Mama walaupun masih belum mampu mengangkat dan memegang Muhammad Syahmi tetapi air mata dah membuktikan segalanya. Walaupun tak mampu nak ucapkan sayang hanya linangan air mata dah mengambarkan kerinduan yang tak tertanggung oleh Nur Fadilla.
Walaupun mama Syahmi hanya baring di katil tetapi setiap kali melihat anaknya seolah-olah Fadila dapat satu kekuatan dalam dirinya.
Menerusi perkongsian kakak Nur Fadila, Hasirah Nujiey menurut doktor yang merawat Nur Fadilla di ICU, tangisan Syahmi mungkin boleh memberi kekuatan pada mamanya untuk kembali sembuh biarpun ambil masa yang lama.
Setakat ini Fadilla menunjukkan perkembangan positif dan mula melakukan fisioterapi untuk menggerakkan anggota badannya.
Walaupun nampak seperti susah sedikit tetapi semangat dalam diri Fadilla kuat untuk melawan sakitnya.
Berikut perkongsian Hasirah mengenai keadaan Fadilla
09.04.2019 ( hari ke 145 )
PERTEMUAN KALI KEDUA
Alhamdulillah..
Moklaa tunjuk kan perkembangan positif…
Hari ni biar kan muhammad Syahmi meratapi dgn tangisan disisi mama…
Agar mokla kuatkan semangat utk sembuh…
Kedua2 mereka menangis tnpa batasan…
Dengarlah tangisan ank mu moklaa..
Die perlukan dakapan dan ciuman dari mu… Kuatkanlah diri mu utk kesembuhan…
Seminggu sekali Muhammad syahmi kena peluk mama..
Sbb doc nk tgkk reaksi otak moklaa bila selalu berjumpa anknya…
Semoga Allah turunkan keajaiban utk kesembuhan moklaa..
16.04.2019 ( hari ke 152 )
PERTEMUAN KALI KETIGA
Ibu & anak…
Syukur yA Allah…
Terima kasih pd semua yg tak putus2 mendoakan kesihatan mokla….
Perkembangan positiff mokla tunjukkan… Alhamdulillah sgt2…
Mokla masih lg kat wad ICU INTAN..
Doc masih nak pantau kesihatan moklaa..
Hari ni adik ikut mama kebilik fisio..
Sampai adik tertido..
Moklaa still ngan air mata…
Setiap minggu ada saje perubahan dari moklaaa…
First time mokla berdiri ( guna katil khas)
Berusaha la duhai adikku.. gagahilah dirimu utk kau memeluk anakmu…
Kami sentiasa disisimu…
Kuatlah demi ank dan suami mu…
Semoga mokla cepat sembuh…