Biarlah Anak Comot Dan Main Kotor Sebab Itu Tandanya Mereka Sedang Belajar Banyak Benda

Share

Sesekali biarlah anak comot dan main kotor sebab itu sebenarnya tanda mereka sedang belajar banyak benda. Kalau anda seorang ibu yang selalu membebelkan anak yang bajunya lebih kerap ditukar kerana comot dan suka bermain kotor, lebih baik ketahui dulu apa faedah yang si kecil perolehi.

Mungkin bagi sesetengah ibu, membenarkan anak main kotor dan comot adalah sesuatu yang tak boleh diterima akal. Kalau boleh ibu tak nak ada setitik kotoran pun pada pakaian anak tapi kalau dah namanya anak kecil mana mungkin mereka bersih sahaja 24 jam.

Menurut Hazhari Ismail, Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Sultan Azlan Shah, biarkan si kecil kotor dan comot kerana mereka sedang belajar!

“Kenapa setiap hari baju anak saya kotor? Tau tak susah nak hilangkan segala macam kotor atas baju tu?”

Antara rungutan parents apabila dapat tahu baju anak mereka sentiasa kotor.

Puas cikgu di sekolah dok merencana apakah aktiviti yang menarik dan berkesan untuk anak-anak kesayangan mereka. Alik-alik, cikgu pula dimarahnya.

Anak-anak di bawah umur 6 tahun, sifatnya ingin meneroka. Semua benda kalau mereka rasa nak cuba, mereka akan cuba. Kadang-kadang luar dari pandangan kita. Ikut sukahati mereka.

Semut pun menjadi mangsa dipicitnya.
Eh, lumpur ni rasa dia macam mana.
Nak campur lah air teh dengan sirap jadi apa.
Kalau pegang duri bunga ni boleh tak. 
Kertas kalau dah koyakkan, leh camtum balik ke.

Dan apabila kita benarkan mereka kreatif untuk meneroka, maka kita juga benarkan mereka menjadi seorang yang kreatif untuk berfikir.

Perkembangan kreativiti dan aestetik merupakan salah satu element penting dalam development kanak-kanak. Tapi, ia tidak bergerak sendiri. Perlu diintegrasi dengan perkembangan yang lain seperti fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Kerana semua perkembangan ini bersifat inter-dependant.

Sekadar contoh mudah, aktiviti melukis. Nampak ringkas tapi ia adalah integrasi ke semua perkembangan yang ada. Pegang pensel warna itu sendiri dan melukis adalah koordinasi tangan dan mata (fizikal), berfikir dan decide nak lukis apa (kognitif), penggunaan warna dalam lukisan (mampu tonjolkan emosi), minta izin nak pinjam pensel warna kawan (sosial). See, dengan satu aktiviti yang kita nampak mudah, tapi sebenarnya memberi kesan yang menyeluruh kepada perkembangan kanak-kanak.

Tapi, ibu bapa kurang faham kepentingan kreativiti dan estetik ni. Asyik drilling ke arah menulis dan membaca.

Betul, yang dimarahnya sebab baju kotor. Susah nak basuh. Kena sental dengan tangan semua. Tapi, janganlah disebabkan kemalasan kita, maka kita rencatkan perkembangan anak-anak dengan tidak membenarkan kepelbagaian aktiviti yang berkesan?

Mungkin tanah yang melekat baju tu hasil daripada anak yang sedang lari dan jatuh tersembam. Maka mereka belajar konsep kestabilan badan sambil berlari. So next time boleh kawal.

Takpun, warna yang tercalit kat baju disebabkan kelemahan koordinasi tangan mereka yang belum kuat sehingga terkena baju? Jadi next time kena adjust jangan bagi kena.

Baju yang basah lencun tersimbah air membuatkan mereka belajar. “Oh, baju ni menyerap air. Sebab tu basah.”

Sos yang menitis ke baju sebab makan lasak sangat sampai tertumpah kan sos dan terkena baju. Mereka boleh belajar adab ketika makan.

Banyak sebenarnya nak dicontohkan.

Sebab tu lagi comot baju anak-anak patutnya parents kena bersyukur for whatever knowledge and experiences yang anak dah belajar dan lalui di sekolah.

Pihak sekolah boleh sediakan apron sebagai mengurangkan masalah kekotoran dan kebisingan ibu bapa. Tak pun pesan kat ibu bapa supaya setiap hari bawa baju basahan sebab setiap hari buat aktiviti yang comot.

Ibu bapa kalau mampu, beli la 5 pasang uniform so tiap hari tukar. Iklan kat tv banyak advocate and market kan pencuci yang tanggalkan kotoran. Try lah beli yang macam tu.

Biarkan mereka kotor, kerana mereka sedang belajar.

Sumber: Hazhari Ismail

Published by
Hasnita Sawal