka dibeli.
“Mata masuk habuk”
Manakala anak yang tidak tahu apa-apa itu juga hanya melihat ke kanan dan kiri situasi yang berlaku.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui sebak melihat apa yang berlaku ketika ini disebabkan keadaan pandemik sekarang dan ada juga yang ingin berjumpa wanita tersebut untuk menghulurkan bantuan. Moga urusan kita semua dipermudahkan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bergelar seorang bapa di usia muda bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi Alif, kehadiran anak dianggap pembawa rezeki buatnya dan isteri.
Berkongsi mengenai cabaran dalam membesarkan anak-anak, Alif mengakui ianya bukanlah sesuatu yang mudah namun tetap menjadi momen indah buat dirinya dan kisah ini dikongsi dalam Anugerah BEST PAPA MILLENIAL 2022.
“Ada dugaan dan cabaran. Alhamdulillah sekarang bapa kepada 3 orang anak.”
“Setiap anak ada karakter sendiri, apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Dan Alif bangga jadi ayah kepada anak perempuan. Tak pernah ada rasa kasih sayang yang berbeza-beza setiap anak, kena adil. Alif percaya kita kena lead by example. Kalau diaorang nak bermanja, layan.”
Tambah Alif lagi, sebagai bapa kepada 3 cahaya mata dia menjadikan Rasulullah sebagai idola dalam mendidik anak-anak.
“Cara Rasulullah layan kanak-kanak, dengan kelembutan. Jadi Alif cuba buat benda yang sama.. anak datang tepuk-tepuk muka kita, panjat kita masa solat, tapi Alif tak pernah rasa marah. Kanak-kanak tetap kanak-kanak jadi kita layan sebaiknya.”
“Waktu Alif di rumah, bila ada masa terluang, Alif akan curi masa (Waktu main key point) contoh waktu anak sebelum tidur, selepas tidur atau hantar anak ke sekolah Alif akan ambik masa tu, pikul tanggungjawab supaya anak sentiasa rasa kehadiran ayah mereka.”
Pemenang Anugerah Best Papa Millenial 2022 ini turut berkongsi tip untuk tidak ‘stress’ dalam menguruskan keluarga tercinta kerana baginya ibu bapa perlu pandai menguruskan emosi sebelum menguruskan anak-anak.
“Antara saya dan isteri, Shadila of course kami bahagi-bahagi tugas. Daddy time, mommy time (Me time) perlu jugak dan sangat penting sebab kita pengendali kapal. Kena tahu masa untuk jaga anak-anak dan jaga diri sendiri, diri kita as parents. Kena sentiasa ada masa untuk diri sendiri barulah rasa lancar dan best je. Hantar anak-anak rumah atuk nenek dia, mama papa pergilah dating”
Siapa sangka dari seorang yang biasa-biasa kini dirinya antara selebriti dan pengacara pilihan ramai. Nak tahu perkongsian lebih tentang bagaimana Alif sebagai seorang papa dan suami melaksanakan tanggungjawabnya pada keluarga dalam kesibukannya bekerja, saksikan video di bawah.
Perasaan teruja seorang bapa jelas terpancar apabila Shuib berkongsi berita gembira mengenai anak perempuannya, Thalita, yang bakal membuat debut pertamanya dalam persembahan busking esok.Menerusi...