Sekaya manapun seseorang itu kasih sayang memang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Oleh kerana itu, Chef Selebriti dan juga penyanyi, Datuk Fazley Yaakob akui walau sesibuk mana pun dirinya, beliau akan ambil peluang untuk pulang ke rumah demi menjenguk anak-anaknya.
Menurut Fazley dia percaya hubungan yang rapat dengan anak-anak adalah perlu dan perlu dijalinkan sejak usia anak-anak masih lagi kecil.
Ia penting supaya anak-anak tidak berasa janggal atau kekok untuk memegang dan mengucup ibu ayah walaupun di khalayak ramai.
Tambahnya lagi, biarlah hidup miskin harta namun kaya dengan kasih sayang yang berpanjangan. Itulah yang membuatkan dirinya begitu akrab dengan anak-anak.
Ads
“Alhamdulilah setiap peluang saya dapat untuk balik ke rumah dan menjenguk anak-anak, saya akan buat. Sebab saya percaya hubungan yang rapat dengan anak-anak adalah sangat perlu dari kecik. @fieradzfazley@elliefazley
“Supaya bila besar nanti mereka tak janggal untuk pegang tangan kita dan kucup pipi kita walaupun depan khalayak ramai.
“Biar kita miskin harta, tapi kaya kasih sayang yang berpanjangan. Setuju tak?,” tulisnya
Menerusi entri tersebut Fazley memuat naik video saat pulang ke rumah dan dikucup anaknya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata kagum dan terinspirasi dengan cara didikan Fazley.
Ads
Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Ahmad pada tahun 2007 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 12, Ahmad Fieradz Shah, 11, Ahmad Firudz Shah, 9 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 3.
Dalam perkembangan lain, Fazley menunjukkan skil luar biasa apabila mencipta kek replikasi dari bentuk span basuh pinggan Scotch-Brite Scrub Dots Sponge.
Sumber: Gempak & IG Fazley Yaakob
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Yahya kini semakin mendapat tempat di hati ibu ayah di seluruh dunia apabila berjaya tersenarai dalam kelompok 100 nama bayi lelaki paling popular di United Kingdom (UK). Menurut laporan Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS), Yahya berada di kedudukan ke-93 dalam carta popular sepanjang tahun 2024, sekali gus mencatat sejarah buat kali pertama.
Apa yang lebih membanggakan, nama Yahya melonjak 33 anak tangga berbanding tahun sebelumnya dengan seramai 583 bayi lelaki di UK dinamakan Yahya. Nama ini bukan sekadar indah pada sebutannya, malah kaya dengan makna yang cukup mendalam. Dalam Islam, Nabi Yahya AS terkenal sebagai seorang nabi yang taat, berhati lembut serta membawa simbol kehidupan, kekuatan rohani dan pembaharuan.
Menurut Agensi, selain Yahya, nama Muhammad terus mengekalkan kedudukan nombor satu buat dua tahun berturut-turut sejak 2023. Seramai 5,721 bayi diberi nama Muhammad, menjadikannya pilihan utama dalam kalangan ibu bapa di England. Malah, ejaan lain seperti Mohammed (kedudukan ke-21) dan Mohammad (kedudukan ke-53) juga kekal popular.
Untuk bayi perempuan pula, nama Olivia dan Amelia masih menguasai carta, sementara Lily naik ke tangga ketiga menyingkirkan Isla. Ini membuktikan bahawa sama ada nama klasik atau moden, setiap ibu ayah tetap memilih nama yang membawa maksud indah dan mudah diingati.
Trend ini memberi inspirasi besar buat ibu ayah muda di Malaysia. Nama Yahya bukan sekadar cantik dan ringkas, tetapi juga sarat doa dan harapan. Menamakan si manja dengan nama yang penuh makna Islamik menjadikan ia hadiah awal paling bernilai daripada ibu bapa kepada anak.
Jika sedang mencari nama untuk cahaya mata, Yahya boleh menjadi pilihan istimewa. Selain mudah disebut, ia juga mengingatkan kita kepada kisah Nabi Yahya AS yang membawa teladan akhlak mulia, keberanian dan ketaatan.
Sesungguhnya, pemilihan nama adalah langkah pertama dalam membentuk identiti anak. Dengan doa, kasih sayang dan didikan ibu ayah, nama itu akan menjadi bekalan indah untuk mereka membesar menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kita ni waktu kecil, senang je menurut kata. Tapi bila dah masuk remaja, lain pula ceritanya. Kadang-kadang sikap mereka berubah hinggakan kita pun terperanjat, ‘betul ke ni anak yang aku asuh dulu?’
Siapa yang tidak hiba apabila anak yang dulunya mudah ikut kata kini bertukar kepada peremuk jiwa? Na’uzubillahi min zalik. Mohon dijauhkan Tuhan dari bapa segala musibah itu.
Alhamdulillah, Tuhan ada berkongsi doa Gred A untuk kita amalkan. Doa yang saya petik dari Surah Al-Furqan ayat 74 iaitu :
Bermaksud : ‘Wahai Tuhan kami, kurniakan kami isteri & zuriat yang menyukakan hati kami ketika melihatnya serta jadikanlah pemimpin bertakwa sebagai ikutan kami’.
Dalam doa ini, kata kuncinya terletak pada kalimah ‘Qurrata A’yun’. Kita perlu fahaminya agar doa yang diucapkan lebih mudah datang dari hati.
Istilah ‘Qurrata A’yun’ bermaksud ‘penyejuk hati’. Kefahaman mudahnya : apabila kita teringatkan anak, hati dipenuhi bahagia & bahagia. Anak yang membuatkan hidup kita terasa bermakna & dipenuhi ‘happiness’. Itulah maksud terma ‘Qurrata A’yun.
Bagaimana sikap anak sebegini?
Saya punya contoh kecil untuk memperihalkannya. Anak kedua kami namanya Aqif Furqan. Saya masih teringat lagi moment ‘Qurrata A’yun’ darinya yang waktu itu berusia 5 tahun. Ketika itu, saya baru pulang ke rumah setelah penat seharian dengan tugasan kerja, mesyuarat, traffic jam & sebagainya.
Dalam keadaan penat & badan hampir ‘zero’ tenaga, tiba-tiba ada semangat luar biasa datang. Dan ia berpunca dari si comel ini.
Aqif bila nampak kereta ayahnya parking depan rumah, ia terus meluru keluar. Mukanya tersengih ceria meneriak, ‘Yay, babah dah balik’ dengan kedua tangannya menghulurkan cawan plastik biru kepada saya.
‘Babah cuba minum air ni. Sedaaap….’
Allahu. Anda dapat bayangkan betapa bahagianya hati saya. Anak yang innocent & ikhlas ini hanya tahu satu perkara sahaja : ayahnya yang dikasihi telah pulang. Ini waktu untuk ia tunjukkan ‘appreciation’.
Saya terus memangkunya & minum air dari cawan plastik biru itu. ‘Adik, air apa ni?’ Saya tanya. ‘Air kosonglah babah’, dia menjawab dengan muka bersahaja.
‘Tapi kenapa air ni rasa lain’?’ Saya meneguk dengan dahi berkerut.
‘Oooo, tadi adik makan biskut, tapi rasa dia tak best. Adik keluarkanlah kat air ni….’. Dia menjawab dengan jawapan penuh ‘ikhlas’.
Air kosong bercampur luahan biskut. Itulah air yang dihulurkannya. Tapi saya teguk juga, bukan sebab rasanya sedap sangat (huhu..) tetapi air ini berperisa istimewa.
Ia berperisa ‘Qurrata A’yun’. Happiness.
Anda tentu tersenyum ketika membaca kisah ini. Harapnya semua anak kita menjadi zuriat ‘qurrata A’yun’ : anak yang baik, kasihi & hormati ibu-bapa serta menjadi anak penyejuk jiwa.
Anak yang bukan setakat pandai menurut kata tetapi prihatin terhadap keadaan kita. Anak yang ketika ia belikan makanan makanan untuk kita, ia tahu memilih juadah yang kita gemari. Jika ia belikan baju, itulah warna kesukaan kita.
Jika kita bermuram durja kerana suatu, ia bersungguh ambil tahu. Ketika kita sakit, ia sanggup ketepikan urusan kerja hanya untuk menemani kita di hospital.
Inilah anak ‘Qurrata A’yun’ yang didambakan. Amin, amin, amin. Dalam pada tu ulama pesan, jika kita inginkan hidup anak lebih berkah, kita boleh jemput keberkatan tersebut dengan berkongsi berkah kepada anak orang lain dengan amalan sedekah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa salahnya suami memahami isteri. Kepenatan isteri menguruskan rumah tangga perlu diambil kira. Seorang isteri rasa cukup dihargai bila pasangan memberi peluang untuk berehat. Tak jatuh pun maruah suami jika bantu isteri buat kerja rumah atau jaga anak.
Perkongsian dari seorang suami, Abu Hurairah Asifa ini membuktikan suami kena faham isteri dalam semua aspek. Bukan setakat kita nak jadikan isteri sebagai pengurus rumah tangga tapi lebih dari itu lagi.
Berikut antara perkongsiannya:
Kalau kita mandi, nampak banyak rambut isteri di lantai.
Kalau kita sapu rumah, banyak rambut yang bersibai.
Kalau kita tengok sikat, banyak rambut yang berumbai.
Jangan salah faham, tu bukan rambut makhluk halus atau pontianak harum buah kelibai.
Itu rambut isteri kita.
Sebab apa rambut isteri kita banyak gugur?
Tekanan di tempat kerja, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan sikap kita. Dan tertekan dengan masalah diri pun ya juga.
Ini tugas kita kena bantu dengan cari atau usahakan ubat dan herba. Boleh tanya farmasi atau bawa isteri untuk check up selalu kesihatan dia.
Pengambilan ubat yang melebihi dos juga menyebab rambut isteri kita gugur. Kalau dia selalu pening kepala, biasanya kita hulur sahaja panadol padanya. Mungkin kita sebagai suami boleh legakan dengan merawatnya sendiri. Saya pernah up status tentang cara merawat isteri.
Kadang, isteri sanggup tak makan sebab nak kurus. Kadang pula isteri kita makan tak kena diet. Makan tu makan ni jadi ada kekurangan yang menyebabkan keguguran rambut.
Penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyering rambut dan juga bahan untuk kegunaan meluruskan dan kerintingkan rambut.
Ini saya kongsi adalah berdasarkan apa yang saya faham. Andai salah dan tak betul, komen dan tambahkan saja.
Kita nak semuanya baik kan?
InsyaAllah, bila kita lihat rambut isteri banyak gugur, kita faham bahawa sudah sampai masanya kita menghiburkan dan merawat sendiri isteri kita.