Perasan tak anak kecik suka main kotak. Sebenarnya bermain kotak boleh jadi cara terbaik rangsang mereka lebih bijak berimaginasi dan kreatif.

Budak-budak kalau nampak kotak, dia punya seronok dapat main objek tersebut macam jumpa alat permainan terhebat. Padahal sebuah kotak sahaja. Tak percaya anda cubalah bagi kotak pada si kecil.

Anda akan kagum menyaksikan kreativiti si kecil bereksplorasi dan berimaginasi menggunakan kotak sebagai alat pembelajaran secara realiti. Biarkan mereka sibuk bermain kotak kerana ada kelebihan yang positif pada perkembangan si manja.

Biasanya sejak usia bayi lagi mereka sudah pandai bermain kotak. Bayi yang dah boleh merangkak memang suka meneroka persekitarannya. Biarkan sahaja mereka meneroka tapi dalam masa yang sama ibu ayah perlu memantau mereka.

Selain daripada memberi mereka bermain alat permainan yang direka khusus mengikut usia bayi, anda juga boleh menggunakan bahan terbuang di rumah sebagai satu alat bantu merangsang kemahiran pembelajaran bayi.

Memang seronok kalau dapat bermain dengan si kecil. Melihatkan aksi terujanya dengan alat permainan cukup menyeronokkan. Jom buat permainan kotak yang membantu merangsang kemahiran bayi anda. Jimat dan murah! Paling penting anak gembira bermain.

Permainan kotak ini sesuai untuk bayi dan kanak-kanak berusia enam hingga 24 bulan.

Bahan yang diperlukan: Pelbagai bentuk dan saiz kotak. Jika boleh cari kotak yang ada penutup.

Biarkan Anak Suka Main Kotak. Cara Terbaik Rangsang Mereka Bijak Berimaginasi Dan Kreatif

IKLAN

Bagaimana cara nak bermainnya?

a. Letakkan kotak kecil ke dalam kotak besar atau boleh juga letak sebarang objek mainan dalam kotak.

b. Kotak dengan penutup dapat memberikan mereka lebih cabaran untuk membuka dan menutupnya.

c. Anda juga boleh menyusun kotak menjadi ‘bangunan’ dan jatuhkan ia. Si kecil pasti ketawa seronok.

Biarkan Anak Suka Main Kotak. Cara Terbaik Rangsang Mereka Bijak Berimaginasi Dan Kreatif

IKLAN

Sementara untuk anak yang sudah besar pula, biarkan mereka mengeksplorasi kotak sendiri dan menggunakan kreativiti mereka bermain kotak. Mereka akan menjadikan kotak sebagai rumah, kereta, bangunan dan sebagainya lagi. Pandai kan anak-anak kita berimaginasi!

Apa yang anak belajar?

Biarkan Anak Suka Main Kotak. Cara Terbaik Rangsang Mereka Bijak Berimaginasi Dan Kreatif

1. Kemahiran motor halus.

2. Koordinasi tangan dan mata.

IKLAN

3. Kenal bentuk dan saiz. Kebanyakan kotak berbentuk segi empat tepat, cuba cari bentuk kotak rectangular, bulat dan lain-lain lagi.

4. Belajar kenal warna. Ada pelbagai warna pada kotak tersebut.

5. Luahkan emosi. Kegembiraan, penyertaan dan keseronokan yang bayi perolehi ketika bermain.

6. Kemahiran motor kasar seperti meregangkan badan untuk menyusun kotak, bergerak sekeliling untuk mengutip kotak apabila ia terjatuh.

7. Belajar bahasa. Interaksi yang berlaku antara ibu ayah dan bayi ketika bermain.

8. Kemahiran kognitif. Apa hendak buat dengan kotak? Buka kotak, tutup, bina kotak, ketuk kotak, susun kotak, masukkan objek dalam kotak dan sebagainya.

9. Mempelajari apa itu graviti. Apa yang tinggi akan terjatuh!

10.  Pengekalan objek. Sembunyikan objek di bawah kotak. Tanyakan anak ke mana pergi objek tersebut.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI