Pasangan yang cukup luar biasa. Pasangan suami isteri, Mohd Rizuhan Jaafar dan Hasnah Salleh yang dikurniakan 13 cahaya mata memberi inspirasi kepada ramai bila mana lapan daripada anaknya berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran.
Manakala lima lagi masih tekun berusaha bagi melengkapkan hafazan 30 juzuk al-Quran. Bukan didikan biasa-biasa. Tidak hairanlah dipuji wargamaya.
Pasangan yang berasal dari Kampung Patek Kadok, Ketereh, Kelantan ini juga tidak kisah hidup serba sederhana asalnya pelajaran anak-anak diutamakan.
“Biarlah maa sederhana, asalkan anak-anak hidup dalam kalam ALLAH,” demikian kata-kata penuh makna daripada seorang ibu yang menjadi tunjang kekuatan sebuah keluarga hafiz al-Quran.
Apa yang lebih mengagumkan, mereka membesarkan anak-anak dengan pendidikan agama walaupun dalam keadaan serba sederhana.
Ads
“Walaupun ayah hanya seorang pensyarah dan ibu seorang guru, dalam serba kekurangan mereka tetap utamakan pendidikan agama untuk kami. Setiap bulan, RM400 untuk seorang anak dilaburkan untuk menghantar kami ke pusat tahfiz,” ujar salah seorang anak mereka melalui perkongsian di TikTok @hifzplanner.
Mohd Rizuhan sanggup berkorban tenaga dan masa, menghantar dan mengambil anak-anak dari pusat tahfiz tanpa pernah mengeluh di depan mereka, walaupun penat bekerja seharian.
Ads
Kejayaan anak-anak satu kebanggaan ibu ayah
Biarpun diuji dengan pelbagai ragam anak kecil yang tidak mahu berjauhan dengan ibu dan ayah di waktu kecilnya, namun keduanya tekad demi mahu anak-anak dibekalkan dengan jalan Allah.
Kini, anak-anak mereka bukan sahaja hafiz al-Quran, tetapi juga berjaya dalam pelbagai bidang.
Ads
Anak sulung Muhammad Zaim, 33, dan anak keenam Nur Syakirah, 27, bergelar usahawan. Anak ketiga, Fatimah Zaharah, 30, seorang doktor perubatan.
Tiga lagi, Mardhiah, Asma’ Nabila dan Nur Syakirah memilih menjadi ustazah. Sementara anak-anak lain sedang melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat.
Kisah keluarga ini bukan hanya menarik perhatian ramai bahkan menjadi satu inspirasi untuk ibu bapa muda untuk mendidik anak-anak cintakan al-Quran untuk kejayaan di masa hadapan.
Kanak-kanak tidak dibenarkan sertai musim haji 2025. Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan peraturan baru bagi musim haji 2025 dengan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menyertai jemaah haji ke tanah suci, lapor Azernews.
Kanak-kanak Tidak Dibenarkan Sertai Musim Haji 2025
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkata, bahawa langkah ini bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada risiko berbahaya akibat kesesakan yang luar biasa setiap tahun semasa musim haji.
“Kami mengambil langkah ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta mengurangkan sebarang bahaya yang mungkin berlaku semasa perjalanan haji,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan rasmi baru-baru ini.
Sebagai tambahan kepada langkah ini, kementerian itu juga telah memperkenalkan beberapa inisiatif baharu yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan jemaah haji.
Ini termasuk kempen kesedaran mengenai keselamatan mandiri, pengenalan sistem pintar yang direka untuk membimbing dan mengawal pergerakan jemaah haji ke kawasan ibadah dan pemodenan khemah serta laluan untuk meningkatkan keselesaan bagi memudahkan pelaksanaan ibadah haji.
Selain itu, kementerian turut mengumumkan bahawa keutamaan akan diberikan kepada jemaah yang menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada tahun 2025 ini.
Sebelum ini, Arab Saudi juga telah mengumumkan perubahan penting kepada dasar visa haji. Bermula 1 Februari, jemaah dari 14 negara hanya akan layak untuk mendapatkan visa masuk tunggal. Perubahan ini bertujuan untuk mengurangkan amalan menunaikan Haji tanpa kebenaran yang sah.
Ibu mana yang tidak luluh hati apabila melihat anak tersayang pergi buat selama-lamanya lebih-lebih lagi dalam keadaan mengejut. Tiada lafaz mampu diucapkan saat jenazah diusung pergi hanya air mata menjadi teman setia, menitis tanpa henti mengiringi pemergian puteri tercinta.
Ketika itu fikiran bercelaru sedih, trauma, dan kehilangan yang tak terucap. Cahaya hidup yang selama ini jadi peneman siang malam, kini hilang sekelip mata. Zara Qairina, nama yang akan sentiasa terpahat dalam jiwa.
Namun siapa sangka, di saat akhir memandikan jenazah anak sendiri sang ibu terhenti seketika. Terpandang sesuatu yang tak sepatutnya ada kesan lebam di belakang tubuh arwah Zara. Bukan lebam biasa. Bukan sesuatu yang boleh didiamkan. Ia nyata. Ia jelas.
Kesan itu disaksikan sendiri oleh ibu arwah ketika memandikan jenazah pada 17 Julai 2025. Namun dek terlalu trauma, fikiran ibu Zara kabur saat itu. Perkara ini hanya diluahkan setelah ditanya oleh peguam keluarga. Hari ini, segalanya dibuka semula.
Sebagaimana perkongsian di face book akaun Ustazah Marhamah Rosli berkongsi bahawa siasatan dibuka semula demi menuntut keadilan untuk Allahyarhamah Zara Qairina. Jangan abaikan bukti penting ini. Jangan biarkan suara arwah terus tenggelam dan dilupakan.
Kenyataan rasmi daripada barisan Peguambela & Peguamcara:Hamid Ismail & AlanShahlan Jufri pada 03 Ogos 2025
Difahamkan juga, pihak peguam telah mengeluarkan tujuh fakta penting bagi membantu keluarga Zara membuat laporan polis sekali lagi dengan harapan besar agar siasatan dapat disemak semula dan keadilan ditegakkan seadil-adilnya.
7 Fakta Laporan Polis Kedua Dibuat
7 Fakta daripada kenyataan media telah dikeluarkan oleh pihak peguam berkenaan antaranya
“Anak guam kami tidak memasukkan fakta penting ini di dalam laporan-laporan polisnya sebelum ini kerana dia terlupa sepenuhnya mengenainya,”
“Beliau Hanya teringat semula tentang kesan-kesan lebam ini apabila kami menyoal beliau kelmarin tengahari berkenaan keadaan tubuh anaknya semasa dimandikan olehnya. beliau terlupa fakta ini sejak 16.7.2025, beliau terlalu sedih dengan perkara yang menimpa anaknya.”
“Anak guam kami percaya kesan-kesan lebam yang dilihatnya itu adalah kesan-kesan kecederaan yang diakibatkan oleh pukulan-pukulan menggunakan objek tumpul ke bahagian belakang Zara sebelum dia ditemui di bahagian bawah bangunan asrama sekolahnya pada subuh 16 Julai lalu.”
Untuk info, Allahyarham Zara Qairina, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas sehari menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama pada pukul 3 pagi dan mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke hospital oleh pihak sekolah.
Polis sudah melengkapkan siasatan dan kertas siasatan dijangka diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara selewat-lewatnya minggu hadapan.
Suun atau suhun selalu kita gunakan ketika memasak sup sayur dan masak lemak putih. Biasa terjadi lepas masak, suun akan kembang dan menyerap kuah sehingga tinggal sikit saja.
Jika memasak suun ada tip yang boleh kita gunakan supaya ia tak kembang dan menyerap kuah. Caranya dikongsi oleh Fara Herda Razalan.
Suka makan sup suhu dan fucuk campur kentang? Sedap makan panas-panas dengan nasi dan sambal belacan kan
Tapi kalau masak suhun selalu ada masalah suhun kembang sampai serap habis kuah. Dulu saya pun ada masalah ini tapi saya cuba beberapa tip dan menjadi. Simple tip saja.
– Suhu jangan letak banyak sangat
– Mesti rendam suhu dan fucuk dalam air dulu
-Tuang air lebih dari biasa. Kalau sebelum ini letak 1L tambah jadi 1.5L.
– Letak suhu akhir sekali. Kemudian kacau sekejap saja dalam 20 saat. Terus tutup api dan tutup periuk. Biarkan saja suhun masak sendiri dalam periuk.
Resipi Sup Suhun & fucuk
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak masak
1kiub ikan bilis
1 pack tofu lembut (jika suka)
1-2 biji kentang – potong kecil
Air secukupnya
1 paket suhun & fucuk (rendam sampai lembut)
Garam secukupnya
Cara membuat
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris hingga naik bau.
2. Tuang air kemudian masukkan kiub ikan bilis, kentang. Masak seketika, kemudian masukkan fucuk, tofu dan suhun yang sudah direndam serta garam.
3. Kacau dan biar selama 20 saat. Tutup api dan biarkan. Suhun akan masak dalam sup yang masih panas.
Sumber: Fara Herda Razalan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zaman sekarang, semuanya di hujung jari termasuk urusan Tadika dan Taska! Memperkenalkan KindyPro, sistem pengurusan bersepadu yang direka khas untuk membantu pengusaha Tadika, Taska...