Rumah tangga yang hilang seri. Zaman sekarang adalah zaman di mana suami dan isteri lebih banyak buat hal sendiri berbanding berkomunikasi sesama sendiri, memahami isi hati, bergurau senda, bantu membantu, tolong menolong, bercerita dan sebagainya.
Dalam rumah ada suami, ada isteri, ada anak-anak. Tapi suasananya sunyi macam tak ada siapa-siapa di dalamnya.
Masing-masing meletakkan diri pada zon selesa masing-masing. Isteri di dapur, suami di ruang tamu, anak-anak dalam bilik. Isteri dengan kerja-kerja dapur, suami menonton TV, anak-anak main HP.
Ads
Ini contoh keluarga zaman moden…
Buat hal masing-masing, makan asing-asing. Tak ada siapa yang nak memulakan komunikasi antara keluarga, apa jua masalah, sendiri simpan, sendiri selesaikan.
Nampak isteri lalu, nampak suami lalu, nampak anak-anak lalu depan mata, tapi tak ditegur, tak di hiraukan, tak dipanggil untuk bersembang.
Ads
Bayangkan, seharian isteri tunggu suami di rumah, suami balik keje ja, sempat bercakap beberapa patah sahaja. Seharian suami di tempat keje, sampai je rumah, sempat bercakap beberapa patah jugak. Seharian anak-anak ke sekolah, tuisyen dan sebagainya, bila datangnya malam, berkumpul dengan ibubapa, tapi hanya bercakap beberapa patah dengan mereka.
Ads
How sad is life nowadays bila masing-masing lebih memilih untuk buat hal masing-masing. Jadi mulai hari ini sentiasalah ciptakan momen yang sentiasa memberi kebahagiaan buat semua ahli keluarga.
Walaupun benda yang kita nampak simple tapi dilakukan dengan penuh kasih sayang semuanya akan jadi lebih bermakna.
Tidak dinafikan proses hamil & melahirkan cukup menyakitkan. Hadirnya anak dalam keluarga sebuah rahmat, punca mengalirnya keberkatan & rezeki dalam keluarga.
Perkongsian Ustaz Ebit Lew ini menyentuh sanubari ibu & ayah yang kadangkala terlupa detik sukar mengandung & melahirkan dan tidak menghargai anak-anak. Dalam kesibukan urusan dunia, jangan abaikan tanggungjawab memberikan kasih sayang & perhatian kepada mereka.
Main sorok-sorok dengan anak dan isteri. Tak sabar nak jumpa umi & anak-anak.
Pandanglah anak-anak & isteri dengan kasih sayang. Sakit sangat untuk dapat seorang anak, bersyukurlah. Ada yang diuji tanpa anak. Hargailah pasangan kerana Allah.
Ingat suatu hari nanti anak-anak akan meninggalkan rumah & pasti kita akan terpisah.
Bila bersyukur Allah akan tambah nikmat. Jangan pandang rendah, cari emas dalam diri mereka, hargai, puji & doakan mereka.
Jika kita tak hargai anak, siapa lagi nak hargai mereka. Kasihan mereka kecil-kecil lagi kita nak mereka seperti kita ‘sempurna’.
Pegang & dukung anak rahmat Allah, Allah sayang kita. Bila mati anak yang akan doakan kita. Doa mereka membawa kita kepada reda Allah.
Bukan nak salahkan satu pihak sahaja tetapi sejak kebelakangan ini banyak kes membabitkan hubungan suami isteri dilaporkan. Jika dilihat pada matlamat awal perkahwinan masing-masing nak hubungan berkekalan namun kerana ada kesilapan, itu yang buatkan hubungan makin renggang.
Pesanan Imam Muda Hassan yang selalu berkongsi ilmu rumah tangga ini boleh dimanfaatkan bersama-sama agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia selamanya.
“Takkan senang orang yang menzalimi, dan takkan susah orang yang dizalimi”. Ini ungkapan seorang guru teman yang teman akan ingat sampai bila-bila.
Sabda Nabi SAW, doa orang yang dizalimi itu tergolong dalam golongan orang yang mustajab doa.
Walaupun luka hati seorang isteri sukar untuk dirawat, tapi cukuplah Allah sebagai tempat mengadu, Dia yang boleh menyembuhkan luka dalam hati.
Cukuplah seorang isteri mendoakan kebaikan buat suaminya, dan mendoakan juga kebaikan pada dirinya sendiri. Jika suami melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap isteri, mohon agar Allah tunjukkan kebenaran pada suaminya. Kadang-kadang kerana ego seorang suami, dia tidak nampak kesalahan dirinya, biarlah Allah jentik hatinya untuk dia tahu salah silap dirinya.
Isteri doalah, “Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik di sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pesanan untuk yang bergelar ibu bapa, berhenti ‘dera’ anak dalam senyap. Rupanya itu antara punca anak kurang rasa hormat pada kita bila besar nanti.
Abah, rama-rama ni nak warna apa?”.
“Warna je la apa-apa pun Izni,” sambil tangan sibuk scroll Facebook.
Sedar tak kita sedang ‘dera’ anak dalam senyap?
Ya, memang kita tidak dera melalui fizikal. Tidak rotan, tidak sebat dengan tali pinggang mahupun hanger, tidak menggunakan getah paip atau batang pokok betik untuk mendera, tapi dalam tak sedar ada ‘penderaan’ yang maha dasyat kita telah lakukan terhadap anak kita. Apakah penderaan itu?
Dari segi emosi, penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yang mencerobohi lapisan minda seseorang itu dan terganggu untuk jangka masa pendek mahu pun panjang. Antara contoh yang paling mudah:
1. Mengabaikan anak.
“Eh, mana ada saya abaikan anak saya. Makan minum dan pakaian semua cukup. Siap lebih lagi,”. Itu kata anda. Apa pula kata anak anda?
Cuba tengok situasi ini.
Anda balik kerja waktu petang. Seharian anda di pejabat, anak anda pula di tadika/sekolah. Waktu bersama anak dan isteri hanya sebelah malam.
Dan waktu malam inilah anak-anak nak bercerita dengan anda. Nak beritahu apa yang berlaku di tadika/sekolah. Betul? Tapi anda perasan tak, sewaktu anak anda bercerita, apa yang anda lakukan? Tengok muka anak anda? Atau anda lebih fokus pada televisyen? Atau Facebook? Whatsapp? Handphone di tangan?Anda sedar tak anda telah mengabaikan perasaan anak anda.
Bila anak ajak anda main, anda beri alasan penat, tak larat, walhal anda malas nak layan. Nak main handphone, game dan sebagainya. Betul?
2. Tidak memuji anak, tak beri sokongan.
Anak dapat no. 7, no. 9, no. 19, adakah anda memuji anak? Beri kata-kata semangat? Atau anda langsung tak ambil tahu?
Bila anak tolong kemas mainan, tolong basuh pinggan, tolong kita ambil air untuk minum, adakah kita memuji atau mengucapkan terima kasih? Sepatutnya dari kecil ini kita sudah melatih anak untuk berterima kasih kepada orang.
3. Jangan jadi batu/ dinding.
Anak hampiri kita, tanya kita tentang warna apa yang sesuai untuk warna lukisan rama-rama. Kita pula sibuk melayan video di Facebook. Tak menjawab persoalan anak kita, sehinggakan anak kita berlalu pergi. Punyalah batu kita ni. Tak bolehkah kita ‘Pause’ sebentar video tersebut dan bagi perhatian pada anak? Video tu akan hilangkah? Atau anda lebih rela perasaan anak anda hilang? Ya, ni kesilapan yang kita sedang buat.
4. Terlalu cerewet, teliti.
Jangan kita terlalu cerewet jika anak dalam situasi seperti ini:
Anak nak pakai selipar tak boleh, kena pakai kasut.
Anak nak pakai baju warna kuning tak boleh, kena pakai baju merah.
Anak dapat no.5, marah.
Kita nampak benda ini remeh, tapi hakikatnya penderaan ini boleh mengganggu emosi dan peribadi anak-anak.
5. Biar anak buat keputusan sendiri.
Ya, sesekali biarkan anak buat keputusan sendiri. Biar tahap ‘confident’ anak lebih tinggi. Jadi dia akan lebih berdikari dan tidak dibuli.
Anak tanya, “Abah, nak pakai baju ultraman ke baju upin ipin?”. Abah pun jawab, “Ikut suka Izni la nak pakai baju apa pun,”.
Betul ke jawapan kita? Salah !
Cuba begini, ” Malam ni Izni nak jadi ultraman ke upin ipin?” Jadi mereka boleh berfikir dan buat keputusan dari soalan kita itu. Semuanya kena bermain dengan kata-kata. Kita perlu lebih kreatif melayan kerenah anak-anak.
6. Merendah-rendahkan anak
Pernah kita rendah-rendahkan anak depan orang? Tidakkan? Tapi sedar tak, kadang-kadang kita tak perasan yang kita sebenarnya dah rendahkan anak-anak.
Contohnya, bila orang puji anak kita ” Rajinnya Amni tolong angkat pinggan mangkuk dan siap basuh,”.
Tapi kita pula jawab, “Biasalah tu, kat rumah orang dia rajin la sikit. Kalau kat rumah tu, pinggan lepas makan tinggal sahaja dalam sinki”. Pernah tak alami situasi ni? Dalam tak sedar kita dah lukakan emosi anak kita. Daripada nak jadi baik, terus tak baik-baik.
Alangkah lebih elok kita memuji anak kita, supaya pujian itu boleh dibawa ke rumah seandainya betul sekalipun anak kita malas.
7. Tidak memperjuangkan atau ‘back up’ anak.
Anak cakap, Abu curi pemadam dia. Kita hanya balas, “Tak apa lah, kita beli baru nanti,”.
Kita boleh sahaja balas, ” Mana boleh macam itu, itu hak Izni. Izni kena laporkan kepada guru. Tuntut semula hak Izni,”. Anak kita akan lebih rasa dihargai dan lebih berkeyakinan. Jangan biarkan anak kita jadi mangsa buli fizikal dan mental.
8. Sikap penolakan terhadap permintaan.
Tak semua benda kita boleh terima dan tak semua benda juga kita boleh tolak. Begitu juga dengan anak-anak.
Sesekali kita tunaikan permintaan anak. Jika kita tidak mampu, kita cuba berikan dalam bentuk/perkara yang lebih menyenangkan kita.
Tapi ingat, bukan selalu kita boleh penuhi. Jika tidak, nanti akan naik lemak pula. Kena tahu cara untuk atasi permintaan.
Kesimpulannya jangan merungut tiada masa untuk anak. Cuba bahagikan masa untuk mereka kerana mereka lahir dari darah daging kita. Kita yang mencorakkan mereka. Jika kita corakkan hitam, hitamlah jadinya.