Walau pun sudah berpisah, penyanyi dan pelakon Fiza Halim mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami demi menjaga anak-anak.
Ferra Aryanna, 10, dan Feeya Adyrra berusia sembilan tahun tahun adalah anak daripada perkahwinan pertama Fiza dengan bekas suaminya, Ahmed Farriq yang berpisah pada 2010. Fiza telah memuatnaik foto bekas suami yang bersama isteri dan anak-anaknya yang melawati Fiza dan bayi. Dia juga berharap hubungan baik ini dapat dikekalkan sehingga ke akhir hayat.
fizaabdhalimTq to Ummi ame,daddy ayed,kak ferra,kak feeya,kak icha,abg ayden & kak yati… krn dtg melawat baby kat rumah… seronok td rasa.. meriah rumah…Nnt senang2 dtg lg tau…
IKLAN
Tq Allah for this lovely relationship…hope berpanjangan sehingga ke akhir hayat kami semua…Biarlah kami kekal bahagia sebegini demi menjaga anak2 syurga kami…Biarlah hubungan baik kami ni kekal sampai ke syurga Mu Ya Allah…Love all…
Posting Fiza yang baru bersalin anak ketiganya pada 24 September lalu ini mendapat reaksi postif daripada follower yang gembira melihat kebahagian keluarga ini.
IKLAN
Fiza juga turut memuatnaik foto bayinya yang belum pernah didedahkan. Ia merupakan repost daripada isteri bekas suaminya yang turut memaparkan nama bayi iaitu Aleena.
Kanak-kanak mempunyai beberapa fasa perkembangan menulis mengikut umur tertentu bermula seawal umur setahun sehinggalah 6 tahun.
Peringkat 1-6 tahun merupakan fasa perkembangan yang perlu di perhatikan dan dirangsang.
Dulu saya ingat, nak anak pandai menulis, bagi aje pensel dan kertas. Lagi banyak berlatih menulis, lagi cepat mereka pandai.
Rupanya, bila buat macam tu, anak-anak berisiko untuk hilang minat untuk belajar. Sebabnya, proses TERPAKSA macam ni buat mereka ada experience menulis yang tak best.
Sebenarnya, ada banyak cara yang lebih fitrah untuk latih anak menulis ni.
Kita boleh cek juga cara anak pegang pensel tu, normal atau tak mengikut umur mereka.
Beberapa hari lepas, saya soal siasat Siti ‘Aisyah Rozalli tentang tanda-tanda anak ada skill menulis yang baik. Panjang huraiannya, jadi saya cuba lukiskan supaya you all semua senang nak faham.
Cuba cek, adakah anak kita dah mahir menulis?
Adakah pegangan pensil mereka dah cukup efisyen?
Adakah motor halus mereka dah cukup baik?
Skill Menulis Mengikut Peringkat Umur:
1-2 tahun
🖍 Memegang krayon secara menggenggam
🖍 Memahami yang krayon / pensel digunakan untuk menconteng
3-4 tahun
✏️ Melukis garis bergelombang di seluruh halaman yang kelihatan seperti garis dari buku teks
✏️ Menulis beberapa huruf, terutama huruf yang terdapat pada namanya
✏️Boleh menulis nama mereka
✏️ Mungkin mula melukis gambar dan melabelnya menggunakan huruf atau tanda seperti huruf
5-7 tahun
🖋Pegang pensil dengan betul dan bentuk huruf dengan tepat
🖋Ketahui bunyi huruf yang dibuat dan mengeja perkataan berdasarkan bagaimana mereka berbunyi
🖋Sudah boleh mengeja Sight Words (The, And Here, You etc)
🖋 Labelkan gambar dengan beberapa perkataan yang betul
🖋 Mampu menulis pengalaman peribadi, sebagai contoh ‘Kenangan cuti sekolah’
Siapa ada anak umur 2 tahun tentu mengalami perasaan rasa nak cepat marah pada mereka. Kadang-kadang kita pun tak faham dengan perangai anak umur 2 tahun. Suka hati dia sahaja nak meraung atau mengamuk kalau ada sesuatu yang tak kena di hatinya.
Jom semak perangai anak anda yang berusia 2 tahun ni. Ada yang sama tak?
Setiap anak adalah berbeza. Ada kanak-kanak agak sensitif, ada pula yang sangat periang. Begitu juga halnya dengan perkembangan mereka. Ada yang cepat belajar ada yang agak perlahan.
Tetapi secara amnya, jika anak anda berusia 2 tahun, anda boleh jangkakan beberapa kelakuan ini:
* Tantrum.
* Cepat mengamuk.
* Mengakui semua barang adalah miliknya (walaupun kepunyaan orang lain).
* Semua benda “dia nak buat sendiri”.
* Masih lagi mahu dimanjakan seperti ‘baby’.
* Merasakan diri sudah besar, rasa sedih dan kecewa bila menyedari yang dia belum pun besar.
* Sukar untuk berkongsi, menunggu, mengambil giliran.
* Sukar dengan perubahan.
* Menukar tabiat makan dan tidur.
Bila sudah kenal pasti perangai si kecil maka mudahlah sedikit hendak membuat tindakan jika dia ‘buat perangai’.
Apa nak buat?
Memang tak mudah untuk menahan sabar bila berhadapan dengan kerenah si kecil yang serba tak kena. Tangan rasa cepat sahaja hendak memukul dan menghukumnya atau membuat tindakan tidak menghiraukannya. Mana satu cara yang betul untuk mengajar mereka?
Sebenarnya anak memerlukan bantuan papa dan mama untuk mengawal emosi dirinya. Mereka masih belum faham banyak perkara termasuk penerangan kita kenapa tak boleh buat perangai. Untuk melakukannya, anda memerlukan beberapa strategi, tip dan ‘tricks’ yang betul.
10 tip berikut boleh diamalkan oleh anda berdua semasa berhadapan dengan situasi si kecil 2 tahun yang sukar dijangka.
1. Empati
Kita mungkin tak peduli dengan warna cawan yang hendak digunakan untuk minum air tetapi tidak bagi si kecil! Jika cawan warna hijau itu adalah kegemarannya dan anda bagi dia minum air menggunakan cawan lain maka si kecil akan marah dan mengamuk. Cuba letakkan diri anda ke dalam dirinya.
2. Hadkan kata-kata “jangan”
Mungkin perkataan itu hanya sesuai untuk situasi yang benar-benar berbahaya dan serius sahaja. Sebaliknya gunakan ayat arahan. “Ini pen mama, jom cari pensel warna Aina punya.” atau tukarkan perkataan “jangan” kepada “ya” dengan satu syarat. Contohnya, “Aina boleh pergi main kat taman kalau tukar pampers dulu!”
3. Buat pemerhatian
Kanak-kanak belajar melalui perbuatan. Daripada anda penat menyuruhnya buat sesuatu tapi tak dipedulikan, lebih baik anda cakap tentang perkara yang dah berlaku. Contohnya, “Kesiannya buku-buku ni terjatuh daripada rak…mesti sakit dia. Jom kita susun buku ni semula. Mesti dia seronok.” Ia sesuai bila si kecil menyepahkan buku-buku di rak rumah anda.
4. Mengajar
Bertindaklah sebagai guru kepada anak. Sentiasa penuhkan masa lapang mereka dengan meneroka perkara baru atau berlatih buat sesuatu yang menggembirakan.
5. Bergurau-senda
Kadang-kala anda perlu mengikut rentak si kecil. Jangan terlalu serius sangat. Sesekali apa salahnya gembirakan hati si kecil. Mungkin anda boleh berlakon menjadi ‘raksasa’ dan mengejarnya atau pakai seluar anak di kepala dan berlakon watak yang lucu. Anak akan rasa gembira dan tak sempat hendak buat perangai.
6. Bantu mereka suarakan perasaan
Anak anda mungkin tak pandai lagi memberitahu perasaannya dalam cara yang rasional dan logik tentang sesuatu hal. Contohnya bila dia meragam tak nak pakai kasut mungkin dia rasa tak selesa jadi cuba anda bantu dia suarakan perasaannya, “Kasut adik dah ketat ya.”
7. Tetapkan had berserta penjelasan
Bantu anak anda untuk merasa selamat dengan menjelaskan beberapa had dalam kehidupannya seperti “tak boleh pegang air panas nanti tangan luka. cuba tengok budak ini” (sambil tunjuk video budak melecur kena air panas).
8. Buat perancangan
Kanak-kanak bergerak dalam rentak mereka sendiri. Kadangkala ia memerlukan kesabaran yang tinggi daripada anda. Daripada anda asyik memaksa mereka bergerak cepat, lebih baik anda sendiri yang merancang masa tambahan bila hendak keluar. Ini dapat mengelakkan anda merasa marah kerana anak lambat dan anak juga tidak cepat mengamuk bila anda asyik menggesanya.
9. Ubah persekitaran
Kadangkala kita yang dewasa perlu menyesuaikan diri dengan si kecil yang sukar faham kehendak orang dewasa. Daripada anda asyik menghalang dan marahkan anak menyentuh barangan berbahaya dalam rumah lebih baik anda gunakan kreativiti menyembunyikan atau menjauhkan barangan tersebut dari jangkauan mereka.
10. Galakkan berdikari
Anak anda mungkin berkebolehan berbanding apa yang anda jangkakan. Kanak-kanak belajar banyak daripada kesukaran dan cabaran. Berikan mereka peluang dan dalam masa yang sama pantau keselamatan si kecil. Mereka akan lebih berdikari dan bijak berfikir.
Masa akan mengubah tingkah laku anak anda. Semakin dia membesar, si kecil akan berhenti memanggil keretapi “choo-choo” dan kucing “meow”. Mereka akan berhenti meminta anda menyuapkan anak patung mereka makan!
Nanti anda yang akan rindukan kelakuan si kecil ini. Jadi, jangan cepat marah, bersabarlah melayan kerenah si budak 2 tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Agak sukar untuk kita berkata ‘jangan’ atau ‘tidak’ kepada anak. Bimbang jika sering mengucapkan kata-kata ini, anak akan hilang keyakinan diri sehingga bersifat pasif. Ini akan menjejaskan perkembangan dirinya apabila memasuki persekolahan.
Namun dua kata “ajaib” inilah yang selama ini terbukti paling mujarab untuk menghentikan kenakalan anak.
Tapi bukan bererti kedua kata ini tidak boleh digunakan sama sekali. Asalkan penggunaannya pada tempat dan situasi yang tepat, kata-kata tersebut boleh digunakan untuk mendidik anak menjadi seorang yang positif.
MENGAPA TIDAK BOLEH KERAP MENGGUNAKAN JANGAN DAN TIDAK?
1.Anak yang sering mendengarkan kata tersebut cenderung takut, serta hanya melakukan sesuatu jika diminta, termasuk ketika bermain. Jika dibiarkan kelak anak ini akan menjadi anak pasif, tidak kreatif dan tidak memiliki inisiatif.
2.Anak ini mengalami pertumbuhan menjadi individu yang tidak berdikari dan selalu bergantung pada orangtua atau saudaranya.
3.Anak tidak terlatih untuk membuat keputusan yang baik untuk dirinya, kerana berasa takut akan salah dan rendah diri.
4.Perkembangan motorik halus dan kasar anak terlambat.
5.Anak jadi malas melakukan penerokaan dan mengenal hal-hal baru dalam hidupnya.
APA YANG HARUS DILAKUKAN IBU BAPA LAKUKAN?
Ada beberapa hal yang boleh dilakukan agar anda tidak terlalu sering mengucapkan “jangan” dan “tidak”pada anak. Kuncinya, berikan alasan dan solusi agar anak memahami alasan anda melarangnya. Lakukanlah hal tersebut mulai sekarang! Caranya ialah:
1.Anak aktif
Biasanya anak gemar menyentuh barang yang menarik perhatiannya. Jadi, sebaiknya anda simpan atau menjauhkan barang-barang tersebut dari jangkauan anak. Barang tersebut antaranya hiasan yang diletakkan di lantai atau meja yang rendah, barang pecah belah serta alat-alat elektronik.
Sediakan ruangan bermain khusus untuk anak.
Jelaskan dan berikan alternatif lain sebagai pengganti dengan menyediakan ruang bermain untuknya. Jelaskan kepadanya ini adalah ruang untuknye bermain. Selepas bermain didik anak untuk menyimpan kembali barang permainannya.
3.Penuhi keperluan stimulasi anak
Bila keperluan bermain terpenuhi, maka anak dapat belajar tentang cara bertindak atau bersikap sabar menghadapi sesuatu. Berikan mainan yang memberi pengalaman baru bagi anak sehingga mampu memuaskan rasa ingin tahunya. Biarkan anak bermaina dengan barang permainannya.
Waktu yang tepat
Tetapi jika si kecil mendekati api yang sedang menyala, maka kata “jangan” dan “tidak” boleh diucapkan. Setelah itu, berikan penjelasan bahaya dan alihkan perhatiannya pada hal lain yang lebih menyenangkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!