Kebanyakan bayi suka tidur meniarap dan mereka suka dengan gaya tidur itu. Malah ada segelintir ibu bapa berpendapat anak tidur pada posisi ini lebih lena dan lama berbanding posisi tidur yang biasa.

Tapi adakah anda tahu anak tidur dalam keadaan meniarap amat berbahaya. Lagi-lagi yang berumur bawah 6 bulan dan belum pandai nak alihkan muka dan kepalanya sendiri jika tak selesa.

Kebanyakan kes Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) ini berlaku ke atas bayi sihat yang berkelakuan normal tanpa menunjukkan sebarang petanda, dan maut tiba-tiba di tempat tidur.

Biarlah Ada Petua Kata Anak Lebih Bijak Tidur Meniarap, Tolong Jangan Biasakan. Bahaya!

Kenapa posisi meniarap tak digalakkan, perkongsian dari Dr Taufiq Razif sangat jelas.

Memang agak cemas juga saya tiap-tiap malam masa Aesha Soolihah ni belum masuk umur 5 bulan.

Kadang-kadang tu tanpa sengaja Umminya tidurkan si Aesha ni dalam keadaan meniarap. Risau betul saya kalau si Aesha ni tidur meniarap sebab benda ni faktor risiko untuk terjadinya SIDS!

SIDS ni Sudden Infant Death Syndrome. Lebih kurang macam kematian bayi secara mengejut yang tak boleh nak dijelaskan puncanya. Tiba-tiba je bila kita kejutkan untuk bangun si bayi tu tak bangun bangun.

Kecuali si bayi tu dah ada skill dan kemampuan untuk bergolek sendiri insyaAllah risiko tu akan menurun. Ada teori mengatakan SIDS ni terjadi sebab bayi tersembam dan dia hidu terlalu banyak nafasnya sendiri yang penuh dengan karbon dioksida.

Biarlah Ada Petua Kata Anak Lebih Bijak Tidur Meniarap, Tolong Jangan Biasakan. Bahaya!

Ada juga teori mengatakan saluran pernafasan jadi sempit masa anak kita meniarap. Walau apa pun teori ni takyah la bagi anak tidur meniarap lebih lebih lagi yang umur di bawah 5 bulan. Biarlah ada petua kata anak jadi lebih bijak kalau tidur meniarap sekalipun.

Tu la kenapa kena belajar ilmu parenting, benda remeh macam ni pun boleh akibatkan kematian apatah lagi perkara besar yang lain.

p/s : Tolong sebar benda ni pada mak ayah yang belum tahu ye. Rasanya ramai lagi mak ayah yang tak tahu tentang benda ni.

Sumber: TaufiqRazif

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI