Pasangan suami isteri yang juga pelakon dan penyanyi, Harris Alif, 23, dan isterinya, Intan Ladyana, 38, sepakat membuat keputusan untuk tidak mendedahkan jantina bayinya yang kini memasuki usia 7 bulan.
Menurut Harris, pihaknya bukanlah mahu berahsia namun mengaku mahu memberi kejutan buat semua terutama keluarga masing-masing yang juga sedang teruja untuk mengetahui perkara tersebut.
“Nak kongsikan apa yang tentang hal kehamilan. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Buat masa ini, ya, Intan sedang sarat mengandung. Tetapi tentang hal jantina, kami sepakat tak nak beritahu lagi.
“Dengan keluarga pun kami belum kongsikan hal ini. Memang nak buat kejutan untuk semua,” katanya.
Selain itu, menurut Harris, dia dan Intan mengharapkan doa-doa yang baik daripada semua pihak berhubung kehamilan ini.
“InsyaAllah, Intan dijangka akan bersalin pada hujung Februari ini. Kami adalah juga beli barang untuk persiapan menyambut kedatangan anak pertama ini sikit-sikit.
“Kami pergi beli sama-sama. Tapi tidaklah terlalu lengkap barang-barangnya. Cuma, kami berdua ini mengharapkan doa-doa yang baik daripada semua pihak, agar urusan kehamilan dan bersalin nanti dipermudahkan, itu lebih penting,”katanya.
Dalam pada itu, Harris juga berterima kasih kepada peminat dan mana-mana pihak yang memberi perhatian dan mendoakan kesihatan mereka setelah sebelum ini dilaporkan terkena jangkitan wabak Covid-19.
Harris memaklumkan bahawa dirinya, isteri serta bayi dalam kandungan Intan berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah, Intan pun sudah dibenarkan pulang ke rumah. Kami semua berada dalam keadaan sihat. Intan pun tidak adalah lemah sangat, cuma adalah batuk-batuk.
“Selera makannya ada. Pendek kata, perlahan-lahan dia dan saya semakin membaik dan perlukan masa untuk berehat.
Kredit: Utusan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)